Wednesday, April 24, 2013

NADWAH ULAMAK KEDAH SEPAKAT TOLAK UMNO/BN

NADWAH ULAMAK KEDAH SEPAKAT TOLAK UMNO / BN






Assalamualaikum wbt.

N3 dibawah ini saya petik dari Kedah La, Kedah La petik tang mana saya tak tau , hak tu kena Tanya dia. Bacalah , ini untuk kebaikan kita dan Malaysia.

Kalau betul kita Islam dan mahu Islam, ikut kata ulamak, sebab ilmu kita tak sampai tahap ulamak, amalan kita lagi tak sampai tahap ahli abid dan ulamak-ulamak.





KUALA LUMPUR: Nadwah Ulama dan Kepimpinan NGO Islam yang terdiri dari tuan-tuan guru, ulama dan pemimpin NGO Islam dari seluruh negara bermuafakat bahawa perubahan pemerintahan di peringkat Pusat dan negeri dalam PRU13 adalah suatu tuntutan kepada umat Islam khususnya dan rakyat Malaysia amnya.



Dengan isu-isu yang berbangkit sepanjang 1999 hingga 2013, Nadwah yang dihadiri lebih 400 alim ulama dan 16 NGO Islam seluruh negara berlangsung di Alor Setar, semalam.



Turut hadir adalah Tuan Guru Haji Saleh Bin Musa selaku Mursyid Nadwah (gambar), Syeikh Mohd. Zainol Asri Romli, Tuan Guru Haji Abdul Majid Abu Bakar An Nadwi, Tuan Guru Haji Abdul Wahab Hassan, Tuan Guru Haji Abdullah Lebai Samah Bukit Lada, Tuan Guru Haji Mohd Rejab Md. Akhir, Syeikh Mohd. Rodi Abdul Rahman Al Hafiz, Tuan Guru Khairul Anuar Shafii, Tuan Guru Haji Mohd. Nasir, Mohd Azmi Abdul Hamid, Ustaz Abdul Ghani Samsudin, Tuan Guru Haji Ahmad Abdullah, Tuan Guru Haji Yusuf Husin Pondok Penyarum dan Dr. Muhammad Fauzi Zakaria.



Para ulama, tuan guru dan pemimpin NGO Islam bersepakat bahawa kuasa pemerintah perlu berubah tangan pada PRU13 ini demi menyelamatkan negara dari terus menuju kepada kepincangan dan penyelewengan dalam urustadbir negara.



Mereka yang telah memegang kuasa telah mengkhianati mandat rakyat dengan pelbagai penyalahgunaan kuasa dan pembolotan kekayaan negara di kalangan pemimpin elit negara.



Isu berikut adalah alasan kenapa rakyat perlu menolak BN dan memberi mandat kepada gabungan parti alternatif dari Pakatan Rakyat untuk menerajui pemerintahan Pusat dan negeri dalam PRU13:



1. BN mempertajamkan sentimen agama dengan membiar pihak tertentu untuk menimbulkan konflik,



2. Sentimen perkauman sempit semakin diapi-apikan oleh BN yang akan menghancurkan negara.



4. Status agama Islam tidak bertambahbaik malah semakin terjejas akibat dasar nasionalisme sempit dan faham sekular yang diamalkan oleh pemerintah.



5. Campur tangan dalam institusi awam oleh parti politik yang keterlaluan.



6. Perbelanjaan kewangan negara yang tidak telus,



7. Membenarkan politik lucah, politik wang dan politik mengaibkan yang semakin mengotorkan demokrasi,



8. Membenarkan penghakisan budaya hidup dan kelunturan aqidah umat Islam dan kerosakan moral masyarakat yang semakin parah,



9. Menyalahurus ekonomi negara sehingga menyebabkan kos hidup rakyat meningkat, beban hutang negara meningkat kepada lebih RM500 bilion



10. Penswastaan keperluan hidup asasi rakyat sehingga merumitkan kehidupan golongan berpendapatan rendah,



11. Amalan rasuah, kronisme dan nepotisme yang semakin parah,



12. Kos hidup yang melibatkan makanan asas, khidmat kesihatan, khidmat pengangkutan, kos pendidikan, perumahan yang semakin meningkat,



13. Keselamatan sosial yang semakin tidak terjamin,



14. Gejala keruntuhan akhlaq generasi muda yang semakin serius,



15. Perbelanjaan kerajaan yang mencatat salahurus agensi kerajaan seperti yang dilaporkan oleh Audit Negara berulang setiap tahun,



16. Keyakinan rakyat kepada agensi awam yang semakin luntur,



17. Politik kotor, politik wang, politik samseng dan politik lucah menjadi-jadi,



18. Kebocoran wang haram yang berjumlah berbilion ringgit keluar negara yang merugikan pendapatan negara dari segi cukai,



19. Salahurus penggunaan tabungan awam seperti KWSP, Tabung Haji, Tabung Tentera,



20. Korporat penting negara seperti TNB, Petronas , Telekom, MAS, PNB yang disalahurus kerana campurtangan politik yang menyebabkan ada yang rugi dan ada yang disalahguna,



21. Pelbagai agensi awam diujudkan tetapi telah membebankan perbelanjaan negara tanpa memberi pulangan yang kepada rakyat seperti yang sepatutnya



22. Kedaulatan negara terjejas akibat kelemahan pertahanan negara yang menyebabkan banyak khazanah negara dicerobohi dan kuasa besar seperti Amerika Syarikat terus mengguna kesempatan untuk menguasai ekonomi danolitik negara



23.Sektor media awam disalahguna sehingga kredbiliti agensi media awam terjejas teruk akibat campurtangan parti politik pemerintah yang melampau.

Pendukung deklarasi ulama.



NGO-NGO



1. Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura)

2. Majlis Perundingan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim)

3. Persatuan Ulama Kedah (Puk)

4. Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)

5. Teras Pengupayaan Melayu (Teras)

6. Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram)

7. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah)

8. Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (Hesa)

9. Pertubuhan Darul Mustafa Negeri Kedah (Darul Mustafa)

10. Women’s Initiative For Research, Development & Advancement (Wirda)

11. Persatuan Kebajikan & Pendidikan Pelajar Islam Kedah (Persida)

12. Yayasan Paksi

13. Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah)

14. Gerakan Sokong Syariah (Gesa)

15. Institut Pengembelingan Komuniti (Impak)

16. Institut Penyelidikan Syariah Malaysia (Isra)



Pondok dan sekolah agama

1. Madrasah Al Rahmaniah Sik

2. Maahad Darul Muhajirin Gajah Teriak

3. Madrasah Darul Muhtadin Jeniang

4. Madrasah Manabi’ Al-Ulum Al-Diniah Telaga Batu Jitra

5. Madrasah Ahmadiah Addiniah Al Islamiah Pondok Ahmad Nahu

6. Madrasah Al-Zuhudiah Parit Panjang

7. Madrasah Ahmadiah Bukit Pinang

8. Madrasah Islahiah Pondok Ustaz Adnan

9. Madrasah Nurul Islam Charok Tok Uban Sik

10. Ribat Nasrul Muhajirin Kg.Permatang Kaka

11. Al Madrasah Al Imaniah Ad Dalawiyah Kg. Padang Buluh Nipis

12. Madrasah Addiniah Al-Mardiyah Pondok Sg.Kob

13. Maahad As-Syatirie Kg Sg. Dedap Yan

14. Maahad Al-Tarbiah Al-Islamiah Al-Wataniah Kg Begia, Sik

15. Madrasah Darul Ulum Al Barakah Kg Batu Besar Sik

16. Kompleks Pendidikan Islam Darul Hidayah Kg. Sungai Mati Lepai

17. Madrasah Takwiyatul Islamiah Pondok Bukit Lada

18. Pondok Tn.Guru Hj.Hussin Dol Guar Chempedak

19. Madrasah Tahzib An Nufus Pondok Ust.Awang Lanai

20. Madrasah Al-Hidayah Al-Hukmiah Pondok Permatang Nibong

21. Madrasah Munawwarah Parit Panjang, Baling

22. Madrasah Al-Falah Al-Samaniah Ad-Diniah Pondok Alor Janggus

23. Madrasah At-Tarbiah Pondok Kg. Landai

24. Pondok Darul Saadah Sg Limau Baling

25. Pondok Semeling

26. Pondok Hj Wan Soleh Jitra

27. Pondok Penyarum Baru Tobiar, Pendang

28. Madrasah Jaafarul Hasanah Lepai

29. Pusat Pengajian Tarbiyatul Auladiyah Kilim Langkawi

30. Sek Men Islam Darul Ulum (Smidu) Pokok Sena

31. Madrasah At Taklimiah Al Khairiah Tok Keling,

32. Sek Men Agama Al Baqiyatussolihat Langkawi,

33. Madrasah An Nur Al Islamiah Gajah Mati Pendang

34. Akademi Islam Haji Abdullah Suboh Kota Kuala Muda,

35. Sekolah Menengah Agama Ihsaniah Belantik Sik,

36. Sek Men Agama Makarimul Akhlak Langgar

37. Maahad Tarbiah Islamiah Derang

38. Madrasah Zubaidiyah Merbok

39. Pusat Pendidikan Al-Islah Pinang Tunggal

40. Madrasah Nurul Hidayah Kg.Tembak K.Ketil

41. Markaz At Ta'lim Wat Tarbiah Pondok Bandar Hilir

42. Madrasah Saadatul Wathoniah Kg. Tembak K.Ketil

43. Madrasah Misbahul Falah Parit Panjang

44. Madrasah Nurul Islah Parit Panjang

45. Maahad Tahfiz Al-Fityan Yan

46. Maahad Tahfiz Al Quran Yayasan Al Huffaz Parit Panjang

47. Institut Pendidikan Islam & Tahfiz Al-Quran Abada Parit Panjang

48. Pusat Tahfiz Al Amin Lunas

49. Pusat Pengajian Islam Maahad Raudatul Ulum Serdang,Kedah

50. Maahad Tahfiz Mutmainnah Sungai Petani

51. Ma'ahad Al-Imam Al-Syafie Pendang

52. Maahad Tahfiz Al-Barakah Tikam Batu,Sg Petani

53. Maahad Qiraat Amal Aimy Dzalifah

54. Sekolah Tahfiz Sains An-Najihin Kulim, Kedah

55. Maahad Tahfiz Saidina Abu Bakar Kuala Nerang, Kedah

56. Maahad As Solehah Kuala Kangkong Alor Setar

57. Sek. Agama At-Toyyibah Changlun

58. Madrasah Islahiah Diniah Memali Baling

59. Sek. Ren. Islam Darul Ulum (Sridu) Tandop Alor Setar

60. Sek. Integrasi Faizin (Saif) Guar Chempedak

61. Sek. Ren Islam Darul Ulum (Sridu) Langkawi

62. Sek. Ren Islam Burhanuddin Al-Helmi Alor Star

63. Sek. Rendah Islam An-Nur Gajah Mati Pendang,

64. Sek. Ren Islam Darul Ulum (Sridu) Kupang, Baling

65. Sek. Rendah Islam Raudhatul Muslimin Sg. Kembal Kuala Ketil

66. Sekolah Rendah An-Naim Kuala Ketil

67. Sek. Rendah Darul Hijrah Mukim Siong Baling



Tuesday, April 23, 2013

Adus Bisa.. Barisan Neraka

Assalamualaikum wbt

BN = Barisan Neraka

Ceritanya begini.



Tulisan yang tertera di bag plastik (compak - orang Sabah kata) adalah luahan perasaan atau emosi salah seorang warganegara Malaysia. Beliau mungkin telah membuat kesimpulan sedemikian setelah meneliti apa yang telah diperbuat oleh BN, mungkin terhadap dirinya, ahli keluarganya atau rakyat Malaysia.

Ni saya teka saja,

Mungkin sebab beliau lihat BN tidak berjuang atas landasan Agama Islam, sebaliknya memburukkan PAS yang berjuang atas dasar Islam.

 (ni saya kata, BN sampai bilapun tak akan memperjuangkan Islam, mereka hanya memberi kosmetik dalam bentuk Islam sahaja padahal tidak Islam pun. Bina Masjid untuk tujuan pelancongan eg, Masjid Kristal, Masjid Selat, Masjid Besi, Masjid Tanah , sori.. Masjid Tanah dibina atas dasar iman dan takwa, tapi masjid tu tersorok belakang kedai orang,  Sayapun tak pernah solat disitu, sambung lagi, bina Masjid sebab nak sapu komisen kontrak dan nak dapat kontrak)

Terap nilai Islam, Bersih Cekap, Amanah - terap saja nilai tapi tak amalkan, berapa banyak berlaku ketirisan (ini nak tunjuk tak berapa teruk) padahal bukan setakat ketirisan malah pecah berlubang, Kerakusan mengaut harta negara, pengursan yang tidak cekap, hutang negara semakin bertimbun, hutang kerajaan negeri kepada kerajaan Pusat, tak bayar-bayar, Tidak amanah, tidak cekap, itu hanya slogan Islamik sahaja.

Perlaksanaan sukuk Islam, padahal sukuk tu samaje dengan pengamalan riba bon, simpanan, pinjaman konvensional yang lain.

Untuk menunjukkan Islamiknya BN (UMNO) maka di wujudkan Istilah Wasatiyyah. manalah pergi Islam Hadhari.  Itulah yang saya katakan kosmetik sahaja. Di sokong pula oleh warga yang hanya anggap Islam itu hanya, pakai tudung bagi wanita, solat, puasa, haji, zakat, baca Yasin malam Jumaat. Sebab itu lelaki pakai seluar pendek tak pe pada pendapat mereka.

Cukai sana sini, beli top-up kena cukai, beli kereta kena cukai, pendek kata semua kena cukai, nanti kalau BN terus memerintah entah-entah hantaran kahwinpun akan dikenakan cukai, tidak mustahil, kerana dalam agenda tersembunyi untuk menggalakan kebebasan dan hak asasi, perkara ini akan dilaksanakan. kalau untuk kurangkan kencing manis, dinaikan harga gula, nak kurang kan kemalangan dinaikkan cukai kereta, macam-macam boleh jadi.

Sahabat hang kata kat aku ke BN , barisan neraka ?.

Saya kata BN, BN wujud kerana ada penyokongnya, jadi sesiapa yang membina BN termasuklah dalam apa yang saya kata BN Barisan Neraka = katanya.

Ni kata saya pula, eloklah, kita sokong PAS, cuma ada sorang dua saja penyokong PAS, ahli PAS dan Pemimpin PAS yang perangai belum senonoh, tapi dalam bab  tutup aurat baik lelaki perempuan, Alhamdulillah, baguih orang PAS, dalam bab solat, pi Masjid, Alhamdulillah, baguih orang PAS, dalam v]bab amanah, Alhamdulillah, baguih orang PAS, perintah Kelantan lebih 20 tahun. tak ada kes rasuah, tak ada kes penyelewengan.

Tu yang tebang balak, apa cerita ?

Ni saya nak bagi tau,

Dunia ni dulu hutan, tapak rumah kita hutan. tapak masjid kita hutan, tapak bandaraya KL hutan, Amarika hutan, kalau tak tebas hutan macam mana nak buat tapak rumah , sekolah dan sebagainya.  Tebas hutan diganti dengan kawasan penanaman sayur-sayuran dan makanan, untuk makanan, kawasan bendang dulupun hutan, Dalam Islam boleh tebang hutan, dengan terkawal. sekadar cukup untuk keperluan rakyatnya. Keperluan untuk lapangan terbang kena tebang hutan, keperluan untuk kawasan ladang kena tebang hutan.

Yang dok jadi masalah orang UMNO main chup atas kertas saja, kawasan hutan ni dia punya, kawasan ni, kawan ni punya, mai orang kampung teroka tanah, rupa-rupanya tanah dah ada nama dah, nanya kawan tu.

Memang menunu neraka sungguh. Astagfirullah hal Azzim, mailah kita bertaubat, minta ampun dari Allah SWT, Pangkah PAS yes ! (ganti pangkah PAS no..)






Sunday, April 21, 2013

Bantahan yang tak dilayan sebelum penamaan calon 20 April 2013

Assalamualaikum wbt.

Inilah sekitar bantahan yang tak dilayan oleh Parti masing-masing.
soalan 1 : hebat sangatke ketua kau orang tu sampai tak nampak orang lain juga hebat.
soalan 2 : berani ke tanding sebagai calon bebas, (kalau rasa hebat)
soalan 3: relax le.. ke buat gimik saja ?.

selamat mengundi dan pangkah PAS.

ee - eh bro ni , hebat sangat ke PAS sampai tak boleh pangkah parti lain.

Ya PAS memang hebat kerana dia bukan sekadar sebuah parti, dia adalah sebuah parti yang akan laksanakan Islam sebagai cara hidup. Islam yang syumul, mengejar kebahagian  akhirat.









Saturday, April 20, 2013

Penamaan Calon Parlimen Masjid Tanah

Assalamualaikum wbt.

Kompleks Rakan Muda Alor Gajah
Parlimen Masjid Tanah
DUN Kuala Linggi
DUN Tg Bidara
DUN Ayer Limau
DUN Taboh Naning
DUN Lendu

Semua satu lawan satu








Calon N2 bersama pencadang dan penyokong




Pak Awang yang buta pun datang bagi sokongan - sudah tentu sokong PAS


Ni, selepas penamaan calon




Ni Calon P134 Ust Nasaei



Ni kereta seorang hamba Allah yang tiba-tiba kena serangan jantung, tunggu ambulan bukan main lama, last sekali hamba Allah PAS hantar ke hospital Alor Gajah, semoga selamat.




Ini tunggu calon keluar dari dewan, tak keluar-keluar, last sekali keluar juga... Alhamdulillah, Takbir....

Allah Hu Akbar




Wednesday, April 17, 2013

MELAKA MILIK RAKYAT

Assalamualaikum wbt.

Pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat Melaka
oleh Presiden PAS TGHH
16 April 2013, 9.00 mlm
Pekan Durian Tunggal, Melaka
Kutipan derma RM 6000 ,
Bermakna; anggaran 6000 orang hadir.
Kawalan keselamatan oleh PDRM
Tiada sebarang kekecohan.
Harga makanan di gerai terlalu mahal, ini tak patut.












Friday, April 12, 2013

Iklan BN dalam mudah.my





Assalamualaikum wbt.

Tak salahkan iklan manifesto dalam mudah.my.
Ada orang nak beli ke ?.



mari mengundi 5/5/2013.

bulan mei bulan bersejarah, 1 Mei cuti, 05 Mei mei PRU 13 , ...........,  16 Mei hari guru

tarikh yang dikosongkan, sejarah boleh dengan sengaja diulang, oleh mereka yang tamak.

Blog ini sokong PAS.  undi adalah rahsia.


Wednesday, April 10, 2013

Adakah ini boleh jadi isu Pilihanraya ?

Lokasi : Pekan Rantau, NS 9
6/4/2013









isu bagi pengguna jalanraya
bukan isu bagi penternak bebas.
peratus pengguna jalanraya 3 %
penternak bebas 90 %
adakah isu ini boleh meningkatkan peratus penyokong BN