Sunday, April 27, 2014

Akhirnya Malaysia akan terima TPPA

Assalamualaikum wbt.

Student saya sering bertanya perkembangan MH370, kebetulan waktu itu kita sedang masuk bab PAB. Jadi saya mengambil kesempatan menerangkan dua keadaan 1. Rampasan 2. Pemujaan.

Kenapa rampasan, bagaimana cikgu kata MH 370 di rampas ? dan berbagai-bagai soalan diajukan oleh pelajar. Saya maklumkan bahawa saya tidak belajar sains politik, tidak belajar pentadbiran awam, tidak belajar hubungan antara bangsa, yang saya belajar hanyalah perniagaan antara bangsa (PAB).

Saya telah terangkan kepada kamu TPPA, negara yang terlibat sebagai ’partnership’, kenapa pentingnya TPPA kepada negara Maju, apakah kesan kepada ekonomi negara membangun, atau negara mundur ?.

Pada mulanya Malaysia tidak menandatangani dokumen TPPA, atas sebab mendapat bantahan dari rakyat, atau sebab suara dari ’pakar ekonomi’ Tun M, tiba-tiba sahaja MH370 hilang dalam period ’tempoh bertenang’ untuk menandatangan TPPA

Diringkaskan cerita Obama datang melawat Malaysia, selepas kehilangan MH370, antara yang dibincangkan adalah TPPA, perbincangan rahsia yang lain turut dibincangkan, apa itu perbincangan rahsia (nama pun rahsia- bagaimana saya hendak terangkan). Tapi bila saya sebut kepada kamu, jangan beritahu orang lain, antara perkara rahsia yang dibincangkan ialah 1. bagi le satu tempat untuk buat port tentera US, 2. Beli le senjata dan aset-aset ini, ko dapat komisen 25 %, 3. Ko nak jadi PM lagi ke tak nak ?. 4. Barang dari US boleh longgok sampai pasar malam Kuala Tembeling dan lain-lain..

Perbincangan antara negara besar dengan negara kecil lebih kepada ugutan dan tekanan, terletak kepada kebijaksanaan orang yang berbincang, kalau tak bijak sampai mati asyik kena tekan saja.

Kesimpulan , Obama datang suruh Malaysia terima TPPA. Manakala MH370 akan terus jadi misteri, Nasib penumpang MH370 kalau saintis akan dipaksa bekerja di makmal rahsia, kalau cikgu akan disuruh bekerja padam papan tulis dalam makmal sahaja, atau jadi juru sapu lantai saja. Tak boleh baca internet , fb, apatah lagi nak tulis blog. Itupun nasib, kalau dibiulkan, atau dibunuh...

No comments:

Post a Comment