Wednesday, June 5, 2013

Melayu di diskriminasikan ( Peniaga Melayu) - 2

Assalamualaikum wbt.

Siapa hendak disalahkan ?.

Rata-rata peniaga Melayu adalah penjaja, menjaja mencari makan, jual kuih, jual tudung, jual sayur jual ikan. Yang berani sikit sewa kedai MARA, UDA, keda, kuda dan sebagainya, cuba lihat lokasi kedai-kedai tadi dimana ?.

Sebelum pembangunan sesebuah pekan, peniaga Melayu berniaga denga senag hati, tapak tak payah sewa, tapi bila dirancang oleh perancang bandar, nak cantik konon maka kawasan jajaan Melayu telah jadi hak Cina, apa tidaknya dah buat kedai besar bukan main, mana Mampu MELAYU MISKIN beli kedai.

Jangn takut le Melayu, jangan Malu le Melayu, kamu (dan aku) tu miskin. terpinggir lagi tempat jajaan Melayu, sehingga terpaksa tutup gerai jajaan. Siapa yang tadbir , urus bandar / pekan, Majlis Perbandaran, Majlis daerah, siapa YDP nya, siapa lagi kalu bukan Melayu. Melayu sendiri mendiskriminasi peniaga Melayu.

Kerana apa ?, kerana kalau melayu menjaja dalam bandar nanti orang tak masuk kedai Cina, entah -entah dia dapat habuan dari Cina , sakit sangat mata dia lihat orang Melayu berniaga tepi jalan dan kaki lima. merosak pemandangan.

Nak tunjuk baik, buat kedai sewa MARA atau apa saja agensi, pindahkan peniaga Melayu kedalam bangunan yang serba moden, tetapi mak datuk juah dari laluan bas, laluan penjalan kaki. jauh dari pusat bandar,  akhirnya dituduh kepada peniaga Melayu tak pandai berniaga. Siapa mendiskriminasi siapa.



No comments:

Post a Comment