Wednesday, September 12, 2012

Mungkin separuh sedar - Malaysia digeruni

Assalamualaikum wbt.

Saya melihat ucapan sambutan Hari Malaysia oleh Menteri ini, dan saya tergelak sendiri. antara perkataan yang terkandung dalam ucapan beliau ialah 'Malaysia digeruni'


Saya tertanya sendiri, Malaysia digeruni oleh siapa ?, Apa yang digeruni pada Malaysia ?, Berapa ramai, berapa buah negara yang geruni Malaysia.

Jangan sangka saya tidak patriotik, dengan memperlecehkan 'Malaysia di geruni'.

1. Bagaimana dengan ekonomi Malaysia, adakah ini akan digeruni ?
2. Bagaimana dengan pendidikan di Malaysia, adakah ini akan digeruni ?
3. Bagaimana dengan sukan di Malaysia, adakah ini akan digeruni ?
4. Bagaimana dengan ketenteraan di Malaysia, adakah ini akan digeruni ?

Mungkin Malaysia digeruni kerana

1. Polis yang bertindak keatas orang tertentu dan pihak tertentu
2. Kes bunuh, Rogol, samun, curi, setia hari ada dalam surat khabar
3. Kes letupkan atau bakar atau kerat mangsa bunuh sering ada dalam surat khabar
4. Pecah amanah, rasuah dan penyelewengan antara tertinggi di dunia.
5. Peminum arak ke 10 terbanyak didunia walau sebuah negara Islam.
6. Bermati-matian menolak untuk laksana hukum Allah walau ia sebuah negara Islam.
7. Pengeluar babi terbesar didunia walau ia sebuah negara Islam
8. Kes bunuh bayi baru lahir selalu keluar dalam surat khabar.
9. Peta kawasan mengundi boleh berubah-ubah mengikut "kesesuaian'
10. Sesetengah Menteri gila artis dan 'taja' artis
11. Warga luar mudah dapat KP dan suka datang Malaysia.

Malaysia, rakyat asalmu hidup dalam keadaan gerun (ketakutan), kerana bila-bila masa sahaja, ajalnya akan tiba, diragut dan ditolak oleh peragut bermotosikal, terus koma dan noktah.



Bila malam menjelma, bila-bila masa sahaja pencuri datang mengacukan pisau atau pistol, mengikat, mencedera, merogol, meliwat dan merampas hasil usaha rakyatmu.


Bila-bila masa sahaja Polis akan datang menggari tangan mu, didepan atau dibelakang hanya kerana memuncungkan mulut kearah gambar pemimpin yang dipilih.


Bila-bila masa sahaja rakyat mu akan dihempap bangunan kerana bangunan tegak tanpa tetulang yang kukuh.


Memang betul-betul gerun dengan Malaysia.

SELAMAT HARI MALAYSIA. MALAYSIA AMAN DAN MESRA.

No comments:

Post a Comment