Thursday, July 24, 2014

Ramadhan Bulan bersedekah


Ramadhan bulan bersedekah , ramadhan bulan rahmat.

Assalamualaikum wbt.

Ketika bulan Ramadhan ramai orang tidak lokek untuk bersedekah, organisasi/NGO/masjid surau/ sekolah yang ‘bussines oriented’ mengambil peluang mencari penyumbang untuk projek mereka, jadi mereka dapat mengumpull sumbangan yang lebih besar hanya pada bulan Ramadhan.

Anak-anak yatim di pusat / rumah jagaan lebih bernasib baik, walau pun perlu lalui sedikit ‘siksaan’ sebelum menerima bantuan melimpah ruah, berbanding anak yatim yang dipelihara oleh bapa saudara. Nenek, datuk atau individu dikampung, mereka jarang sekali mendapat bantuan, kadang masyarakat tidak sedar yang mereka anak yatim.  Orang yang menjaga mereka pula bukan lah orang senang sangat.

Suasana di kampong penuh dengan ‘politik kampung’, orang tertentu disenaraikan sebagai penerima bantuan, orang ini tak disenaraikan sebagai penerima atas alasan  ketua/ ajk, cadangan individu tertentu yang bertindak sebagai penapis tak bertauliah. Yang tak tersenarai terpaksa redo sahaja walaupun pada hakikatnya mereka amat memerlukan.

Ibu tunggal selalunya bernasib baik, kerana mereka kerap di’layan’  sebagai penerima bantuan. Cukupkah bantuan yang diberi. Sebagai contoh seorang ibu tunggal dipanggil ke majlis bantuan untuk menerima RM 100, kadang RM50, majlis dibuat untuk serampang berpuluh mata, ada aturcara, ada perasmian, ada cek besar , ada wartawan,  ada TV dan macam-macam. Tersiksa para penerima yang dipanggil, dilayan sebegitu rupa untuk diberi sumbangan RM100.

Kalau acara di Alor Setar, penerima dari K. Nerang, naik bas RM 10 pergi balik, pergi nak kena berteman, sekurang-kurangnya seorang , tambang saja sudah RM20. Kalau terima RM50  tinggallah RM30. Walau RM 30 ia tetap satu nilai yang besar, pekerjaannya sehari tidak mencapai RM30, perbelanjaannya sehari hamper RM 30 walau berjimat cermat, anak RM3 seorang darab 3 orang, minyak motor buruk RM 2 sehari, beras,  gas, minyak, tepung, gula, garam, kopi……, minyak angin…

Satu pendekatan khusus perlu dibuat bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan, bantuan bukan diperlukan dibulan ramdhan, bulan-bulan lain pun mereka memerlukan bantuan. (kalau macam ni siapa nak bagi bantuan?, seronok terima bantuan malas buat kerja pula !), itu hanya persepsi kita yang berkira untuk menghulur bantuan, kita pun bukan orang senang sangat, kitapun boleh disenarai sebagai penerima bantuan !. pulak dah...

Jika kita boleh menubuhkan Aman Pelastin, Aqsa Syariff (bukan nak dengki kepada saudara Pelastin) dengan pengurusan tersusun, mengapa kita tidak boleh buat organisasi yang fungsi beri bantuan, sama seperti itu. Bantuan bulana, mingguan dan harian. Dana diperolehi dari sumbangan orang ramai yang dikutip pada bulan ramadhan, tapi diagihkan sepanjang 12 bulan. (syok le penerima, tiap bulan dapat.., wujud pula rasa dengki dalam diri kita..).

Pengurusan secara teratur, maka setiap fakir miskin akan menerima bantuan secara tetap bagi menampung keperluan mereka, sekurang-kurangnya wang saku untuk anak kesekolah kalaupun kita rasa ‘dengki’  kepada mereka.

Dari sudut lain,

Dengki dari sudut lain.. , saya ingin memberi bantuan, tapi si penerima bantuan tak pernah muncul di masjid !, saudaraku.. jika kita miskin harta, datanglah ke masjid insya Allah banyak rezeki yang diperolehi di Masjid.

Orang Islam ‘berkira’ nak sedekah kerana dia harap sipenerima menggunakan secara ‘betul’. Jadi insan yang tidak ke masjid sukar untuk kita beri sedekah, yang datang ke masjid pula selalunya orang yang tak layak terima sedekah.

Dia parti lain… sudah tentu saya mencari penyokong saya untuk diberi bantuan. Maka setiap parti peringkat kampong kena aktif mengumpul dana untuk dihulurkan kepada mereka yang memerlukan. Masalh parti UMNO dia nak beri bantuan, dia perlu dapat bantuan dari orang atasanya, dan menganggap bantuan yang diberi oleh bank, zakat, JKM,  Yb adalah dari OMNO. Maka ngo umno hanya tunggu duit turun saja baru nak hulur bantuan. (mengata pula di bulan posa ni..maafkan saya).

Awal ramadhan dulu sempat saya membawa seroang rakan yang berhasrat menyampaikan bantuan, di kawasan Sg kertah, Pengkalan Balak, Melaka. Itu adalah sumbangan peribadi beliau sendiri.. tidak pilih mana-mana parti, main terjah saja… Alhamdulillah. Bila balik rumah.. awatlah aku tak hulur sama….

 

  

No comments:

Post a Comment