Wednesday, August 6, 2014

Apa boikot-boikot ?


Assalamualaikum wbt.

Setahu kita telah lama Negara haram Israel ditubuhkan, bukan sekali mereka membunuh rakyat Palestin, serangan demi serangan dibuat kepada rakyat Palestin (Umat Islam), mereka memperleceh Islam dengan melakukan serangan pada Hari Raya, pada awal muharam dan lain-lain hari kebesaran Islam. Mereka meyerang ketika umat Islam menunaikan haji, ketika umat Islam menyambut puasa.

Kenapa mereka memilih waktu tersebut ?

Sebenarnya kalau mereka pilih masa-masa lain tak jadi masalah, umat Islam pada masa ini, tidak akan bersatu untuk menentang mereka, jadi mereka memilih untuk memperlecehkan Islam pada hari-hari kebesaran Islam. Apa hendak dihairankan dalam Al Quran telah disebut, mereka bangsa yang membunuh oara nabi dan rasul, kalau setakat nak bunuh umat Islam apa yang dihairankan.

 

Sudah 66 tahun Israel membina Negara, membina ekonomi, membina empayar perbankkan, membina jenama, membina New World Order.  Dan sudah tentu 66 tahun umat Islam memboikot barangan yang dikeluarkan oleh Negara Yahudi tersebut.

Hari ini mari kita persiapkan diri, jangan boikot, sebaliknya kita kuasai, tak kiralah kuasai dalam bentuk rampas ,nasionalisasi’, ambil alih (kuasai saham),  kita beli jenama-jenama mereka, kita beli perniagaan mereka.

Kenapa ? , mustahil !

Kerana beranggapan mustahil lah, maka sehingga 66 tahun kita gagal Mem’boikot’ Israel. Setiap kali Palestin diserang, kita boikot McD, kita boikot Coca cola, kita boikot itu ini, bila perang reda, kita kembali memaafkan dan kembali makan ayam yahudi (halal !).

Cuba dari sekarang jenama ayam Islam Mc D,  diambil alih sepenuhnya dan dijadikan jenama baru Muhammad bin Abdullah. Coca cola dijadikan Cuba rasa. Tiada usaha bersungguh-sungguh atau kekalahan dari segi strategi pemasaran, atau main kotor yahudi menyebabkan produk Islam gagal menguasai dunia, nak tak nak, makan juga di Mc D.

 

Islam telah mengajar supaya umatnya menguasai bidang perniagaan, ekonomi, persenjataan, menguasai segala macam Ilmu.

Hanya dengan perniagaan, Islam akan kembali menguasai  urusan dunia, hanya melalui ekonomi , tekanan- tekanan boleh  dikenakan terhadap Negara-negara yang memusuhi Islam. Hanya melalui persenjataan, musuh akan mengeruni.

Tidakkah semua itu telah ditunjukkan jalan oleh Nabi Muhammad SAW ?. Habis kenapa tidak mengambil langkah seperti itu sejak 66 tahun lalu ?.

Berbalik kepada iman dan sikap umat Islam sendiri, banyak hadis yang menerangkan keadaan umat Islam akhir zaman spt. Umat Islam dihurungi bagai semut menghurung makanan. Bukan kerana umat islam sedikit, tetapi bagai buih dilautan.

Siapa yang bertanggungjawab untuk mengembalikan kejayaan Umat Islam ?

 

No comments:

Post a Comment