Catatan harian.
Sabtu 16 Ogos 2014. Hari ini cuaca agak cerah, setelah dua hari hujan lebat dan banjir di beberapa kawasan di Melaka. Saya ambil peluang ronda-ronda. Minggu lepas cadang nak bermusafir ke Pahang pada hari ini, oleh kerana cuaca kurang mesra untuk bermusafir, ronda dekat-dekat ni sajalah.
Satu pesan saya untuk sesiapa yang baca blog ini, keluarlah bermusafir, lihat keindahan alam ciptaan Allah, Insya Allah dapat banyak pahala, berbanding terperap dirumah dan lepak di kedai makan, atau dok main game dengan komputer.
Ukir senyuman kepada orang lain, tambah kenalan, beri nasihat, singgah solat di Masjid, berbelanja sedikit, sedekah sedikit , banyak berdoa dan berharap kepada Allah, ini adalah ruang-ruang pahala yang boleh dipungut, ketika bermusafir. Waktu musafir kita jelas harap kepada Allah sahaja, eg. Ya Allah jangan bagi kereta aku rosak..
Tempatnya tak jauh, Kuala Sungai Linggi.
Ronda-ronda dengan motor cup saja lah.
Kuala Sungai Linggi - disitu terdapat dermaga membaiki kapal, RTC , satu pelantar terapung (bukan terapung cuma atas air) dan Kawasan bersejarah Kota Supai. Dari PD ke Pengkalan Balak, lintas saja sungai Linggi , sempadan Melaka/ NS , belok kanan, sebelum stesen bas, susuri jalan tepi sungai tersebut dan akan bawa anda ke Pelantar tersebut, melalui pelantar tersebut boleh akses ke Kota Supai.
Tak ada orang, seorang dua saja pelancong dan penduduk tempatan, beberapa orang kampung tengok pukat dan penjual di restoran terapung. Disini tak ada tempat mandi pantai, kalau nak mandi kena terus ke Pengkalan Balak atau Tg. Bidara.
Ada sepasang couple remaja, budak dekat situ juga. sedang dok cerekarama konon. Saya datang beri nasihat ringkas saja. "Bang.., kakak.. jangan pegang-pegang tau ". yang lelaki jawab " ia.. pak cik ".
Habis le pahala aku sebab cerita disini. Tak da habisnya, niat awal bagus untuk cegah kemungkaran, maka pahala ditulis berdasarkan niat tadi, Insya Allah.
Eh.. ko dulu tak couple ke ?. ada le sekali dua dengan bakal tunang, bincang-bincang nak bina rumahtangga. Memang berat untuk cegah kemungkaran, tambahan kita yang tiada kuasa, ditambah lagi kalau kita biasa lakukan kesalahan yang sama.
Dua budak dalam gambar sedang bermain-main basikal dengan seorang lagi kawan mereka dia atas pelantar tersebut, saya ajak sembang dan ambil gambar. Tanya sekolah mana dan satu lagi soalan yang saya tanya...
Antara Kung Fu dan Silat, mana yang kamu suka ?.
Ketiga-tiga mereka jawab.. Tae Kwan Do.
Jadi, Apa tanggapan anda tentang jati diri, pemahaman dan pendidikan budaya, masa depan bangsa ?
Semua ini terletak kepada pendedahan dari kecil.
Mereka suka Tae Kwon Do kerana disekolah banyak kelab itu, dengan uniform yang kemas, ada tali pinggang ikut 'status', bila menyukai tae kwon do atau mentyertainya akan ada kebanggaan dalam diri mereka.
Tea Kwondo di pasarkan dengan effektif, struktur organisasi peringkat antara bangsa yang kukuh dan berjaya menarik minat ramai orang diseluruh dunia. Kalau mereka tahu kelemahan dan cara menumpaskan serangan Tae Kwon do ( kalau setakat black belt 1st dan) , para pesilat senang saja kalahkan mereka.
Silat - agak tertutup, kalau disekolahpun, macam sembunyi-sembunyi saja. pelajar malu nak sarungkan baju silat selepas latihan, berbanding pelajar Tae Kwondo. Kurang pendedahan, dalam filem dan drama jarang tonjol aksi silat yang sebenar, hanya pukulan yang sama macam kick boxing saja, last sekali mirip tae kwondo. Karate lain sikit, gaya tendang pun lain.
Silat pun sampai peringkat antara bangsa, cuma jati diri pelajar kita, anak-anak kita yang dibiasakan dengan 'barangan import' lebih baik menyebabkan silat terpinggir ( bukan terpinggir sepenuhnya, masih ada yang mencintainya).
Kung Fu - sebenarnya budak-budak Melayu kurang terdedah dengan kung fu, sekadar dari filem jackie chan, bruce lee dan jet li saja. Di sekolah jarang ada kelab kung fu. Saya sendiri sekadar dapat maklumat dari majalah pendekar saja, kemudian diskusi, cara-cara menewaskan kung fu semasa belajar silat dahulu. Kung Fu dan silat, siapa hebat ?. Yang hebat terletak kepada individu. bila berlawan (sama standard ilmu) kemungkinan silat akan menang, kalau berperang, Insya Allah Silat Akan menang.
Silat dan Tai Chi, itu yang saya kata kemenangan terletak pada individu.
Aitt.. komen bab silat pula..
Assalaamualaikum wbt.
No comments:
Post a Comment