Ait.. pasaipa padam mata pulak .. gambar hiasan
Assalamualaikum wbt.
Tidak pernah terfikir ada gadis yang sanggup menawar diri
untuk diperisterikan hanya dengan 3 syarat. Syaratnya amat mudah. Namun jika gagal memenuhi syarat tersebut
perkahwinan akan terbatal dan bakal menerima hukuman.
Maka ramailah lelaki baik muda dan tua , handsome dan biasa,
alim dan jahil datang untuk mendengar
syarat-syaratnya.
Diumumkan syarat-syaratnya seperti berikut;
Calon suaminya mestilah seorang yang mampu melakukan ,
1.
Berpuasa sepanjang tahun
2.
Bersolat sepanjang malam
3.
Mengkhatam Al Quran setiap malam.
Mendengar syarat-syarat tadi, maka putus harapanlah sijahil.
Lembut lututlah si abid muda dan tua.
Si abid yang sudah tua sudah tentu tidak mampu berpuasa
sepanjang tahun, situa sudah tentu tak mampu solat sepanjang malam. Si muda yang
kuat pun tak mampu untuk khatam Quran setiap hari.
Bila masa nak bersama dengan bini
Siang kena puasa, malam kena tahajud kena baca Quran, waktu
mana nak tidur bersama. Maka semua calon-calon yang awal tadi datang
bersemangat, pulang degan rasa kecewa.
Namun ada seorang lelaki handsome sanggup derita sepanjang
hayat demi untuk mendapatkan cinta gadis tersebut. Siapa lelaki tersebut ?,
sudah tentu bukan Hj Lutfi, sebab hj Lutfi tiada semasa tawaran tersebut
diumumkan, kalau tidak mahu juga HjLutfi
terima tawaran tersebut.
Apa nak heran setakat nak Khatam Quran setiap hari , apa nak
heran kalau setakat nak puasa sepanjang tahun, apa nak heran kalau setakat nak
solat sepanjang malam. Biar betul hjlutfi.
Setelah berkahwin dengan pemuda handsome tadi, baru dua tiga
malam agaknya gadis (masih gadis agaknya) itu terus mengadu kepada kadi bahawa suaminya
tidak memenuhi syarat-syarat solat sepanjang malam, dan khatam Quran setiap
hari, maka dia tuntut bubar perkahwinan mereka.
Diringkaskan cerita Si handsome mengemukakan hujah bela
diri.
Sememangnya saya pengamal solat sepanjang malam . Buktikan
kata kadi .
Hadis Nabi SAW Siapa yang Solat Isyak dan solat Subuh secara jemaah, seolah-olah ia solat
sepanjang malam. Terkedu kadi.
Sememangnya saya khatam Quran setiap hari, kata pemuda hansome tadi. Buktikan kata
kadi.
Hadis Nabi SAW. Sebelum tidur khatamlah Quran, iaitu dengan
membaca 3 Khul. Surah Al Ikhlas, Al Falaq
dan An Nas. Betul tak Tn kadi. Memang betul jawab kadi.
Macam mana dengan puasa pula, ini mesti hang kantoi, kata
kadi, sejak menikah hang tak puasapun.
Tn Kadi jangan silap percaturan, saya ini pemuda handsome
le, bukan muka saja handsome, akaipun hansome juga. Refer hadis, saya sebut
ringkas saja, kata si handsome tadi kepada kadi .
Saya puasa penuh bulan Ramadhan kemudian saya tambah enam
hari puasa bulan syawal. Tn kadi recall balik, hadis yang mana satu.
Astagfirullah.. tepuk dahi si Tn kadi, kalau aku ingat semua
ini, tentu aku yang booking awal gadis ini. Memang benar Nabi SAW bersabda,
sesiapa yang puasa penuh bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari bulan
syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun.
Moralnya, apa saja amal ibadat kena ada ilmu, orang berilmu
sentiasa untung dunia dan akhirat. ada untung ka ?.
No comments:
Post a Comment