Tuesday, July 22, 2014

Sultan terakhir yang mempertahan tanah Pelastin


Assalamualaikum wbt.

Sultan Abdul Hamid 2, mempertahankan Pelastin sedaya upaya baginda, jangan kita marah apabila membaca sejarah yang memperkecilkan baginda, sejarah yang ditulis oleh barat semuanya memburukkan sultan-sultan Islam termasuk sultan di sayap timur khalifah othmaniyah (Sultan- Sultan Alam Melayu), Sultan-Sultan Empayar Mughal)
 
Mari kita lihat sedikit jiwa Sultan Abdul Hamid 2, ini bukan Sultan Abdul Hamid Kedah, yang gambarnya dijadikan pelaris di kedai-kedai Cina , Melayu dan Petani
 
Pada hari Isnin 14 Ogos 1876 bersamaan 23 Rejab 1293 H, Sultan Abdul Hamid dibai’at sebagai Khalifah ketika itu Baginda berusia 34 tahun. Kebijaksanaannya menguruskan urusan seluruh kaum Muslimin membuatkan ia semakin popular. Sokongan padu kaum Muslimin dan kesetiaan mereka terhadap Sultan Abdul Hamid II ini berhasil mengurangi tekanan Eropah terhadap Daulah Utsmaniyyah.

Sultan Abdul Hamid II telah memimpin sebuah kerajaan yang luasnya terbentang dari timur hinggalah ke barat. Pemerintahannya selama 30 tahun sentiasa dikelilingi konspirasi serta fitnah dari dalam dan luar negeri.

Ini termasuk usaha jahat yang dilakukan oleh kaum Yahudi untuk mendapatkan sebidang tanah di bumi Palestin yang ketika itu menjadi sebahagian dari empayar Kerajaan Utsmaniyyah. Pelbagai langkah dan strategi dilancarkan oleh kaum Yahudi agar mereka dapat memasuki Palestin.

1. Sekelompok Yahudi Rusia mengajukan permohonan pada tahun 1892 kepada Sultan Abdul Hamid, untuk mendapatkan keizinan untuk tinggal di Palestin.

2. Theodor Hertzl, penulis Der Judenstaat (Negara Yahudi), pengasas negara Israel sekarang menemui Sultan Abdul Hamid pada tahun 1896 sambil meminta izin mendirikan perniagaan di al Quds

3. Melakukan Konferensi Basel di Switzerland, pada 29-31 Ogos 1897 dalam rangka merumuskan strategi baru menghancurkan Khilafah Ustmaniyyah.

Oleh kerana peranan dan aktiviti Yahudi Zionis yang terlalu mendesak dan semakin menjadi-jadi, akhirnya Sultan pada tahun 1900 mengeluarkan arahan melarang rombongan penziarah Yahudi untuk tinggal lebih dari tiga bulan di Palestin, pasport Yahudi harus diserahkan kepada petugas khilafah yang berkaitan. Seterusnya pada tahun 1901 Sultan mengeluarkan arahan mengharamkan penjualan tanah di Palestin kepada Yahudi.

Pada tahun 1902, Hertzl untuk kesekian kalinya mengadap Sultan Abdul Hamid untuk melakukan penyogokan (rasuah). Di antara sogokkan yang Hertzl tawarkan kepada Sultan adalah

1. 150 juta pound sterling Inggeris khusus untuk Sultan.
2. Membayar semua hutang pemerintah Ustmaniyyah yang mencecah 33 juta pound sterling
Inggeris.
3. Membangun kapal induk untuk pemerintah, dengan biaya 120 juta Frank
4. Memberi pinjaman 5 juta pound sterling tanpa bunga.
5. Membangunkan Universiti Ustmaniyyah di Palestin.

Semuanya ditolak Sultan, bahkan Sultan tidak mahu menemui Hertzl, diwakilkan kepada Tahsin Basya, Perdana Menterinya, sambil menberikan pesanan, “Nasihati Mr Hertzl agar jangan meneruskan rancangnya. Aku tidak akan melepaskan walaupun sejengkal tanah ini (Palestin), kerana ia bukan milikku. Tanah itu adalah hak umat Islam. Umat Islam telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya dengan darah mereka”.

Sejak saat itu kaum Yahudi dengan Zionisme melancarkan gerakan untuk menumbangkan Sultan. Dengan menggunakan pelbagai kempen dan istilah seperti “liberation”, “freedom”, dan sebagainya, mereka menyebut pemerintahan Abdul Hamid II sebagai “Hamidian Absolutism”, dan sebagainya.

Pada malam 27 April 1909 ( Selasa 6 Rabiul Akhir 1327H ), Sultan Abdul Hamid telah didatangi beberapa orang tamu yang tidak diundang. Kedatangan mereka ke Istana Yildiz menjadi catatan sejarah yang tidak akan pernah dilupakan. Mereka datang atas nama perwakilan 240 anggota Parlimen Utsmaniyyah yang bersetuju dengan penggulingan Abdul Hamid II dari kekuasaannya.

Senator Sheikh Hamdi Afandi Mali turut mengeluarkan fatwa tentang penggulingan tersebut dengan persetujuan oleh anggota senat yang lain.

Keempat utusan itu adalah
1. Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Utsmaniyyah (Meclis-i Mebusan)
2. Aram Efendi, wakil rakyat Armenia,
3. Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga panglima Ketenteraan Utsmaniyyah,
4. Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat daerah Daraj di Meclis-i Mebus

Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tiba-tiba dan mendesak. Tidak ada simpati di raut wajah mereka. Dengan nada angkuh, Esat Pasha menyampampaikan berita pemecatan ini.


 

“Negara telah memecatku, itu tidak ada masalah,…. tetapi kenapa kalian membawa serta Yahudi ini ( Emmanuel Carasso ) masuk ke tempatku?” Jawab Sultan dengan nada yang amat murka. Emmanuel Carasso adalah orang yang pernah bersekongkol dengan Theodor Herzl ketika ingin mendapatkan keizinan menempatkan Yahudi di Palestin.

Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid ini telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk dan Sultan Abdul Hamid II sendiri telah kehilangan kuasa dan diturunkan dari takhta.

No comments:

Post a Comment