The Royal Islamic Strategic
Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential
Muslims In The World” tahun 2009.
Para tokoh Muslim dari seluruh dunia
yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap
memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa
perubahan dalam kehidupan ramai orang.
“500 Muslim Paling Berpengaruh di
Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain
katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi,
media sampai katagori muslim radikal.
Nama tokoh Islam dari Malaysia yang
tersenarai ialah Mursyidul Am PAS, TG Nik Abd Aziz Nik Mat yang menduduki tangga
ke 42 dari keseluruhan 500 Muslim Yang Berpengaruh.
Tokoh Muslim dunia
lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja
Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali
Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan
Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf
Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen
Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.
Nama
Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam
pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di
dalam dunia.
Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta
dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di
dalam “Honorable Mention”.
Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia
yang tersenarai ialah Prof Emeritus Dato Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor,
Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa,
Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.
Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden
Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan
Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.
Dua orang
pemimpin SIS yang kerap menimbulkan kontroversi dan pendokong Islam liberal di
kalangan feminis, Sharifah Aljeffri dan Zaynah Anwar juga
disenaraikan.
Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan
membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya
kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.
Penyusunan buku ini
melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di
dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai
editor utama.
Al-Fatihah...perginya pemimpin ulungSEBUT sahaja nama “Tok
Guru” sudah pasti auranya sangat kuat khasnya terhadap rakyat Kelantan dan juga
seluruh masyarakat dunia yang sentiasa dinanti-nantikan apa jua khabar mengenai
beliau.
Tok Guru atau nama sebenarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
dilahirkan pada hari Sabtu iaitu 10 Januari 1931 di Kampung Pulau Melaka dalam
sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam.
Sebelum
menjadi Menteri Besar Kelantan, beliau seorang guru agama yang aktif dan
pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah
Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi.
Jadi tidak
hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran ‘Tuan Guru’ atau ‘ Tok Guru’ yang
melekat sehingga sekarang termasuk kanak-kanak sekalipun
mengenalinya.
Mengenai pendidikannya, Nik Aziz mendapat pendidikan awal
dari ayahnya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar di kediamannya di Pulau
Melaka.
Bapanya, merupakan keturunan Raja Jembal, lebih dikenali dengan
panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama
dan terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di
Kampung Kedai Lalat.
Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal
bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Nusantara.
Sejak
kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama dari Almarhum
ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Aminah Majid.
Pada masa
itu juga, Nik Aziz berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan
dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan
Guru Datuk Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) mengenai ilmu
Fekah.
Nik Aziz sewaktu berusia 9 tahun pula, dihantar berguru dengan
Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut,
Terengganu.
Beliau menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga
peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.
Setelah
perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di
Ittifaqiyah.
Walaupun usia Nik Aziz masih muda tetapi beliau dapat
menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan
murid-murid yang lebih berusia darinya.
Pada tahun 1945 beliau menyambung
pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952.
Kemudian
beliau juga menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India,
mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan pelbagai
lagi.
Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith
dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani
dengan mendapat ijazah.
Kemudiannya, pada 1957 beliau menyambung
pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir sebelum menyambung pelajaran pada
tahun 1958 di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana
muda dalam jurusan Pengajian Hahasa Arab.
Selepas itu, beliau terus
menimba ilmu menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam
jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama dua tahun.
Kemudian beliau
mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanah air
Februari
1962.
Pada usia 34 tahun (1962), beliau mendirikan rumah
tangga dengan Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, berasal dari Kampung Kemumin, Kota
Bharu.
Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata
lima perempuan dan lima lelaki.
Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik
Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik
Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.
Pada tahun 1962 juga beliau membuka
sekolah yang diberi nama sebagai Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka
dengan menggunakan tanah wakaf diberi oleh ibu saudara Hajah
Kalthom.
Beliau juga pada sebelah petang dan sebelah pagi berkhidmat di
Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin.
Manakala
pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama
dua tahun sebelum meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan
Merbau, Kota Bharu pada 1 Januari 1964.
Menyentuh mengenai dunia
politiknya pula, Nik Aziz mula menjadi ahli Pas sejak tahun 1967 dan pada Julai
1967 hingga 1986 beliau menjadi calon parti itu dalam pilihan raya kecil
Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa).
Selanjutnya, pada
tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok
dan Adun Semut Api.
Kemudiannya, pada tahun 1971 beliau dilantik menjadi
Ketua Dewan Ulama Pas Pusat sehingga tahun 1995 kemudian dilantik sebagai
Mursyidul Am Pas mengambil alih amanah ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf
Rawa.
Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas Kelantan
kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990 dan di sinilah bermulanya era
kepimpinan ulama.
Tok Guru seorang pemimpin yang sangat petah bercakap
kerana setiap yang dituturkannya mahupun perumpamaan yang digunakan dalam
ceramah mahupun kuliahnya mudah untuk difahami.
Dialek Kelantannya yang
pekat dan juga bait-bait ayat digunakan dalam setiap tutur bicaranya dapat
memikat hati para pengikutnya dan ia mudah melekat dalam sanubari apatah lagi
ketika sesi kuliah mingguan pada hari Jumaat di adakan di Dewan Zulkifli
Muhammad
Bangunan Pas.
Perkongsian minda beliau bukan sekadar
dimanfaatkan oleh penyokong tempatan bahkan bahan kesetnya (rekod ceramah
ketika itu) tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand sehinggakan
menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.
Tidak terhenti di situ
sahaja, biarpun sudah tidak menjadi menteri besar lagi selepas melepaskan
jawatannya selepas PRU13 dan dalam keadaan kesihatan agak tidak berapa elok
beliau masih lagi meneruskan ceramah biarpun tidak secara tetap.
Di Dewan
Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada
setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan Tok Guru.
Ketika era
pentadbirannya juga Nik Aziz adalah seorang yang hebat kerama kehebatan yang
dikurniakan ALLAH SWT kepada Mursyidul Am Pas itu tidak dapat dinafikan apabila
pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) dan menganugerahkan
beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di
Malaysia.
Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau
menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18
tahun.
Pada 2009, beliau antara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia dan
disenaraikan dalam buku berjudul “The 500 Most Influential Muslims”.