Sunday, August 28, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1432H


Assalamualaikum wbt.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Ampun maaf zahir dan batin.
Berhati-hati dijalan raya, hati-hati juga bila berbicara.

Thursday, August 25, 2011

Ayat - Ayat jihad -8


Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang sedang mara menyerang, maka janganlah kamu berpaling undur dari menentang mereka. (Al-Anfaal 8:15)

Dan sesiapa berpaling undur dari menentang mereka pada ketika itu - kecuali ia bergerak ke arah lain (untuk menjalankan tipu muslihat) peperangan, atau hendak menyatukan diri dengan pasukan yang lain - maka sesungguhnya ia tetaplah mendapat kemurkaan dari Allah, dan tempatnya ialah neraka jahanam; sedang neraka jahanam ialah seburuk-buruk tempat kembali. (Al-Anfaal 8:16) |

Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-Quran yang mewajibkan taatnya). (Al-Anfaal 8:20) |

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (kafir dan munafik) yang berkata: "Kami dengar", padahal mereka tidak mendengar (tidak mahu menerima dan mematuhinya). (Al-Anfaal 8:21)


Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya). (Al-Anfaal 8:22) |

Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan. (Al-Anfaal 8:39) |

Dan jika mereka berpaling (enggan beriman dan tidak berhenti daripada menceroboh) maka ketahuilah bahawasanya Allah Pelindung kamu; Dia lah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong (yang menyelamatkan dan menjayakan kamu). (Al-Anfaal 8:40) |

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (Al-Anfaal 8:46) |

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan. (Al-Anfaal 8:47)

Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: "Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu". Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: "Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya". (Al-Anfaal 8:48) |


Friday, August 19, 2011

Ayat - Ayat Jihad - 7

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar agama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). (Al-Maaidah 5:2) |




Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan. (Al-Maaidah 5:35) |



Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. (Al-Maaidah 5:54) |

Dulu DeepaRaya … reyni DekaRaya…


Assalamualaikum wbt.

Rasanya masih ingat apabila Deepavali dan Hari Raya jatuh serentak, maka ramai “setuju” untuk sambut kedua-dua perayaan tersebut dan dicantum jadi Deeparaya. Nak tunjuk betapa tolerennya umat Melayu Malaysia. Ditambah dengan sokongan dari media TV, dan suratkhabar.

“Toleren yang memakan akidah Islam orang Melayu”. (saya amat tak bersetuju dengan deeparaya., )

Tahun ini tak taulah kalau ada orang nak sambut Dekaraya ( merdeka dan hari raya). Sememangnya hari raya adalah hari merdeka bagi orang yang tak suka puasa, berbanding dengan orang yang mahu dapat ganjaran dari Allah.


Apa pun selamat Menghayati Kemerdekaan Negara, carilah kebenaran dan tunjukkan kebenaran, agar Merdeka nya Negara kita dapat disambut penuh makna.

Dan selamat Menyemabut hari Raya Aidil Fitri, maaf zohir dan batin.

Wednesday, August 17, 2011

Saranan TPM agar banyakkan membaca Al Quran


Assalamualaikum wbt.

Satu cadangan yang baik dan perlu diikuti.

Memetik kata-kata hikmat Tan Sri Muhyiddin Yasin (TPM) yang disiarkan melalui Utusan, beliau mengajak umat Islam di seluruh negara menyambut Nuzul Quran dengan memperbanyakkan bacaan al-Quran di samping mempelajari pengertian serta tafsir kitab suci itu.

Yang menarik dalam ucapan beliau ialah, katanya , umat Islam juga perlu mengamalkan segala ajaran yang terkandung di dalam al-Quran.

"Mudah-mudahan dengan itu kita akan dapat menyemarakkan semangat al-Quran dalam kehidupan masyarakat, memantapkan akidah umat Islam dan menjadikan umat Islam sebagai umat yang terbaik,'' katanya dalam perutusan sempena Nuzul Quran hari ini.

hjlutfi- Choras : Soalan saya :

1. siapa umat Islam yang diajak
2. Adakah beliau tergolong dalam ajakan beliau sendiri.
3. Apakah intisari al Quran yang perlu diamalkan oleh umat Islam ?
4. Apakah semangat Al Quran ?
5. Bagaimanakah keadaan umat Islam yang terbaik ?
"

Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 185, yang jelas menunjukkan al-Quran adalah sebaik-baik pedoman yang memberi sinar hidayah kepada umat manusia dengan cara menunjukkan kepada mereka perbezaan yang nyata antara hak dan batil.

hjlutfi – choras :
yang jelas dalam Al Quran dan diketahui umum

1. larangan judi, zina, arak, mencuri
2. Arahan menutup aurat
3. Solat , zakat.
4. Hudud

Dan yang jarang diketahui umum dari Al Quran ialah supaya pemerintah tidak sombong kepada rakyat.


"Selagi mana manusia menjadikan al-Quran sebagai pedoman hidup dengan berpegang kepada segala ajarannya, mereka akan sentiasa berada di jalan yang benar dalam menuju kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat,'' katanya.

Justeru tambahnya, memahami kandungan al-Quran serta menghayati segala ajaran yang terkandung di dalamnya adalah satu kewajipan kepada seluruh umat Islam yang beriman kepada Allah dan rasul.

sekian, yang baik datang dari Allah swt dan yang buruk adalah dari kelemahan saya sendiri.


Tadarus dan Tak Ter Urus

Assalamualaikum wbt.

Ramadhan ini kita di hangat kan oleh media tertentu berkenaan isu larangan membaca Al Quran yang di perbesarkan suara melalui pembesar suara (speaker, sound ) di masjid dan surau di Negeri Pulau Pinang.

Sekali tengok memang tak Islamik langsung orang yang mengeluarkan arahan tersebut, dan memang tak Islamik kepala negeri yang memerintah sehingga dalam sebuah Negara Islam Malaysia wujud larangan seperti itu.

Ramadhan bulan Al Quran diturunkan. Mari kita intai berapa ramai yang sanggup bertadarus di surau Masjid, baik masjid majority umno atau majority PAS (boleh tahan banyak, ramai juga orang).

Saya tidak kisah siapa yang bertadarus, ini peluang masing-masing untuk tambah pahala dan mohon hapus dosa , tak tadarus pun boleh tambah pahala dan mohon hapus dosa dengan amalan kebaikan yang lain !!.

Berbalik kepada tadarus, setakat mana masjid mempromosikan agar orang lain datang bertadarus bersama (bukan Qiamullail tengah malam, sekadar tadarus). Adakah aktiviti ini perlu dipromosikan ?.

Imam dan JK akan kata, nak datang, datang le, tak nak sudah. Jika bubur lambuk di promosikan dan beria-ia digalakkan, mengapa tadarus senyap sepi sahaja. Terus terang saya tidak suka program bubur lambuk, ini menambah sukatan pembaziran di bulan mulia ini. Makan tak kemana, makan banyak tak hasilkan tenaga untuk ibadah apa gunanya.

Maka yang hadir adalah watak-watak yang biasa hadir solat jemaah (bukan solat terawih). Mereka ini penerus tradisi, iaitu golongan veteran yang bertadarus. Baguslah orang tua, ramadhan depan mungkin tak jumpa dah …

Bila bertadarus pula, timbul masalah, sukar menerima teguran, bacaan salah, sebutan salah, huruf tertinggal dan sebagainya, itu tak mengapa bagi saya, Allah amat mengetahui niat seseorang hambanya dan keupayaan hambanya dalam menuturkan wahyuNya.

Bagaimana kalau saya cadangkan agar para, pelajar Quran / guru quran atau para Hafiz di beri upah untuk bertadarus bersama sesebuah surau dan masjid. Barulah beliau ada outoriti membetulkan bacaan para pentadarus.

Majlis agama atau jabatan agama perlu memikirkan hal sebegini. Bukan JASA sahaja yang datang beri ceramah kemudian dikenen politik dan tinggalkan jemaah begitu sahaja sepanjang Ramadhan. Saya tidak bimbang tadarus jemaah-jemaah PAS kerana dikalangan mereka banyak ustaz atau ustazah dan mereka yang seolah-olah ustaz ustazah boleh membimbing.
Yang saya risau adalah dikalangan jemaah Melayu Islam yang lain yang ketandusan pembimbing Quranyang berani menegur bacaan dan membetulkan bacaan Quran.

Dua point penting yang telah saya sampaikan iaitu;

1. Promosi tadarus
2. bayaran kepada guru Quran/ hafiz/ ustaz ustazah yang mengetuai tadarus.

Mari tingkatkan bacaan Al Quran sepanjang Ramadhan ini.

Tuesday, August 16, 2011

Berjuanglah kerana anda memang pejuang Islam


Assalamualaikum wbt.
Berjuanglah kerana anda adalah pejuang Islam. Sekian lama anda berjuang dalam berbagai isu berkaitan umat Islam. Insya Allah kalau tidak berjayapun anda telah “selamat’.

PERKASA mahu mengambil alih peranan memperjuangkan Islam dari PAS, sesuatu yang melucukan, apakah mereka mahu menukar Falsafah perjeuangan mereka dari hidup melayu kepada ‘Allah Huakbar”.

Kalau begitu baguslah Ahlan wasahlan.

PAS sekian lama memperjuangkan Islam baik dari anggota yang tak ada Ilmu sampailah kepada Ulama nya. Orang PAS amat sensitfi terhadap apa saja isu berkaitan Islam, namun sentiasa diperlekehkan oleh gerombolan.

Kerapkali isu yang diperjuangkan oleh PAS akan dilabelkan sebagai PAS menolak kemajuan mestipun isu berkaitan akidah.

Cuti pada hari Ahad sentiasa dibantah oleh PAS, kerana PAS melihat Hari Ahad bukan hari kebesaran bagi umat Islam, sebaliknya ia dalah hari kebesaran bagi penganut Kristian. Dari satu negeri kesatu negeri menjadikan hari Ahad sebagai cuti umum, terakhir adalah Perlis.

Alasan yang diberikkan oleh penyokong mereka adalah, Selepas solat jumaat, kena bertebaran mencari rezeki. Mudah saja alasan.
PAS pernah memperjuangkan isu tersebut dan isu murtad, tetapi seolah-olah sengaja ditolak oleh BN yang merintah, saya percaya hanya kerana cadangan tersebut dari PAS. Yang peliknya UMNO yang Islam dan moden itu tidak pula mahu mencadangkannya. UMNO hanya mencadangkan yang boleh menghakis akidah Islam.

Contoh, untuk hiburkan pelancong, buka disko sampai 3 pagi. Nak atas gejala merempit, buatkan litar, anjurkan pertandingan rempit halal. Cara pemikiran amat berbeza, mereka menyelesaikan sesuatu dengan cara ‘bisnes’. Contoh mengatasi budaya lepak, buatkan Gelanggang futsal.

Yang diperjuangkan oleh UMNO adalah Islam yang boleh digahkan, dilihat oleh orang lain Islam dan Bukan Islam sebagai ‘glemer’.

Perarakan Maulidur Rasul dipaparkan dalam TV, suara bacaan Quran bekumandang di corong pembesar suara masjid. Jadi nampaklah Islam di Bumi Melayu ini.
Tidak kah pelik sebuah Negara Islam menjadikan Hari Ahad sebagai hari cuti. Kalau agama lain membesarkan hari kebesaran mereka, kita pula kononnya mengambil sikap sederhana tidak menjadikan Hari kebesaran kita sebagai hari cuti. Ini hanylah secebis kisah Islam yang di pimpin oleh Islam.

sekian