Wednesday, June 29, 2011

Huh Kecut perut.. tengok depa ni.


Assalamualaikum wbt.
Saya petik dari Utusan Malaysia.

KUALA LUMPUR 28 Jun - Lebih 50,000 pengamal silat di negara ini bersedia untuk bertempur dengan pihak yang terlibat dalam perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 9 Julai ini.

Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tan Sri Omardin Mauju berkata, seramai 100 guru daripada pelbagai pertubuhan silat akan membuat kata sepakat pada pertemuan Sabtu ini demi mempertahankan keselamatan negara.

Tegasnya, sebagai benteng ketiga selepas tentera dan polis dalam menjaga keamanan negara, adalah menjadi tanggungjawab pertubuhan itu untuk berdepan dengan mereka yang cuba membuat kacau dan mengganggu gugat keharmonian negara.

''Kami tetap dengan pendirian untuk 'berperang' jika mereka mahu meneruskan perhimpunan haram itu.

''Jika benar ia berlaku, saya tidak boleh jamin untuk mengawal emosi anak-anak buah saya pada hari tersebut kerana mereka diajar untuk bertindak jika berdepan dengan pihak lawan.

''Bukan kerja kita hendak bersorak atau menjerit seperti mereka, tetapi kerja kami hanya untuk memastikan negara tidak susah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga bertegas tidak akan menukar pendiriannya untuk menganjurkan perhimpunan haram itu meskipun dihalang pihak berkuasa dan pihak lain.

Omardin berkata, Pertubuhan Silat juga tidak akan berganjak dengan pendirian mereka, bagaimanapun ia tidak bermaksud bahawa pertubuhan itu anti kaum atau agama selain Islam.

hjlutfi-choras :

Saya faham dan difahamkan serta memahami bahawa perhimpunan tersebut adalah perhimpunan aman, hanya provokasi dari pandikar silat lincah sahaja yang akan menyebabkan keadaan nanti tidak aman.

Silat lincah kena buang ikatan kain kuning, samping kuning dan apa saja yang kuning dalam persatuan mereka. Dan satu kekalahan awal silat Lincah ialah mengatakan 'Jika benar ia berlaku, saya tidak boleh jamin untuk mengawal emosi anak-anak buah saya pada hari tersebut kerana mereka diajar untuk bertindak jika berdepan dengan pihak lawan.

Monday, June 27, 2011

Mesti Parti Pembangkang Tak berani terima cabaran Najib 1M

Ini petikan dari Utusan Malaysia
Tajuk : Cabar jadi ‘anak jantan’.

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 26 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar pihak pembangkang supaya bertindak berani seperti ‘anak jantan’ dengan menghadapi proses pilihan raya bagi membuktikan penerimaan sokongan rakyat terhadap mereka.









Ulasan : hjlutfi-choras kata, saya berani terima cabaran tersebut dengan beberapa syarat;
1. Semua rakyat Malaysia bebas bersuara termasuk kakitangan kerajaan Malaysia (bukan kakitangan kerajaan UMNO)
2. Semua jentera kerajaan Malaysia tak boleh dgunakan semasa kempen pilihanraya.
3. Tiada sebarang ugutan terhadap rakyat dan kakitangan Kerajaan Malaysia untuk memilih mana-mana parti.
4. Menyatakan yang benar, semua parti bertanding boleh muncul dalam TV untuk menerangkan Manifesto masing-masing, sebanyak mana Parti kerajaan sekarang muncul dlaam TV dan diberi publisiti.

Barulah anak jantan bro.

Kalau bertumbuk dengan gu yang tangan terikat, anak jantan kebenda.

La... ingatkkan penyokong bersih.



Assalamualaikum wbt.

Sorry le bro, PM sedang kemaskan 1Malaysia. gambar dari Utusan pemuda-pemudi kursus pra perkahwinan yang pecah rekord, sebab ramai berkursus. Dan dari gambar tersebut, mereka kata, mereka akan kahwin 1 sahaja, sebab sharizat tak suka depa kahwin lebih dari satu.

Monday, June 20, 2011

Cadangan yang baik

Assalamualaikum wbt.

Saya petik dari surat khabar.

KOTA BHARU: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta kerajaan supaya membayar insentif atau bayaran khas kepada guru yang memiliki kepakaran dan sanggup melakukan kerja tambahan di sekolah.

Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng, berkata pada dasarnya, kira-kira 17,000 ahli NUTP sentiasa bersedia dengan beban kerja tambahan yang terpaksa dilakukan di sekolah bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) berjalan lancar.

Katanya, guru yang memiliki kepakaran lebih dari satu mata pelajaran itu tidak pernah menerima sebarang bayaran atau insentif lain walaupun terpaksa menanggung bebanan kerja terutama menjadi guru ganti mata pelajaran tertentu.

“Guru yang memiliki kepakaran lebih dari satu mata pelajaran itu tidak pernah menerima sebarang bayaran atau insentif walaupun dibebani dengan kerja tambahan dan kira-kira 17,000 ahli NUTP sanggup memikul beban itu.

“Memandangkan selama ini mereka bekerja dalam keadaan sukarela, sudah tiba masanya kerajaan menimbangkan usul supaya guru memiliki kepakaran dan bersedia dibebani kerja lebih itu dibayar insentif sebagai menghargai khidmat mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung NUTP Cawangan Kelantan Ke-19, di sini, semalam.


Komen hjlutfi-choras.

Bukan tambahan dalam kelas ganti saja, baiki paip bocor, baiki komputer rosak, wiring, hantar pelajar ke hospital, menghadiri majlis yang tak ada kaitan dengan Pendidikan/pelajaran, melawat pelajar tak hadir dan lain-lain, kena beri insentif.

Saturday, June 18, 2011

Pilihanraya Masjid



Gambar Hiasan

Assalamualaikum wbt.

Dengar kata proses pemilihan AJK Mesjid cara pilihanraya (paling demokrasi) telah di batalkan. Jadi kembalilah kepada cara angkat tangan. Pilihlah waktu lepas subuh buat mesyuarat supaya yang betul-betul datang Mesjid saja terpilih jadi AJK Masjid.

Al maklumlah waktu subuh berapa sangat orang yang sempat pergi Masjid (termasuk le penulis blog ini)

Pemilihan yang tak sistematik, tidak menyeluruh, dihadiri oleh beberapa kerat sahaja, tak taupun kata mereka juga layak mengundi dalam pemilihan tersebut anta factor pemilihan ini tak glemer. Pengerusi Mesjidpun orang tak kenal,

Bailklah satu pengalaman dalam pemilihan ini. Pasukan Songkok tinggi dan gerombolan (pinjam istilah beberapa bloger) apabila ada pilihanraya ini cepet-cepat datang, sebab mereka nak naikan kawan mereka yang sama geng dengan mereka, pada hal si kawan pun bukan alim saangat, dicadangkan sebagai ajk tertentu kerana itu orang mereka.

Jawatan walau AJK amat penting bagi gerombolan dan songkok tinggi, apa tidaknya, nampak macam kecil, tapi dalam politik kampong ini adalah besar. Mereka akan hantar seseorang yang berani bedal cakap walau depan tok imam tanpa rasa hormat kepada imam dengan cadangan yang bangang-bangang (logic akal saja)

Maklumlah waktu Ustaz baca kitab bukan nak datang, waktu pemilihan baru nak datang. Dan akahirnya mereka berjaya menguasai masjid. Maka masjid kembali kosong, tak diimarahkan.

Mereka ini macam dah diajar oleh seseorang supaya cakap macam tu, dan seolah-olah “jihad’ pada hari itu jika dapat tawan masjid tertentu. Orang lebai putih pun mengalah demi keamanan dan kesejahteraan kampong, yang dok mai masjidpun orang lebai putih ni le. Orang songkok tingggi dan gerombolan, waktu maghrib dok main futsal lagi.

Pun begitu, orang lebai putih tak berapa kisah, sebab bersangka baik. Ana tak kisah siapa jadi Imam dan AJK, buat lah sesuatu untuk mengimarakkan masjid, jangan jadikan masjid untuk iklan aktiviti politik, jaga hati kawan lain supaya tak tersinggung.

Sekian, jom pi masjid. Susah sangat, maghrib dan Isyak pun jadilah.

Friday, June 17, 2011

Perkasa tegakkan benang yang basah

Assalamualaikum wbt.

Saya petik dari surat khabar Utusan

Utusan tidak hina hukum Islam

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Jun – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menegaskan, karikatur bertajuk Kekeliruan Kes Rogol tidak menghina Islam sebaliknya, mahu menyindir pihak yang terlalu obses serta takut untuk menghukum pemimpin politik yang melakukan zina.

Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata, sindiran tersebut wajar dibuat kerana terdapat golongan yang mendakwa diri mereka sebagai ulama, sanggup membela dan menutup sebelah mata mengenai kesalahan zina, meskipun segala bukti jelas mendedahkan aksi jijik tersebut.

“Perkasa bukan mahu membela Utusan Malaysia sebaliknya, kami menyokong tindakan tersebut kerana ia bertujuan menyedarkan rakyat. Kenapa karikatur ini yang dipersoalkan, kenapa tidak bertindak terhadap pemimpin pembangkang yang melakukan seks,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan pihak pembangkang terutamanya Pemuda Pas yang menuduh karikatur tersebut yang disiarkan Utusan, sebagai menghina hukum Islam.

Syed Hassan berkata, Pas tidak sepatutnya menyalahkan Utusan kerana karikatur itu cuma medium untuk menyatakan kepada pihak pembangkang, bahawa rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan ‘pengampunan’ begitu sahaja oleh pemimpin parti itu terhadap pelaku zina dan liwat.

Sementara itu, blog, http://ruangbicarafaisal.blogspot.com juga mempertahankan karikatur itu sebagai tidak menghina hukum Islam kerana ia hanya bertujuan menjelaskan kekeliruan berhubung kejadian rogol dan zina antara penghulu dengan polis.

Ulasan hjlutfi-choras

Perkasa hanya tegakkan benang yang basah dan cuba kona pula ayat-ayat supaya nampakkan orang yang kata utusan menghina jadi salah dan tak dak akai. Saya tetap kata Utusan dalam banyak hal menghina Islam dan Melayu sendiri.

Tuesday, June 14, 2011

Himpunan Bersih


Assalamualaikum wbt.

Orang mempertikai macam-macam. Ada kata jahiliah, ada kata tak bermoral, ada kata merugikan dan macam-macam. Jika benar akan merugikan pihak-pihak tertentu, beri kebenaran mereka berhimpun 'bersih' lagi terkawal.

Beri kebenaran mereka berhimpun di stadium dan melaung sepuas-puas hati perasaan mereka, saya percaya bilangan yang akan hadir lebih ramai.

Sekarang ini jika perhimpunan tersebut dilarang, kemudian ada pula pihak yang merancang mengadakan kekacauan supaya himpunan bersih nampak tidak bersih, maka dapatlah digunakan 'point' tersebut untuk memaklumkan kepada pengundi bahawa kumpulan itu adalah kumpulan yang suka keganasan dan mereka tidak layak memerintah di Putrajaya.