Tuesday, December 17, 2013

Arah Kiblat dalam surau di Shahab Perdana tak menentu

Assalamualaikum wbt.

Bagi penumpang yang pernah menggunakan Terminal bas Shahab Perdana di Alor Setar pasti akan merungut kerana tandas yang tidak cantik dan tak diurus dengan baik serta kemudahan surau di tingkat satu yang tidak layak bagi satu tempat seperti Shahab Perdana. Shahab Perdana adalah terminal bas utama bagi Negeri Kedah, seawal 5 pagi penumpang akan menjejak kaki ke Shabab Perdana, kalaulah penumpang tersebut adalah musafir atau pelancong yang kali pertama tiba dengan harapan yang besar tentang negeri Kedah, pasti mereka akan rasa kecewa.

Saya kerap menggunakan terminal tersebut, tandas dan surau adalah dua tempat yang gagal memuaskan hati saya, keadaannya seperti tidak terurus. Ruang perniagaan di bahagian atas juga tidak terurus, berdasarkan pemerhatian saya, arkitek hanya mereka bentuk ikut sedap mata memandang, bukan ikut pandangan seorang peniaga. Peniaga mahu kedai yang mudah dikunjungi, Kalau sudah diatas, sudah tentu menyusahkan pembeli. Ditambah dengan bayaran tempat parking, menyebabkan pelanngan luar tidka sudi untuk menjengah terminal bas Shahab Perdana. Atau buat saja Terminal bas sebagai terminal bas, ruang niaga ditempat lain yang berhampiran, tak perlu one stop centre, kerana ini akan merugikan. Namun saya melihat kesilapan pada reka bentuk yang menyebabkan ruang niaga ditingkat satu tak dapat beroperasi.

Jauh sekali jika hendak dibandingkan dengan Melaka Sentral. dan satu amaran saya agar 'mereka' tidak menukar nama Terminal Shahab Perdana kepada  Alor Setar Sentral untuk mencontohi nama KL Sentral, Melaka Sentral JB Sentral dan lain-lain.

Berbalik kepada surau (surau lelaki), keadaanya tidak terurus sehingga kan arah kiblat tidak ditentukan dengan tepat, panduan arah kiblat yang dilukis pada dinding sudah tentu dibuat oleh individu yang sering menggunakan surau tersebut sebagai langkah membantu jemaah lain mencari arah kiblat. Sudah sekian lama Shahab Perdana beroperasi, kenapa sehingga kini tiada panduan arah kiblat yang "sah oleh mereka yang berautoriti"


Arah yang ditunjukkan didinding pasti tidak sama dengan dilantai, darjak atau bearing pasti akan berubah, apatah lagi jika dilukis sedemikian sahaja. walau apapun terima kasih kepada si 'penentu' arah kiblat tadi atas iniasiatif dan niat ikhlas utnuk membantu memberi panduan arah kiblat kepada jemaah.

Bagi orang Islam gagal menentukan arah kiblat adalah satu kelemahan yang akan membawa kepada kelemahan-kelemahan yang lain. nampak kecil, tapi kesannya amat besar dalam kehidupan.

Saya sangat berharap agar pengurusan Shahab Perdana dapat menguruskan terminal ini dengan baik, terutama surau dan tandas. Terminal ini adalah imej kemajuan Negeri Kedah. Jika tidak diuruskan dengan baik sudah tentu Kedah gagal diistiharkan sebagai negeri maju, atau negeri sejahtera atau BN Menang Rakyat SENANG.




Monday, December 9, 2013

Rusuhan warga asing di Singapura, Apa yang perlu dipelajari oleh Malaysia

Assalamualaikum wbt.

Malaysia mempunyai bilangan pendatang asing yang ramai. Mereka tidak takut untuk melalukan jenayah kerana mereka tiada sebarang kepentingan ekonomi dalam negara Malaysia, tiada premis perniagaan (tidak termasuk berniaga secara haram), hanya memberi tenaga sahaja dan mendapat upah. Keikhlasan untuk sama-sama menjaga keamanan sudah tentu tidak wujud, namun kekuatan untuk membela rakan atau sahabat adalah amat kuat bagi seseorang perantau.


Ditambah dengan khabar angin melalui sms , mereka akan cepat bertindak tambahan lagi mereka tinggal secara berkelompok disesuatu kawasan.

Rusuhan di Singapura kelmarin sepatutnya diteliti dengan tajam, oleh kepimpinan negara, jangan terlalu rakus mengejar 'pembangunan' sehingga mengabaikan kebajikan warga sendiri. Kini rakyat Malaysia sendiri taku untuk keluar bersiar-siar pada hari cuti, kerana kumpulan pendatang ini akan turut keluar secara beramai-ramai, dan sudah tentu kita tidak memahami apa yang mereka tuturkan dan tidak memahami bahasa isyarat mereka.

Mungkin perlu ada peraturan agar menyekat atau menghadkan pergerakan warga asing, walau nampak seperti melakukan diskriminasi terhadap mereka, tetapi kita semua tahu dan sedar bahawa jenayah yang berlaku dalam negara kita kebayakan dilakukan oleh warga asing.

Pasukan keselamatan harus mempunyai (kalau sudah ada perlu di 'gerak' kan selalu untuk mengerunkan pendatang asing, agar tidak bertindak melulu dan melanggar peraturan dan adap Negara kita)

Mereka yang didapai bersalah walau kecil perlu dihantar pulang sebagai pengajaran kepada yang lain. Saya yakin Singapura akan bertindak tegas dalam hal sebegini, dan saya kuran yakin yang Malaysia akan bertindak tegas kerana sifat 'sopan santun' para menteri yang bertanggungjawab menjaga keselamatan negara,

Thursday, December 5, 2013

PISA : Kedudukan Malaysia di belakang Vietnam

Assalamualaikum wbt.

PISA: Kedudukan Malaysia di belakang Vietnam dalam pendidikan mengejutkan.

Sangat mengejutkan;
Malaysia menduduki tangga kedua tercorot di Asia Tenggara termasuk di belakang Vietnam dalam keputusan Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (PISA).

Hanya Indonesia yang berada di belakang Malaysia di kalangan negara Asia Tenggara yang turut serta dalam penilaian itu sementara Singapura dan Thailand di depan Malaysia.

PISA adalah sebuah program penarafan mutu pendidikan di sekolah yang dikendalikan oleh OECD (Organisation for Economic Corporation and Development) bagi pelajar 15 tahun yang melibatkan negara dari seluruh dunia.

Ia menguji kemampuan dan penguasaan pelajar dalam tiga bidang utama iaitu membaca, matematik dan sains. PISA menjadi piawaian antarabangsa yang digunakan untuk menilai keberkesanan dan mutu sistem pendidikan sekolah di dunia.

Berikut ini adalah komen pembaca semasa PISA dijalankan




“BM and English? “Form One students sit for TIMSS n PISA exam. Questions in BM only. Not fair to students taught in English. – Parent”

Dan ini adalah jawapan dari Kementerian Pendidikan Malaysia dan laman web KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin merujuk dan memberi maklum balas kepada SMS “Parent” dalam akhbar THE STAR bertarikh 30 Julai 2013 seperti kenyataan di atas.

Untuk makluman, instrumen saringan TIMSS dan PISA dijalankan hari ini adalah merupakan ujian rintis untuk mendapat maklum balas penguasaan murid dalam sesuatu konstruk dan konteks. Ujian rintis ini tidak melibatkan pencapaian murid. Dapatan kajian ini akan membantu guru menyesuaikan P&P supaya kelemahan murid dapat diatasi dan kekuatan murid pula dipertingkatkan.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Diterbitkan oleh Unit Komunikasi Korporat

PISA difahamkan oleh KPM adalah maklum balas pengusaan murdi dalam sesuatu konstruk dam konteks untuk lihat pencapaian murid. dan dibawah ini adalah dapatan dari kajian rintis tersebut.


Kesimpulan yang diperolehi.

Guru-guru perlu membaiki kelemahan masing-masing supaya murid dapat mencapai prestasi akademik yang tinggi.

Murid di Malaysia terlalu lemah kerana, tidak memberi tumpuan semasa menjawab soalan, murid di Malaysia menganggap ujian itu tidak penting, jadi mereka menjawab secara acuh tak acuh. bukan dapat sijil.

Apa-apa pun : KPM perlu membuat kajian, dan guru perlu menjawab dengan jujur, bukan jawab dengan penuh rasa takut. Solan kajian juga perlu menyeluruh, mencari punca sebenar kelemahan murid, mencari punca sebenar kelemahan guru.

Wednesday, December 4, 2013

Sabasun dan Candi Lembah Bujang

Assalamualaikum wbt.




Kedua-dua ini adalah mangsa kerakusan pemimpin. Tanah kawasan candi di Lembah Bujang dijual untuk dimajukan. Tapak Sabasun di Trengganu akan dijual , sudah tentu dengan harga yang tinggi.

Tapak Candi tak ada nilai bagi orang yang gilakan wang dan kemajuan. Betulkan itu candi Hindu, atau itu sebuah binaan agama veda, atau tapak rumah ibadat syariat nabi terdahulu, apa-apapun bahan sejarah harus dikekalkan.

Tapi kenapa pemimpin tidak menghargai dan fikir untuk dikekalkan ?.

Sabasun (sabar + sungguh ) sebuah perniagaan bumiputra Islam, di negeri Islam, yang mana diketahui amat sedikit individu Islam menceburi bidang perniagaan runcit sedemikian, tapak nya dendak diambil kembali oleh kerajaan negeri, sudah tentu untuk dimajukan dan saya percaya bukan Islam yang akan memajukan tapak tersebut dengan bangunan perniagaan yang cantik dan sewanya yang tak mampu dibayar oleh peniaga Islam. Jadi dimana pembela ISlam. Alasan kemajuan, tidak patuh peraturan hanya secebis dari alasan untuk memindahkan sabasun.


Thursday, November 28, 2013

Kesian Cikgu Idayu.

Assalamualaikum wbt.

Membaca kidah Cikgu Idayu dalam Utusan M 27/11. ruangan rencana. cuit oleh Zaini Hassan memberi berberapa soalan. Soalan-soalan yang akhirnya akan menyalahkan Cikgu Idayu sendiri dalam kontek " Tak suka pendidikan di Malaysia, pergi luar negara", " harga gula dinaikkan untuk kurangkan diabetis". " Tutup kedai 24 jam yang sebabkan obesiti". "orang kampung bukan ada kereta". "tarif elektrik naik tak membebankan rakyat" dan lain-lain lagi.

Negara yang pelik dalam meguruskan rakyatnya.Ditambah dengan rakyat yang sudi diperbodohkan. Memberi alasan yang bodoh-bodoh bagi membela diri sendiri dan ketidakcekapan dalam pengurusan. Berdiam diri dengan harapan sesuatu kes akan reda. menuduh orang tidak tahu bersyukur bila mempertikaikan sesuatu tindakan. Menuduh cikgu sebagai tidak ikhlas bila mempertikaikan gaji, menuduh pensyarah tidak syukur bila mempertikaikan gred pangkat.

Saya percaya kes seperti Cikgu Idayu bukan kes terpencil, ia adalah antara ribuan kes serupa yang terjadi dikalangan guru di negera kita. Cikgu nampak lebih ketara kerana bilanganya ramai berbanding penjawat awam yang lain.

Di tempat saya mengajar sendiri sekurang-kurangnya 4 kes suami/isteri tinggal berasingan dan berjauhan termasuk saya sendiri. Biasalah macam-macam alasan yang diada-adakan, di 'birokrasikan' dan lain-lain seperti 'mereka' dengki terhadap guru yang ditakdirkan berjauhan dengan suami/isteri. Kes-kes seperti ini tidak pernah selesai, dan tak diselesaikan. Mary Yap kata dalam parlimen akan ambil tindakan penyelesaian segera, namun dalam perlaksanaan, hampeh !.

Bila akan selesai kes ini ?

Sudah tentu tidak selesai, jika tidak dicari satu mekanisma penyelesaian, atau bila selesai satu kes, akan ada pula kes serupa, jadi jangan selesaikan... diam sahaja .

Saya tidak berada di tempat pegawai yang membuat dasar-dasar, termasuklah "dasar" pertukaran, kononnya tiga tahun, empat tahun baru boleh bertukar, tapi dalam kes tertentu ada juga kurang dua minggu sudah bertukar, kononnya opsyen sudah penuh, tapi tidak juga, bila ada report kata tak cukup opsen itu ini.

Tiada kosong sebab jawatan hakiki, dan macam-macam lagilah, yang membuat guru seperti cigu Idayu merasa tertekan. Istilah kemurungan, konflik dalaman, kurang diberi perhatian oleh majikan dan rakan sekerja sendiri, istilah dan pengidap kemurungan dan konflok dalaman masih belum boleh diterima dalam negara kita. Cuma Cikgu Maarof suami cigku Normala sahaja yang mendapat MC selama 1 minggu kerana kemurungan.

Saya pernah minta MC sebab kemurungan, doktor kata, tiada kemurungan, bila lihat wajah saya. Takkan hari hari saya nak tunjuk wajah murung yang monyok saja, depan pelajar kena berlakon ok. depan kawan-kawan kena berlakon ok, akhirnya ko seperti cikgu Idayu.

Mereka akan kembali menyalahkan Cikgu Idayu, soalan mereka kenapa nak jadi cikgu ?, tahu tak susah nak tukar ?, tahu tak itu, tahu tak ini. Akhirnya cikgu Idayu mengalami konflik dalaman yang amat sangat, murung dan seterusnya sakit jiwa.

Kajian menunjukkan ramai guru yang mengalami sakit jiwa, namun di malaysia hasil kajian-kajian tersebut tidak digunakan, buat kajian tindakan bukan main tapi selepas pembentangan, disimpan dalam fail sahaja.

Kita berdoa sahaja semoga Allah letakkan kita dikalangan orang yang sabar dan redo.


Friday, November 1, 2013

Bukit Choras, Kg yang tertinggal dalam "pembangunan" 2

Assalamualaikum wbt.

Pembangunan ekonomi Kg Bukit Choras, DUN Sg Limau.

Adakah tiada pemimpin yang berkaliber dikalangan penduduk Bukit Choras menyebabkan Bukit Choras hanya begitu sahaja sejak dahulu ?

Adakah JKKK yang ada tidak nampak keperluan penduduk Bukit Choras untuk dibangunkan dari segi ekonomi ?

Adakah penduduk Bukit Choras yang majoroti besar penyokong PAS tak perlu dibantu untuk pembangunan ekonomi ?

Pembangunan rohani masih perlu dipertingkatkan, pembangunan intelektual perlu ditingkatkan, pembangunan ekonomi juga perlu dipertingkatkan.

Seperti saya katakan dulu, Kg ini terletak dihujung daerah Yan, dihujung Parlimen Jerai, dihujung DUN Sg Limau. Mengharap peruntukan DUN, sememangnya tidak pernah ada. Mengharap peruntukan Parlimen, sudah tentu tidak ada, kalau ada untuk UMNO sahaja. Yang boleh diharapkan adalah peruntukan dari Pejabat daerah Yan, samada melalui Pembangunan Luar bandar atau peruntukan kerajaan persekutuan melalui MADA.

Satu Kg Satu produk, nampaknya Bukit Choras gagal, yang nampak berjaya hanyalah Abang Zul. Projek tambah pendapat oleh PPK juga tak nampak hasil, PPK Simpang 4, nampak terfokus Bukit Choras Luar.

Sekarang saya nampak hanya dua produk mati segan hidup tak mahu yang boleh dilaksanakan ialah agro pelancongan, menggunakan Sg yang ada, menggunakan bukit yang ada, menggunakan kesan sejarah yang ada, bolehlah Abang Zul minta bantuan untuk laksanakan projek tersebut. Minta bot atau perahu atau kayak untuk aktiviti rakit, minta dibersihan dan dimajukan Bukit Gedong, kerana sejarah yang ada disitu, minta dua unit rumah untuk homestay. Sekurang-kurangnya Abang Zul and the gang dapat tingkatkan ekonomi keluarga dahulu. Sungai. Bukit adalah dua aset pelancongan yang penting, pemandangan juga cantik.
Naik taraf aktiviti masjid , adakan kuliah secara tetap, atau import beberapa orang tukang urut, jadikan hub kesihatan tradisional. Kena ada kedai le, kedai makan, kedai urut, kedai jual produk, homestay, at least 10 keluarga dapat tambah pendapatan, 10 keluarga bermakna 10 % dari rumah di Bukit Choras.

Cuma saya agak muskil. tapak mana boleh diambil oleh kerajaan, kerana di Kg kita tiada tanah.

Perusahaan dari rumah "PEDARU", atau omputih kata home made Kg kita agak sukar, kerana bahan mentah, yang ada hanya padi, getah pun susah mau tumbuh, tapi kita boleh buat Perusahaan dari rumah untuk tingkatkan pendapatan isirumah. Produk makanan adalah mudah pada peringkat awal, katakan jem rambutan atau madu kelulut, dua tiga pengusaha kumpul produk mereka bawah satu jenama, buat iklan di fb ke blog ke, letak di mana-mana R&R atau kedai terpilih, insya Allah, kita cuba dulu, modal memang keda ada, apa nak heran, PPK, MADA semua tua depa ada modal dalam usaha meningkatkan pendapatan petani.


Selamat mengundi, Abang Zul jangan lupa pangkah PAS, dalam diam-diam, undi siapa tahu, rahsia...

Bukit Choras, Kg yang tertinggal dalam 'pembangunan'

Assalamualaikum wbt.





Walau saya penyokong PAS, semua diatas hanya keseronokan pilihanraya, apa nak bantah sangat kalau setakat TPM kata diabetis berpunca dari gula, Tan Sri Azizan kena diabetis, sudah tentulah punca dari gula. gimik semua tu.



Satu penempatan berpusat, rumah disekeliling bukit, bukit dikelilingi sawah padi. Boleh dihubungi melalui jalan Alor Setar/ Kota Sarang Semut ke Pendang, atau jalan kampung melalui Bukit Besar jika melalui jalan Alor Setar/Kota Sarang Semut ke Sg Petani/Guar Cempedak, Gurun Bedong, Sg Lalang. Atau jalan ban sungai tepi Sungai Sala/ Sg Choras

Atau jika anda dari KL melalui lebuh raya PLUS keluar melalui Tol Pendang, kemudian menghala Kota Sarang Semut, dalam perjalanan akan temui Kok Bah (Kobah), kg yang ada nama dalam peta Malaysia kerana disitu ada stesen keretapi, kemuadian akan jumpa SK Bukit Choras, belok kiri untuk masuk ke Kg Bukit Choras yang sebenar, yang tepi jalan adalah Bukit Choras juga tapi dalam Parlimen Pendang,

Terletak dalam Mukim Sala Besar, Daerah Yan. saya kira kg terhujung dalam daerah Yan, bersempadan dengan daerah Pendang.

'Pembangunan" apa yang ada di Bukit Choras Dalam. Tiada balairaya, tiada dewan orang ramai, tiada tadika , tiada taska, tiada PASTI, tiada Pejabat Pos, tiada sekolah. Kini saya tidak boleh berkongsi dengan Bukit Choras Luar daerah Pendang, mereka lebih mudah menerima pembangunan kerana mudah akses, berada tepi jalan utama, tapi saya tidak boleh pisahkan antara dua lokasi ini, kedua-duanya adalah Bukit Choras. Kedua-duanya adalah saudara saya.

Bukit Choras Dalam Hanya ada Infrastruktur asas seperti air, elektrik dan jalan mini tar, Ada sebuah masjid yang dibina atas inisiatif penduduk kampung, yang nampak jelas dari Jalan Sg Petani - Kota Sarang Semut adalah binaan kubur Cina.

Hanya sebuah kampung tradisional , penduduk terdiri dari golongan berumur yang mengerjakan sawah padi, beberapa orang muda kerja dengan kerajaan. Yang ada otak sikit kebanyakan tinggal diluar atau ditempat lain kerana tuntutan kerja.

Hanya seorang yang saya kira berjaya dari segi akademik iaitu Dr Yaacob bin Don, belajar di UPM kemudian menjadi Pegawai Penyelidik di MARDI Serdang, berkahwin dengan orang N. Sembilan, sekarang tinggal di Bandar Baru Bangi. Seorang lagi Dr Ahmad Ismail, Ketua Jabatan Biologi UPM, yang lain-lain biasalah setakat ijazah pertama, bila mendapat pekerjaan, masing-masing meninggalkan Bukit Choras.

Hanya orang tua terus mendidik anak mereka sehingga masuk universiti. Kini telah ramai yang berjaya dalam akademik berbanding 20 - 30 tahun lalu. Seperti yang saya kata tadi bila dapat kerja mereka akan meninggalkan Bukit Choras. Pembangunan dari segi intelektual agak terbatas kerana cerdik pandai telah meninggalkan kg halaman.

Rata-rata anak Bukit Choras akan belajar di SK Bukit Choras (dalam parlimen Pendang) seterusnya menyabung tkt 1 di SMK Muazzam , Kota Sarang Semut, SMK Pendang, Pondok Pak Ya (taufikiah Pdg Lumat), Pondok Pak Man (An Nadzoh). atau sekolah-sekolah terpilih lain.

Di Bukit Choras tiada ulamak dari dulu hingga sekarang, sekadar ada orang alim spt Hj Musa bin Mat. dan anaknya Hj Hussin bin Hj Musa , Hj Jusuh bin Hj Musa.(Hj Musa asal dari Salor, Pasir Mas Kelantan, kawan kepada Tn Guru Hj Aziz Pendang, pernah belajar dengan Tuk Kenali, Hj Musa adalah tok wan saya sebelah emak)  Yang lain-lain hanya orang biasa yang patuh kepada ajaran Islam kadang-kadang tergelincir dan naik semula.

'Pembangunan' rohani agak terbatas, sekadar bacaan kitab di Masjid, namun saya bersyukr juga kerana orang yang menubuhkan Maahad Tahfis di Bukit Choras, sebuah institusi yang baik, yang 'tolong' bawa rahmat kepada penduduk Bukit Choras.



Lawatan TPM sempena kempen, tapi bagi saya ia gagal menarik undi kerana pelajar tahfiz bukan pengundi, anak orang Bukit Choras tak berapa ekoq dalam taffiz tersebut, dan orang tahfiz tabligh, silap-silap tak mengundi. Tapi saya turut menghargai TPM kerana bantuan kewajipan yang diberikan.

Dari segi politik, sejak dulu selepas Perikatan, sebahagian besar penduduk Bukit Choras memilih PAS sebagai wadah memperjuangkan Islam. Cuma beberapa 'terpelajar' memilih UMNO dengan harapan UMNO membawa kemajuan pembangunan dan kekayaan.




Abang Zul dan Kak Mahani pengusaha makanan, bukan nak marah mereka memilih UMNO, cuma lihatlah secara jelas hala tuju hidup kita, mengejar dunia tanpa melupakan akhirat, mengejar akhirat melalui Mihaj yang betul, memilih pemimpin yang akan pimpin kita didunia dan akhirat. Pemimpin UMNO akan salahkan penyokongnya di akhirat nanti kerana memilih mereka menjadi pemimpin, saya kata demikian kerana, eg Hey Najib, awat hang tak suruh bebudak hang solat, asyik rempit saja ?, Najib Jawab " saya bagi dah duit kat depa , suruh buat masjid, jalan pi masjid pun saya buh mini tar, cantik, depa tak solat, nak buat lagu mana ?". eh.. Najib cakap Kedah pulak. "Hang tak payah kelentong Najib, duit memang hang bagi, tapi hang anjur K-Pop, bebudak tu pi tengok K Pop la, cuba hang letak Ustaz Azhar Idrus, tentu ramai yang pi masjid, ustaz Kazim tak sah letak le, dia tu khofla sikit, dia tak tau dia sokong sapa".

Pemimpin yang tidak melaksanakan syariat Islam tidak patut disokong, sesiapa yang sokong juga ibarat sokong membawa rebah.

Abang Zul, ada minta ka titi masuk kampung kita, ayah saya minta banyak kali sangat, depa bagi macam-macam alasan, sebab ayah saya PAS, Abang Zul, UMNO, MADA kata, JKR, JKR kata Pembangunan Luar bandar, ni PRK pulak, tak kan depa tak bagi, Dulu masa Anwar UMNO dia mai dah Bukit Choras, dia kata dapat tembusi kubu kuar PAS, terpampang gambar Pak Lang Mat Isa, dikata penyokong UMNO, puas orang tu bertaubat menafikan. Jamil Khir pun dah dua kali mai Tahfiz tu, mai baca Khutbah di Masjid lagi, ni TPM mai, awat TPM mai naik heli ka, atau mai kut jalan ban, supaya dia tak nampak titi masuk kg kita.

Balairaya macam mana?. tak kan abang Zul kata tak dak tanah kut, memang kg kita tak dak tanah, tapi tanah kubur cina, depa boleh pusing sampai jadi kubur cina, asal tanah orang Melayu, tak tau le kalau ada seorang anak murid wong Fei hong yang mai mugar lebih awai dari hj Bali. Jangan buat balai raya depan rumah abang zul pulak, macam mana orang PAS nak guna nanti ?.

Tanah kubur macam mana?, ni Abang Zul, tanah kubur penting, dapatkan peruntukan tolak perata tanah wakaf belakang rumah tok siak, buat tembok keliling buat jalan supaya teratur macam "Taman peringatan tanah kubur cina" jangan meniaga sudah la. jangan duk harap orang PAS saja, depa tu kadang malu alah, tak mau buka sora, jaga keharmonian, orang muda macam Abang Zul le yang kena usaha.


Jalan keliling kampung macam mana ?

Idea saya, Abang Zul kena minta peruntukan, kato ke JCV ke buldozer ke, tolak tanah bukit tepi jalan dalam 6 kaki, tak kan sebab orang balik bukit bukan sokong UMNO, Abang Zul buat-buat lupa.

Abang Zul, minta tolong undi PAS satu kali, boleh, berani hijrah ?.