Monday, September 3, 2012

Tukar Bendera , Saya tak setuju....


Assalamualaikum wbt.

Gimik pihak tertentu kononnya ada pihak tertentu yang hendak menukar bendera Jalur Gemilang kepada bendera tertentu jika memerintah.

Saya tidak setuju jika bendera Malaysia walaupun sama dengan bendera Amerika jalurnya dan beberapa buah negara lagi di dunia ditukarkan walau siapa yang memerintah.

Thursday, August 30, 2012

Senegara, Sejiwa, Sebangsa



Assalamualaikum wbt.

Dulu negeri-negeri di Tanah Melayu dikelaskan kepada
1. Negeri-negeri Melayu Bersekutu
2. Negeri- negeri Melayu Bersekutu
3. Negeri-negeri selat.

(Ada pantun yang cikgu sejarah ajar dulu, cikgu ni merangkap, cikgu PJ, Cikgu BM, Cikgu BI, Cikgu Sains,dan semua subjek dia ajar. Pantun nak ingat nama negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Pahang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan.
Pak Hang Berak celamur atas jalan.

Pantun yang buat saya tak lalu nak makan nasik sehari dua,waktu itu, bila kali pertama dengarnya.

Sabah Serawak, orang Melayu tak tau pun duk tang mana. orang Dayak depa tau le.. Negeri Siam depa tau le, Burma depa tau le.. Sebab tu depa kalau buka cerita, guna nama Negeri 'Antah Berantah' , Negeri Atas Angin, (tidak termasuk negeri Sabah di Bawah Bayu)

Waktu ini.

1. Negeri-negeri Melayu Pakatan
2. Negeri-negeri Melayu BN
3. Sabah
4. Serawak

Walau apa pun, Kekalkan Malaysia, Selamat Menyambut Kemerdekaan Pesekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada 31 Ogos 1957 (walaupun tak dijajah, he.. he..)

Saya Sayang Malaysia. Merdeka... Merdeka... Merdeka..., Alhamdulillah

Tuesday, August 28, 2012

Janji ditepati 55 tahun.

Assalamualaikum wbt.

1. Janji ditepati.

Dulu janji mahu kahwin sama saya, tapi awak mungkir janji, bila dah tua, baru mahu kahwin dengan saya, saya tidak mahu…


2. Janji ditepati

Dulu kata nak bagi biasiswa kat anak saya, last sekali bagi pinjaman saja. Sekarang anak saya asyik bayar hutang saja, kat saya dia tak hulur.

3. Janji ditepati

Kata jawatan kosong sector kerajaan banyak yang nak diisi, tapi, ramai yang dok tanam anggur.

4. Janji ditepati.

Dulu kata nak bagi 30 % ekuiti dalam semua syarikat, dah 30 tahun hanya bagi 5 % saja, Awak dan kawan-kawan awak saja yang dapat lebih 50 % .

5. Janji ditepati.

Saya tak suka dengan janji awak, dan saya tak mahu berjanji dengan awak, kini dan selamanya.

Monday, August 6, 2012

Raya yang dinanti

Assalamualaikum wbt.

Selamat Hari Raya. Raya yang dinanti seribu makna

Masa budak-budak, kutip duit raya.




Masa awal remaja, nak berjumpa kawan-kawan sejenis



Masa pertengahan dan akhir remaja, nak berjumpa kawan-kawan berjenis-jenis.



Masa tua, nak berjumpa cucu-cicit




Masa dah masuk kubur, harap anak -anak ziarah je lah.. baca fatihah hadiah entah betul ke tidak ?...




Semua gambar hanyalah gambar hiasan sahaja yang dipetik dari google images. tiada kena mengena samaada hidup maupun mati. selamat hari raya.

Tuesday, July 31, 2012

Kemboja di Malaysia


Assalamualaikum wbt.

Selamat meneruskan ibadat puasa dan istiqamah dengan amalan sunat yang lain.
Malaysia Negara yang penuh rahmat, svarnabumi, lubuk emas dan lain-lain lagi gelaran bagi ‘orang luar’. Namun semua itu tidak ‘terpeduli’ orang penduduk asalnya.

Raya bakal menjelang. Melayu hanya mampu membuka gerai di bazaar Ramaddan atau di pekan sehari atau di pasar malam. (syukur Alhamdulillah), itupun dihalau kesana kemari oleh pemerintah sendiri.

Kemboja, orang pelarian asalnya, mampu membuka kedai di Negara Malaysia ini. Mereka mampu mengeluarkan berbagai-bagai jenis pakaian yang menjadi pilihan orang Islam untuk berhari raya.

Bukan saya dengki, tapi saya hairan, kaedah apa, disiplin apa, ilmu apa. semangat apa, rahsia apa, yang digunakan oleh mereka sehingga ada ‘tapak’ dalam Negara ini ?.

Sedangkan kita, entah mengapa, entah siapa, entah bagaimana, janji apa, janji siapa, masih gagal bertapak dipremis nyata dalam perniagaan. Tapi tak mengapa kerana ada menteri yang kata “pertanian itu adalah perniagaan” maka sebahagian besar orang asalnya adalah peniaga, yang mana 9/10 dari pintu rezeki adalah dari perniagaan.

Selamat berusaha wahai Kemboja, Allah akan beri rezeki kepada yang berusaha, selamat berusaha . Selamat berusaha wahai Melayu, anda hamba Allah yang sering di rahmati Allah walau masih ramai kawan-kawan yang ingkar perintah.

Thursday, July 26, 2012

Permainan bulan Ramaddan dulu-dulu

Assalamualaikum wbt.

Budak-budak dulu,(kampung saya, kg lain tak tau le...) main meriam buluh petang-petang,lepas maghrib pukul gendang raya sampai Isyak.





Budak-budak sekarang !!!, membazir masa kalau nak main meriam buluh, tak de kerja ke asyik nak pukul gendang ?, main game lagi best.

Masa sudah berubah.