Thursday, December 22, 2011

Pakar Motivasi...


Assalamualaikum wbt.



saya adalah pakar motivasi, kata-kata saya mesti diikuti, supaya PAS berjaya dan cemerlang.

"mutakhir ini wujud golongan yang mendabik dada dan menunjuk pandai, lebih dari golongan agamawan dalam PAS. Siapakah kita yang mendakwa diri kita betul sehingga mempertikaikan PAS dengan mendakwa konsep Negara Islam PAS tersasar dari perjuangan asal PAS? Siapakah kita yang hendak mendakwa PAS sudah tergelincir dari landasan Islam.

Jika mereka yang mempertikai PAS itu merupakan orang luar PAS, kita tidak mengambil endah kerana mereka memang senantiasa berusaha menjatuhkan PAS. Namun, agak malang apabila segolongan yang bertitle ustaz dan berstatus AJK PAS Pusat, menggunakan media pro Umno-Barisan Nasional untuk menyerang dasar PAS."

hjlutfi-choras : Hassan Ali tak perlu dipecat dari ahli PAS, biar saja dia begitu, jadi TV1, 2, 3 suku ada modal nak hentam PAS.

Wednesday, December 21, 2011

Mengenang Jasa.

,

dalam usia begini dia akan terus menyumbang kepada negara. terima kasih le, terutama atas sumbangan terdahulu



masalah diatas tak de kena mengena dengan negara, ini mak bapa yang tak tau ajar anak. masalah dibawah ni pun tak de kena mengena dengan dengan pemerintahan negara, siapa suruh mak bapa beli moto kat anak, salah mak bapa le tu.



masalah ni pun tak de kena mengena dengan negara yang ditadbir, itu perangai buruk segelintir orang.

Monday, December 19, 2011

Melaka Mencipta Sejarah



MELAKA 18 Dis. – Kerajaan negeri Melaka diminta meneruskan usaha menambah baik dan membangunkan produk pelancongan yang dikenal pasti menarik serta ikonik agar ia terus kekal menjadi destinasi pilihan utama pelancong.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, usaha itu selaras dengan komitmen dan sasaran negara untuk menjadi antara 10 negara teratas dari segi pendapatan pelancongan global.

Menurutnya, selain usaha penambahbaikan produk pelancongan, kerajaan negeri juga perlu memfokuskan kepada usaha penyelenggaraan kawasan pelancongan sedia ada dan melaksanakan promosi pelancongan.

Hjlutfi-choras: brainstorm pelancongan negeri Melaka

1. kita bina Bangla land, Arab city, Nepal City, Indon city
2. buat yang belum ada di negeri lain di Malaysia, eg bugy jumping, cable car ke Pulau Kecik.
3. Lanjut pusat hiburan 24 jam.
4. Bina trek macam F1 , tapi bukan F1 kerana F1 dah ada.
5. Bina rumah salji terbesar di Asia Tenggara
6. Ambil alih kem terendak, sebab kawasan ni strategic
7. Tadahan durian tunggal majukan kawasan luncur air.

Jangan lupa satu projek untuk saya.
Huh !!! , masyuuuk…

Tuesday, December 13, 2011

Akibat kecuaian, malang tak berbau.

Assalamualaikum wbt,

Gambar menerangkan segalanya.

Apa kelainan Negara Berkebajikan Pas?

PRESIDEN Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelmarin melancarkan buku Negara Berkebajikan: Tawaran Pas di pekarangan Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Shah Alam.
Buku ini adalah penjelasan kepada Konsep Asas Negara Berkebajikan yang telah dilancar sebelum ini.

10 agenda iaitu;
1. kerajaan beramanah
2. masyarakat penyayang
3. ekonomi mampan
4. pendidikan berkualiti
5. perkhidmatan kesihatan cekap
6. , kebajikan langsung
7. keluarga harmoni
8. pekerja produktif
9. kemudahan prasarana berkualiti
10. pemeliharaan alam sekitar

Hjlutfi-choras : Tentu mereka bertanya dimana istimewanya konsep Negara berkebajikan PAS kerana sekali pandang semuanya telah dilaksankan oleh Kerajaan BN UMNO. Ya nampak tak ada beza secara kasar, tapi kalau dihalusi, akan kelas konsep tersebut.
Lihat siapa pelaksana kepada Negara berkebajikan tersebut.

Friday, December 2, 2011

Najib kata Mursyidul Am PAS lebih berkuasa dari Presiden Parti

Assalamualaikum wbt.

Hai orang dalam Parti Pembangkang Malaysia, tolong jawab sat, ini kata Najib.
Antaranya kata beliau, jawatan Ketua Umum, sudahlah tidak dipilih secara demokratik, lebih berkuasa pula daripada Presiden parti manakala sebuah lagi parti yang memakai gelar demokrasi, namun, langsung tidak demokratik.

''Sebuah lagi parti kononnya memperjuangkan negara kebajikan tetapi jawatan Mursyidul Am pun tidak diundi secara demokratik, tetapi ternyata lebih berkuasa daripada Presiden,'' tegasnya.

Jawab jangan tak jawab.

Strategi Menyalahkan orang lain untuk membuktikan yang kita benar.

Assalamualaikum wbt.

Kes 1:

Datuk Seri Shahrizat Jalil yang terpalit dengan skandal penternakan lembu, termasuk wang yang digunakan untuk membeli kondominium mewah, dengan cuba mengalihkan tumpuan kepada kes mahkamah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shahrizat mencabar Wanita PKR supaya mendesak Datin Seri Wan Azizah Ismail meletak jawatan kerana suaminya Anwar dikatakn telah melakukan pelbagai kesalahan. Apa pula kena-mengena Anwar dengan projek lembu beratus juta ringgit yang diberikan kepada keluarga Shahrizat yang penuh dengan pelbagai persoalan, sebagaimana yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara?

Kes 2 :

Apabila orang Cina menyokong DAP dan mula meninggalkan MCA, maka diburukkan DAP dengan pelbagai tuduhan. Mengapa para pemimpin UMNO perlu memusuhi orang lain demi mengekalkan kemandirian politiknya? Mereka sentiasa menggunakan DAP (sebagai ganti nama ‘Cina’) untuk menjadi kambing hitam. Kini untuk menambah perencah dalam hidangan mereka yang basi, mereka menambah penganut agama Kristian pula sebagai sasaran.

Kes 3 :

Seorang wakil Pemuda UMNO, mungkin kerana penguasaan kosa kata yang lemah dan terhad, telah menggelar PAS dan PKR sebagai “pondan” dan “bapok” serta menuduh sesiapa yang menyokong DAP adalah “bangsat”. Jika beginilah pemimpin muda Melayu, sukar dibayangkan nasib anak-anak Melayu di masa hadapan.

Kes 4 :

Menyalahkan keruntuhan Institusi keluarga, institusi Raja kepada orang lain, pada hal diri sendiri yang meruntuhkan kedua-dua institusi tersebut. Dan menakut-nakutkan rakyat jika UMNO hilang kuasa, Melayu akan hancur.