Friday, August 12, 2011

Ramadhan Khariah Masjid Jawahir Pengkalan Balak

Assalamualaikum wbt.

Selamat menunaikan ibadat puasa buat semua umat Islam di dunia.





berbuka puasa setiap hari sepanjang Ramadhan di masjid jawahir Pengakalan Balak, Melaka.

Selepas solat terawih buat Tadarus pula.





Gambar atas - Quran merah atas rehal tu saya punya.



Tn Imam- menyemak bacaan ahli tadarus



Semoga semua amal ibadat di terima oleh Allah s w t.






Tuesday, August 9, 2011

Ayat-Ayat Jihad - 6


Wahai orang-orang yang beriman, bersedialah dan berjaga-jagalah (sebelum kamu menghadapi musuh), kemudian (bila dikehendaki) maralah (ke medan perang) sepuak demi sepuak, atau (jika perlu) maralah serentak beramai-ramai. (An-Nisaa' 4:71) |


Dan sesungguhnya ada di antara kamu: orang-orang yang sengaja memberat-beratkan dirinya (juga orang lain, daripada turut mara ke medan perang). Kemudian kalau kamu ditimpa kemalangan (tercedera atau terbunuh) ia berkata: "Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmat kepadaku, kerana aku tidak turut berperang bersama-sama mereka". (An-Nisaa' 4:72) |

Dan demi sesungguhnya kalau kamu beroleh limpah kurnia (kemenangan) dari Allah, sudah tentu ia mengatakan (dengan sesalnya), seolah-olah tidak ada hubungan kasih mesra antara kamu dengannya: "Alangkah baiknya kalau aku turut serta bersama-sama mereka, supaya aku juga beroleh kemenangan yang amat besar?" (An-Nisaa' 4:73) |


Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar. (An-Nisaa' 4:74) |



Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)". (An-Nisaa' 4:75) |


Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah. (An-Nisaa' 4:76)


Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: "Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat". (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Harba benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya), dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun". (An-Nisaa' 4:77) |

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)? (An-Nisaa' 4:78) |

Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah (untuk membela Islam dari pencerobohan musuh); engkau tidak diberati selain daripada kewajipanmu sendiri. Dan berilah peransang kepada orang-orang yang beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani). Mudah-mudahan Allah menahan bahaya serangan orang-orang yang kafir itu. Dan (ingatlah) Allah Amatlah besar kekuatanNya dan Amatlah berat azab seksaNya. (An-Nisaa' 4:84) |

Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya, dan melakanatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar. (An-Nisaa' 4:93) |


Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjamaah) bersama-samamu, dan hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak. Dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina. (An-Nisaa' 4:102)

Monday, August 8, 2011

Rahmat Allah

Assalamualaikum wbt.

Syukur Alhamdulillah, 10 pertama Ramadahan telah membawa kita untuk bertanya kemana pergi rahmat Allah yang sepatutnya dikecapi oleh semua manusia, terutamanya mereka yang memerlukan.

Bila gereja diserbu, didapati mereka yang selama ini dikenali Islam ada bersama dan kita bising-bising kerana gereja berjaya pengaruhi mereka sekurang-kurangnya untuk hadir kemajlis gereja.

Tanyalah pada diri kita (pemerintah), kenapa kita tidak menyelesaikan masalah kemiskinan yang melanda umat Islam, Kenapa wang zakat yang sepatutnya diagihkan dengan lebih baik tidak sampai, atau sampai kepada seseorang yang tak tahu memanfaatkan. Atau sampai kepada mereka yang tidak berapa perlu.

Wang zakat adalah sumber kekuatan ekonomi Islam, juga sumber menarik orang kepada Islam. Kini setelah berlaku mereka yang ditahan di gereja mengatakan mereka kesempitan wang, pernah minta tapi tak dapat dan macam-macam kerenah birokrasi yang menghalang mereka mendapat bantuan.

Pegawai-pegawai yang sepatutnya menghulurkan bantuan, bercakap sombong seolah mereka amat beramanah menguruskan wang zakat.

Gereja bijak mengambil peluang, mencari mereka yang mmerlukan untuk diberi kebajikan diberi pertolongan, hasilnya, mereka yang kesempitan menerima bantuan seterusnya menerima kristian.

Tanyalah diri kita (masyarakat) , sebagai jiran adakah kita membantu jiran kita, sukar kita nak bantu jiran kita, kerana kita beranggapan kerajaan akan bantu mereka yang susah. Kita hanya berpura-pura simpati dengan kesusahan jira atau orang kampung kita yang susah, kita malu untuk menolong kerana kita malu utnuk mendekati orang susah.

Kalau hendak menolong kita harap kelura TV seperti rancangan bersamamu atau keluar surat khabar, jadi kita tidak menolong. Wang zakat dan fitrah sekarang ini dikutip oleh kerajaan, kalau dulu boleh juga fitrah dihulur kepada jiran yang memerlukan.
Mereka yang tak sebulu dengan penguasa kampung dikeluarkan dari lis penerima bantuan. jadi yang menerima bantuan adalah penyokong-penyokong penguasa kampung dan ada diantara penerima bantuan adalah mereka yang bukannya layak.

Sebelum lebih ramai mendekati gereja, semua pihak ambil langkah tertentu mengikut kuasa yang diberikan Allah kepada diri masing-masing.

Ketua kampung/ Imam/ Pemuda /Pemudi - pergi siasat dengan tepat siapa yang amat-amat memerlukan bantuan. Jangan lihat dari jauh (eg; orang tu anak dia semua dah bekerja, boleh keluar dari lis)

Pegawai-pegawai peringkat daerah/ mukim - cari segera nama-nama mereka yang layak dalam takrif Fakir-miskin yang patut diberi bantuan secara sekali atau berkali-kali (bila bagi jangan dok mengata pula,) jangan terima nama dari satu pihak sahaja, kalau lis dari pihak biru, saya percaya mereka yang menyokong hijau terkeluar dari lis, kerana pengutip nama ada rasa iri hati.

Tak perlulah saya cerita banyak, ini semua kalau kita jalankan tanggungjawab yang diberikan kepada kita, rahmat allah akan sampai dan dinikmati oleh semua.

Friday, August 5, 2011

Sekolah Harapan perlu Lebih Promosi



Assalamualaikum wbt.

Meleihat kepada kejadian yang berlaku di Melaka saya sarankan supaya Sekolah Harapan membuat Promosi agar lebih dikenali supaya tidak terjadi lagi kes seperti diatas. Promosi boleh dibuat melalui radio Melaka ke, RTM ke, TV3/4 atau letak bilboard di Melaka sentral ke atau cetakan diedar di Masjid serta boleh juga melalui khutbah Jumaat.

Ayat-Ayat Jihad-5

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. (A-li'Imraan 3:139)

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? (A-li'Imraan 3:142) |

Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar. (A-li'Imraan 3:146) |

Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu, Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliyah. Mereka berkata: "Adakah bagi kita sesuatu bahagian dari pertolongan kemenangan yang dijanjikan itu?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya perkara (yang telah dijanjikan) itu semuanya tertentu bagi Allah, (Dia lah sahaja yang berkuasa melakukannya menurut peraturan yang ditetapkanNya)". Mereka sembunyikan dalam hati mereka apa yang mereka tidak nyatakan kepadamu. Mereka berkata (sesama sendiri): "Kalaulah ada sedikit bahagian kita dari pertolongan yang dijanjikan itu, tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini?" katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing". Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. (A-li'Imraan 3:154) |

Bahawasanya orang-orang yang telah berpaling (melarikan diri) di antara kamu pada hari bertemu dua angkatan tentera (Islam dan kafir dalam perang Uhud) itu, sesungguhnya mereka telah digelincirkan oleh Syaitan dengan sebab sebahagian dari perbuatan-perbuatan (yang salah) yang mereka telah lakukan (pada masa yang lalu); dan demi sesungguhnya Allah telah memaafkan mereka, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar. (A-li'Imraan 3:155) |


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) yang telah kufur dan berkata kepada saudara-saudaranya apabila mereka pergi mengembara di muka bumi untuk berniaga, atau keluar berperang (lalu mati atau terbunuh): "Kalau mereka tinggal bersama-sama kita, tentulah mereka tidak mati dan tidak terbunuh". (Apa yang mereka katakan itu tidak ada faedahnya) bahkan akibatnya Allah menjadikan (kesan perkataan dan kepercayaan mereka) yang demikian itu: penyesalan dalam hati mereka. Dan (ingatlah), Allah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Allah sentiasa melihat akan segala yang kamu lakukan. (A-li'Imraan 3:156) |

Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah (dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa - semasa mengerjakan kebajikan umum), sesungguhnya keampunan dari Allah dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis kesenangan hidup). (A-li'Imraan 3:157) |

Demi sesungguhnya! jika kamu mati atau terbunuh, sudah tentu kepada Allah jualah kamu akan dihimpunkan (untuk menerima balasan). (A-li'Imraan 3:158) |


Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). (A-li'Imraan 3:200) |

Wednesday, August 3, 2011

Aku apa peduli...



Assalamualaikum wbt.

Sekejab sahaja penduduk Malaysia boleh mencapai 70 juta. Apa nak heran, kalau sebelah pagi masih pemastautin Tetap sebelah petang dah jadi rakyat Malaysia. Perangkaan terbaru penduduk Malaysia adalah 28 juta.

Apa aku peduli, sesiapapun jadi warganegara Malaysia. dulu cina dan india senang-senang jadi warga negara, sekarang, indon, vietnam, bangladesh, nepal, myanmar, kemboja, thai, filipina semua berpotensi jadi warga malaysia. Negara majmuk katakan.

Yang penting aku boleh jadi menteri lagi, banyak projek boleh aku konker, kroni aku boleh terus kaya. Orang MELAYU memang malas dan bodoh, macam mana nak kaya. Ambil orang indon jadi warga Malaysia, depa ni rajin, rajin kerja , rajin berniaga, malaysia boleh maju, 2020 tak lama dah.

Nak bagi kat Alarka (pakistan), hidung depa nampak tinggi sangat, baju depa pun jauh beza dengan Melayu, nanti nampak sangat, orang kata kita tipu. Bagi kat indon tak pa depa nampak macam kita saja, nepal pun masih nampak macam kita kalau pejam sebelah mata.

Aku peduli apa... yang penting kita menang pilihanraya ni.

Penyokong kita mesti setuju, orang kampung mesti setuju kita buat cara ni, huluq banyak sikit kat depa, bagi makan kenyang-kenyang, jangan bagi depa hingaq, raya ni buat jamuan dan sedia duit banyak-banyak, mesti depa sokong, orang Melayu memnag mau wang segera, kalau tidak depa tak terkena dengan sekim cepat kaya.

Tuesday, August 2, 2011

Ayat-Ayat Jihad - 4

Dan berperanglah kamu pada jalan Allah (kerana mempertahankan kebenaran agamaNya); dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah 2:244) |


Tidakkah engkau ketahui (wahai muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: "Lantiklah seorang raja untuk kamu, supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah" Nabi mereka menjawab: "Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?," Mereka berkata: "Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?" Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim. (Al-Baqarah 2:246) |

Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: "Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya. (Al-Baqarah 2:247) |

Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: "Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman". (Al-Baqarah 2:248) |

Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar". (Al-Baqarah 2:249) |

Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir" (Al-Baqarah 2:250) |

Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut) membunuh Jalut. Dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya. Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam. (Al-Baqarah 2:251) |



Itulah ayat-ayat keterangan Allah yang kami bacakan dia kepadamu (wahai Muhammad) dengan benar; dan sesungguhnya engkau adalah salah seorang dari Rasul-rasul (yang diutuskan oleh) Allah. (Al-Baqarah 2:252) |

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Al-Baqarah 2:261) |