Tuesday, February 22, 2011

Bela Rakyat - Dedikasi Buat Bakal Pemimpin Malaysia

Assalamualaikum wbt.

Selamat Belajar Bersungguh-sungguh kerana anda adalah harapan negara, anda bakal memimpin Malaysia, akan datang mungkin bukan slogan 1M lagi, mungkin slogan-slogan yang lebih membuka minda.


Sentiasalah berada di barisan hadapan, kerana kebiasaan dari sekarang akan terbawa-bawa sehingga ke akhir hayat.



Peluang mesti direbut, jika anda terleka, semua akan terlepas kepada orang lain, persaingan sihat akan dijadikan bahan bicara dan hujah membela.



Toleransi, hidup muafakat, persefahaman sebelah pihak tidak menguntungkan pihak yang mahu bersefahaman, sepatutnya kita 1M sudah memahami semuannya.

Lelaki perkasa kemana menghilang, adakah dibiar ibubapa merempit dijalanraya, atau bergebang diport, atau menuntut ilmu di pusat serenti.








Selamat Belajar Bersungguh-sungguh.
Buka Minda Hari Ini - Cahaya Pasti Bersinar Nanti.

Sunday, February 20, 2011

Nasihat Guru - 8 (jangan tunggu last minute)

Nasihat Guru 8 – (jangan tunggu last minute)

Assalamualaikum wbt.

Sesuatu kerja atau tugasan hendaklah disediakan diawal dan seawal-awalnya. Apabila sesuatu tugasan atau kerja disiapkan awal, fikiran kita akan lebih tenang dan tidak tension. Selalunya pelajar suka buat tugasan last minute atau study last minute.

Bayangkan kalau hari terakhir, current black out, atau anda sakit pada hari tersebut, sudah tentu tugasan tak dapat disiapkan dengan baik.

Cikgu, selalunya study last minute mudah masuk.

Kalau kamu study awal pun masuk juga, hari akhir Cuma refresh dan tak tension.

Sekian, terima kasih.

Thursday, February 17, 2011

Bela Rakyat - Adakah Pembangunan perlu diberi ketika kematian wakil rakyatnya ?

Bela rakyat – Adakah pembangunan (peruntukan, jalan raya, bantuan segera) perlu diberi ketika Kematian wakil rakyatnya ?

Assalamualaikum wbt.

Sudah menjadi trend dan mungkin suatu hari nanti, doa khusus dalam khutbah Jumaat atau majlis doa untuk mendoakan kematian wakil rakyat dengan harapan pembangunan diberikan kepada rakyat yang kematian wakilnya. (bagi mengubati kesedihan konon)
Atau saya sendiri sudah takut untuk menjadi wakil rakyat, kerana bimbang rakyat mendoakan kematian saya.

Kita merasa pelik, mengapa pembangunan dipendamkan dalam perbendaharaan kemudian apabila berlaku pilihanraya baru pembangunan dikeluarkan dari perbendaharaan. Itu saya pelik dan lebih saya pelik, bodoh sangatkah rakyat dikawasan tersebut yang bermegah-megah menerima pembangunan pada ketika itu dan bermegah-megah dengan pemimpin mereka yang ‘memahami’ kehendak rakyat.
Atau bodoh sangatkah pemimpin itu sehingga tidak memikirkan mereka sedang menguna-guna atau mengula-gula rakyat.

Pemimpin menggunakan taktik yang sama sejak dahulu kala, tak lain dan tak bukan kerana yakin beratus-ratus peratus, rakyatnya bodoh, dan mudah dibeli dengan pembangunan segera dan peruntukan segera semasa ucapan berapi-api pemimpin.
Lihat, kita memang layak dipilih lagi, kerana kita bawa pembangunan, mereka (pembangkang) apa boleh mereka beri, nak beri jalan baru, nak beri balairaya baru nak beri itu, ini. Di sambut dengan tepuk gemuruh oleh penyokong buta tuli.
Untuk makluman, kerajaan yang ada adalah pentadbir, pengurus perbendaharaan Malaysia, mereka mengeluarkan wang perbendaharaan kerana pakatan mereka meluluskan untuk mengeluarkan wang dari perbendaharaan, mereka tidak menggunakan wang parti untuk membina jalan, membuat balairaya. Wang perbendaharaan dikeluarkan khas untuk penyokong mereka dan mengaku pula itu dari parti mereka, sedarlah sikit kalau nak bohong pun, kat orang yang tak tahu, memang boleh bohong, masalahnya masih ramai yang tak tahu.

Tugas siapa untuk membuat ketidak- tahu- an rakyat. Kebodohan rakyat boleh dijadikan asset memenangi pilihanraya, jadi biarkan mereka bodoh, dengan cara itu kita akan terus berkuasa.

Dan rakyat yang tak tahu perlu dikekalkan dalam keadaan tak tahu, supaya mereka boleh terus di gula-gula kana tau diguna-gunakan.

Strategi politik sedemikan masih relevankan. Apa guna jadi pemimpin jika tidak membesarkan minda rakyat. Minda besar rakyat akan memilih mereka bijak memimpin berbanding minda kecil yang akan mendengar dan mengakui apa yang dilihat.

Bela rakyat bangunkan minda.

PERNIAGAAN DALAM ISLAM - 4

" Etika Perniagaan Di dalam Islam "

Agama Islam memang menggalakkan umatnya melibatkan diri di dalam bidang perniagaan yang halal. Kerana melalui perniagaan yang halal, hasil yang kita perolehi akan bertambah sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud : " 90 % rezeki yang Allah berikan kepada manusia di dunia ini, adalah melalui perniagaan ". Manakala dalam Al-Quranulkarim Allah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 88 yang bermaksud : " Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepadanya, Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman ".
Oleh kerana perniagaan adalah tuntutan agama maka Nabi SAW telah menunjukkan jalan bagi menjalankan perniagaan.

Sekiranya kita menyorot kembali sejarah perniagaan di dalam Islam, ia bermula dengan peranan yang dimainkan oleh Rasulullah sebelum beliau diutuskan menjadi rasul. Di masa kecilnya baginda telah di bawa oleh bapa saudaranya ke negeri Syam untuk berniaga. Ketika usianya meningkat 25 tahun. Baginda telah diupah oleh seorang ahli perniagaan perempuan yang terkenal di Mekah iaitu Saidatina Khadijah Binti Khuwailid untuk menguruskan harta perniagaannya. Sepanjang pengurusan baginda terhadap perniagaannya, Saidatina Khadijah mendapat keuntungan yang berganda-ganda.

Selain dari beliau sendiri ramai sahabat baginda yang menceburkan diri di dalam bidang perniagaan. Mereka mendapat keuntungan yang banyak, antaranya ialah AbdurRahman Bin Auf. Beliau bukan sahaja terkenal di Mekah malahan terkenal juga di Madinah. Di antaranya faktor utama keuntungan yang mereka perolehi ialah kerana mereka berniaga mengikut etika yang digariskan oleh Islam.

Para peniaga Islam seharusnya belajar dan berilmu berkaitan hokum halal dan haram selain dari ilmu pengurusan, pengeluaran dan teknologi berkaitan perusahaan dan perniagaan. Namun kemestian hendaklah diberikan kepada usaha untuk mendapat reda Allah SWT.

Etika berikut boleh dijadikan panduan dalam mencapai reda Allah SWT.

Syarat pertamanya, jangan ada sesuatu barang yang hendak dijual itu najis seperti babi, arak atau sebagainya. Ini termasuk makanan yang diperbuat atau dicampur dengan salah satu daripada bahan yang najis walaupun sedikit ; Begitu dengan produk kosmetik yang memasukkan bahan hasil babi atau bangkai. Zaman sekarang penggunaan bahan pengawet yang mudarat tidak boleh digunakan.

Syarat kedua, barang yang dijual hendaklah bermanfaat kepada pembeli, dan tidak sah dijual seperti semut, kerangka dan sebagainya ;

Syarat ketiga, barang yang hendak dijual adalah milik mutlak penjual itu sendiri dan bukannya milik orang lain kecuali sekiranya dia diwakilkan untuk menjualkannya ;
Syarat keempat, hendaklah barang itu suatu yang dapat dilihat dengan jelas seperti rupanya, warnanya, jumlahnya dan sebagainya;

Syarat yang kelima, hendaklah pembeli menerima suatu yang hendak dibelinya dengan sempurna.

Syarat-syarat tersebut adalah di antara syarat-syarat yang ditetapkan oleh agama kita, kerana Islam tidak mahu berlaku penipuan atau penyelewengan daripada penjual terhadap pembeli.

Terdapat sesetengah peniaga Islam yang mengurangkan timbangan atau sukatan. Baginda Rasulullah s.a.w. menasihatkan peniaga ini supaya sentiasa bersikap jujur di dalam timbangan sebagaimana hadis baginda yang bermaksud : " Timbang dan lebihkan timbangan kamu ". Kerana balasan kepada peniaga yang sengaja mengurangkan timbangan atau sukatan dijelaskan oleh Allah dalam surah Al-Mutaffifin ayat 1-3
Maksudnya : " Ada suatu sungai di dalam neraka jahannam itu disediakan bagi orang yang hina, yang apabila mereka menyukat atau menimbang akan sesuatu yang mereka jual maka akan mengurangkan sukatan atau timbangan tetapi apabila membeli barangan dari orang lain mereka akan melebihkan sukatan atau timbangan untung mereka "
Sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud : " Mana-mana daging kita yang dari hasil yang haram, maka api neraka lebih utama akan menjilatnya " kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kemewahan yang kita nikmati melalui hasil perniagaan yang haram itu seperti membeli pakaian, tempat tinggal, kenderaan dan sebagainya akan memberi keburukan kepada kita semasa di dunia lagi,

Oleh itu untuk mendapatkan rezeki yang halal melalui perniagaan, setiap peniaga mestilah mengamalkan ciri-ciri murni ketika berniaga seperti jujur, menjual barang-barang yang halal, tidak menipu dacing dan lain-lain. Kerana apa yang kita mahukan ialah keberkatan dari Allah. Apa gunanya kita digelar ahli perniagaan yang ternama, orang kaya, ahli koprat yang terkenal, jutawan, tetapi hasil yang kita perolehi melalui cara yang haram. Untuk menambahkan lagi keberkatan harta perniagaan kita, maka adalah lebih afdal sekiranya harta tersebut dikeluarkan zakat, berderma dan bersedeqah kepada orang-orang susah, anak-anak yatim atau sebagainya.

bersambung..5

Tuesday, February 15, 2011

5 – Minutes Islamic Executive Talk – 7 ( IMP )

5 – Minutes Islamic Executive Talk – 7 ( IMP)

Assalamualaikum wbt.

IMP [Islamic Manufacturing Practice] iaitu satu komuniti Amalan Pengilangan Islam yang lahir dari cetusan dan satu kesedaran untuk mewujudkan satu piawaian Halalan Thoyyiba dan jaringan perniagaan berasaskan hukum-hukum syarak Islam yang melibatkan pengilang, pemborong, peruncit dan pengguna.

Hari ini ummah Islam seluruh dunia terdedah kepada produk makanan yang tidak selamat dan mengandungi pelbagai bahan serta kontiminasi haram yang boleh menjurus ke arah kelemahan ummah dari segi akidah, intelektual, kesihatan dan ruhani. Surah Al Baqarah ayat 168 menjelaskan bahawa umat manusia dikehendaki memakan makanan yang Halal Lagi Baik [Halalan Thoyyiba]

Memandangkan betapa perlunya umat Islam mempunyai satu “Standard” sendiri, maka satu piawaian IMP (Islamic Manufacturing Practice) yang menghasilkan produk bertaraf “HALAALAN THOYYIBA“ telah diwujudkan sejak tahun 2005. Sebuah kilang yang bertaraf GMP telah ditubuhkan sebagai satu model Pengilangan IMP. Kaedah pengilangan IMP yang mematuhi tuntutan hukum-hukum dalam Islam telah dijalankan di kilang tersebut. Produk hasil pengilangan ini dijamin kesuciannya bukan sahaja dari sudut lahiriah tetapi juga dari sudut rohaniah.

Apakah IMP (Pengilangan)?

Secara umumnya pengilangan GMP begitu biasa di kalangan industri pengilangan. GMP ialah pensijilan yang mendapat pengiktirafan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia. Sementara IMP pula ialah suatu piawaian yang bertaraf “HALALAN TOYYIBA”; iaitu suatu proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut Fizikalnya (yakni tidak ada bahan-bahan haram ataupun kontiminasi dengan bahan-bahan haram) malahan juga suci dari sudut rohaniahnya.

Maknanya tangan-tangan yang memproses produk-produk juga suci dan halal iaitulah Islam.

IMP akan merangkumi semua proses di bawah untuk memastikan piawaiannya bukan sahaja memenuhi kehendak islam malah juga mematuhi peraturan-peraturan dan piawaian lain yang ditetapkan seperti:

1. IMP – Islamic Manufacturing Practice
2. GMP – Good Manufacturing Practice
3. HACCP – Persijilan dari Eropah
4. ISO9002
5. Halal

IMP tidak hanya tertumpu kepada pemasaran produk, tetapi juga menfokus kepada pendidikan yang bermula dari makanan yang halal lagi baik dan kuliah agama bermula dengan “kepentingan Syahadah”.

IMP meliputi 4 aspek utama iaitu pengilangan, pemasaran, pengurusan dan motivasi.
Tujuan Utama Komuniti IMP

• Mewujudkan jaringan perniagaan melalui sistem yang komprehensif dan sistematik
• Melaksanakan Jihad Ekonomi dan Fardu Kifayah
• Strategic Marketing dan Smart Partnership
• Mempelbagaikan produk Halalan Thoyyiba di pasaran dan mengembangkan rangkaian pemasaran borong dan runcit agar produk IMP mudah sampai kepada pengguna
• Penyaluran Maklumat mengenai produk Halal dan pendedahan mengenai kandungan bahan-bahan yang tidak halal dan kontiminasi-kontiminasi HARAM dalam makanan umat Islam serta strategi musuh Islam dalam makanan dan barangan kegunaan Ummah Islam untuk melemahkan mereka secara total



Sekian, Terima kasih

Monday, February 14, 2011

Bela Rakyat – Relevankah isu Tunisia dan Mesir diaplikasikan di Malaysia.

Assalamualaikum wbt

Beberapa kawan saya ‘mencabar’ mengatakan rakyat Malaysia tidak akan berdemonstrasi sebagaimana di Tunisia dan di Mesir, beliau memberi hujah bahawa, i. Kemelaratan di Malaysia tak sama dengan Kemelaratan di Mesir ii. Pemimpin di Malaysia tak sediktator di Mesir iii. Rakyat Malaysia baik-baik.

Tiga sahaja hujah yang diberikan untuk menolak ‘revolusi Facebook’ yang berlaku di Tunisia dan Mesir.

Adakah benar kemelaratan di Malaysia tak seperti di Mesir, Mesir lebih glamer berbanding Tunisia, kerana hubungan antara Mesir dan Malaysia ‘akrab’. Ramai rakyat Malaysia belajar disana sejak zaman British lagi, malah digalakkan kesana oleh British, kerana pendidikan agamanya telah diatur oleh British.

Hujah kedua; Pemimpin di Malaysia tak se dictator seperti pemimpin Mesir. Kita pun bukan faham sangat, setakat mana dikatakan dictator, setakat mana dikatakan nasionalis, setakat mana di kata Komunis, setakat mana di kata sosialis, kadang kita sedap cakap saja.

Diktator boleh berlaku dalam Negara demokrasi, sosialis boleh berlaku dalam demokrasi, nasionalis memang berlaku dalam demokrasi, komunis mungkin sukar hendak berlaku dalam demokrasi. Semua itu bertimbal balik dan sering berlegar-legar dalam demokrasi.
Pemilihan pemimpin melalui undi (demokrasi), arahan pemimpin tanpa bantahan (autokratik), Cengkaman pemimpin kepada yang langgar arahan (dictator), pemimpin menperjuangkan bangsanya (nasionalis), pemimpin mementingkan keuntungan Negara , baca poket sendiri (kapitalis/korup), pemimpin salah guna duit Negara (penyelewengan/korup)

Demokrasi dan Syura adalah berbeza, jangan anda fikir ianya sama. Demokrasi adalah pendekatan majority, Syura adalah pendekatan sebulat suara. Dan Syura tidak boleh untuk perkara-perkara melanggar syariat Islam.

Saya tidak mahu menuduh mana-mana pemimpin menjadi kaya selepas mendapat kerusi, baik Parlimen dan DUN. Banyak blog yang mendedahkannya. Hjlutfi-choras tak pandai hendak mendedahkanya tanpa sebarang bukti, Cuma anda lihat dan fikirlah sendiri.
Diktatorkah pemimpin Malaysia ?.

Diktator di Malaysia boleh dilihat dari sudut yang lain seperti kebenaran untuk memberi hujah yang disekat kerana kononnya menghasut. Memberi bantuan wang perbendaharaan kepada penyokong sendiri manakala penyokong lawan dinafikan hak dan pembelaan. Penyekatan penggunaan media massa dan elektronik. Nampak macam tak dictator, Itu boleh dikatakan semua kerajaan akan membuat demikian untuk menjaga Negara (baca poket sendiri).

Hujah ketiga ; Rakyat Malaysia baik-baik. Yang ini agak sukar untuk saya beri hujah balas, tak dinafikan rakyat Malaysia baik-baik semuanya, ada Lubuk beri kepada Cina, jadi Lubuk Cina, ada tembikai beri kepada Cina, jadi timun cina. Ada kampong beri kepada Jawa, jadi kampong Jawa, ada tanah beri kepada Inggeris jadi Cameron Highland, malah suatu hari nanti ada kampong Nepal, kampong Bangla, Wilayah Singapura dalam Negara Malaysia.

Tanya le kepada saya sama ada saya setuju atau tidak guna ‘revolusi facebook’ untuk menggantikan kerajaan yang sedia ada.

Tuan, tuan setujuke nak buat tunjuk perasaan macam di Tunisia dan Mesir , jawap le..
Wahai rakyat Malaysia, Allah memberi kita akal, untuk berfikir dan menilai, gunakan lah akal tersebut. Jalan demokrasi masih Relevan untuk kita laksanakan, tak perlu kita bersorak dijalan raya dan dataran Merdeka untuk menumbangkan sesebuah kerajaan yang kita tidak suka, kerana, menumbangkan kerana emosi tanpa dibekalkan pemikiran yang benar, tiada maknanya, namun jika sudah terpaksa, nyawapun akan dijadikan taruhannya.

Tanamkan ideology kita kepada orang lain, mereka akan ikut kita sedikit demi sedikit, kemenangan dengan ideology terpahatt didada lebih baik dari kemenangan emosi membara.

Sekian, terima kasih.

Selamat Maju Jaya Untuk Kawan-Kawan


Selamat Maju Jaya untuk Kawan-kawan PK Pentadbiran SMT Kedah Perlis.

Pertama sekali saya minta maaf, kerana meninggalkan anda semua, saya meninggalkan grup kita kerana saya mengejar kerjaya sendiri. Antara kita saya rasa saya yang lama jadi PK, kemudian Arwah Ustaz Fazial. Saya jadi PK Pentadbiran mulai tahun 2001 hingga 2010. Bermula dengan PK KO, PK HEM dan jadi PK P.

Tugas anda adalah amat mencabar, anda tersepit antara arahan Pengetua dan guru, anda perlu laksanakan arahan pengetua, kerana anda orang kanannya, pada masa yang sama anda berlembut-lembut dengan guru, kerana mereka kawan anda.

Anda perlu lihat kurikulum, pada masa yang sama anda kena jalankan tugas pentadbiran. Kadang anda rasa cemburu dengan guru cemerlang, kerja ‘ringan’ gred tinggi. Anda kerja berat, gred disitu sahaja (harap NUTP Berjaya dalam usaha mem DG48jawatan PK Pentadbiran.

Anda menilai rakan-rakan anda dihujung tahun, bukan semua cemerlang, tetapi menyimpan hasrat bahawa dia yang paling layak mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Ketika guru-guru lain bercuti sekolah, anda datang sekolah, ketika guru lain sudah pulang, anda pulang sama waktu dengan Pengetua. Waktu Pengetua tiada, andalah ketua yang tak ada kuasa apa-apa, tak ubah seperti pengawal menjaga supaya orang tidak masuk dan pelajar tidak keluar. Anda hendak berlebih-lebih nanti dikata naik kepala, menunjuk-nunjuk, tak sabar nak jadi Pengetua.

Terimalah nasib kita dan kini nasib anda, tiada tempat yang senang kerja, kerja Kosong saja yang tak ada kerja. Saya bukan lari, tetapi mengejar cita-cita. Semoga anda kuat semangat, kerja smart dan Berjaya menjadi Pengetua.

Al – Fatihah untuk Arwah Ustaz HJ Fazial Duduk pertama dari kiri – PKP SMT Kulim, dilantik Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan JPNK, kemudian menjawat jawatan Pengetua DG 52 di SMA Miri dan meninggal disana.

PKP termuda Sekolah Menengah Negeri Kedah tahun 2008 dan SMT Se Malaysia. HJ Ahmad .PKP SMT Jalan Stadium. Kuat kan semangat, simpan kudrat, cabaran sentiasa menanti, musuh sentiasa memasang jerat. Tapi sebagai PKP, gunalah peribahasa jerat tak pernah lupa pelanduk, jerat juga tak kenal siapa tuan yang memasangnya.
Menolak dari dilantik jadi Pengetua kerana sudah tua. HJ Idrus , SMT Alor Setar. Katanya kalau dah DG 48 buat apa nak sibuk jadi Pengetua DG 48 juga, rugi banyak, kena pindah, kerja berat.

Cik Teh Kim Nai , PJK – PKP SMT Langkawi. Teruskan dengan cara anda, kerana sebaik manapun kita sudah tentu ada yang tak kena dimata orang lain. Tahniah kerana sudah dapat DG 48, tunggulah sehari dua, kalau mahu akan dilantik jadi Pengetua DG 48.
Hj Lutfi – PKP SMT Pendang, membuka SMT Pendang dan menutup SMT Pendang, generasi baru tak tahu menghargai lalu sekolah yang cantik diberikan kepada orang. Salah sedikit diwar-warkan, jasa yang banyak di tongsampahkan. – lain bunyi. Selamat mengajar semula. Selamat meninggal segala protocol, pilihlah mana-mana kerusi nak duduk, rasa nak duduk depan, duduk lah, rasa tak mau datang pun ikutlah.

PN Maria – PKP SMT Sg Petani 1 – tahniah kerana telah kini menjadi Pengetua SMT Jalan Stadium, ronda-ronda lah bengkel, teruskan kekuatan dan kenyaringan suara, anda akan Berjaya.

Pn Azlini – PKP SMT Kangar – kalau orang dah ofer jadi Pengetua, pergi le, jauh sikitpun tak pe. Dari Johor boleh duduk Perlis, takkan dari Kangar ke Langkawi tak boleh.

PN Zarina – PKP SMT Arau –teruskan usaha, kepimpinan wanita lebih hebat dari lelaki, kalau ada peluang tinggalkan PKP. Jadilah pengetua.

Pn Fariza – PKP SMT SP 2. Jadi PKP lebih seronok dari PK HEM, kelemahan sikit-sikit apa nak dikira, kita kan manusia, alangkah baiknya kalau Bos kita berpendapat sebegitu.

PKP SMT Kulim yang baru, yang mengantikan tempat saya, Pn Norlaiti , anda berpotensi dalam kepimpinan, tunggu masa, anda juga adalah calon Pengetua sebuah sekolah dalam Negara Malaysia. Bersiap siaga lah.

PKP SMT SP 1 yang baru, saya pun tak nak ambil tahu, walau bagaimanapun selama join kelab PKP Zon Utara. Kedah Perlis.

Sekian,