Nasihat Guru 7 – Soalan teka teki.
Assalamualaikum wbt.
Kali ini kita rehat sebentar, tapi saya akan beri satu teka teki, kamu boleh menjawabnya.
Teka teki ini bukan teka teki loyar buruk. Jawapan serius dan ilmiah.
Soalannya;
Yang kurang dikurangkan lagi.
Yang banyak ditambahkan lagi.
Jawab, jangan tak jawab.
Jumpa lagi.
Sunday, February 13, 2011
Thursday, February 10, 2011
PERNIAGAAN DALAM ISLAM - 3
Kes-kes penipuan mungkin senang bagi seseorang peniaga lakukan, kerana ruang dan peluang menipu lebih terbuka. Islam memang mengharamkan segala bentuk penipuan, baik dalam setiap urus niaga mahupun segala macam muamalah atau urusan sesama manusia, tetapi malangnya masih terdapat sesetengah orang di kalangan masyarakat kita yang sanggup menipu dan memperdaya orang lain demi mengaut keuntungan. Ada yang melakukan penipuan dengan cara mengabui mata pelanggan dengan meletakkan atau mencampurkan benda yang bagus, baik, segar dan baru dengan benda yang tidak baik dan kurang elok dan akan menjualnya kepada pelanggan tanpa mempedulikan baik ataupun tidak, kerana yang penting keuntungan.
Ada yang meletakkan tanda harga ‘tersembunyi’ nilai ringgit ditulis besar nilai sen yang hamper-hampir seringgit ditulis kecil. Ada yang meletakkan harga ringgit yang besar untuk berat timbangan yang tidak sampai sekilo dan ditulis kecil pula, gramnya.
Penipuan bukanlah perkara baru. Ia sudah berlaku sejak zaman Nabi SAW lagi. Di zaman Nabi SAW pernah berlaku kejadian di mana Nabi SAW pernah berjalan di hadapan seorang lelaki yang menjual makanan (biji-bijian), Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangan Baginda ke dalam tompokan makanan tersebut. Apabila didapati oleh Baginda makanan itu basah, lalu bertanyalah Baginda kepada lelaki tersebut: "Apa ini wahai tuan punya makanan?" Lelaki itu menjawab: "Basah terkena hujan". Kemudian Nabi SAW bersabda: "Mengapa kamu tidak letakkan yang basah itu di atas sehingga dapat dilihat oleh orang lain?" Baginda seterusnya bersabda yang maksudnya:
"Barangsiapa yang menipu maka bukanlah dia daripada golonganku".(Riwayat Al-Imam Muslim).
Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Dari Hakim bin Hizam Radiallahuanhu, dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda: Dua orang sedang berjual beli boleh membuat pilihan selagi keduanya belum berpisah, jika keduanya berlaku jujur dan menjelaskan ciri-ciri dagangan mereka, maka akan diberkati dalam jual beli mereka. Dan jika keduanya berdusta dan menyembunyikan ciri-ciri dagangan mereka, maka akan dihapuskan berkat jual beli mereka itu".(Hadis riwayat Al-Imam Al-Bukhari).
Dalam perniagaan , kita juga dilarang memonopoli barang-barang dagangan, iaitu dengan tujuan menahan atau mengumpul barang-barang dagangan untuk dijual dengan harga yang lebih mahal. Misalnya membeli pada waktu harga murah untuk dijual apabila harganya naik, ataupun didapati pada suatu masa bekalan makanan sedang banyak dan berlebih-lebihan, lalu disimpan atau disorok bekalan makanan tersebut dengan tujuan untuk dijual apabila harganya meningkat naik. Perbuatan memonopoli itu adalah haram hukumnya, sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:
"Dari Ma'mur katanya: Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Barangsiapa memonopoli maka dia adalah bersalah".(Riwayat Al-Imam Muslim).
Oleh yang demikian dalam usaha kita untuk mencari keberkatan dan keredaan Allah Subhanahu Wataala, sifat jujur dan amanah dalam perniagaan adalah sangat penting ada pada diri peniaga. Peniaga tidak sepatutnya mengambil kesempatan menaikkan harga barang semata-mata untuk mengaut keuntungan yang berlebihan apa lagi jika harga barang tersebut telah pun ditetapkan harganya oleh kerajaan. Menaikkan harga barang dengan kadar keuntungan yang tidak munasabah dan melanggar peraturan adalah suatu penganiayaan terhadap pengguna kerana perbuatan sedemikian akan memudaratkan dan akan menyebabkan kesempitan hidup kepada pengguna-pengguna, khasnya mereka yang berpendapatan rendah.
Marilah kita sama-sama mensyukuri rezeki yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala kepada kita dan berusaha mencarinya semata-mata untuk mendapat keredaan Allah Subhanahu wataala jua.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah An-Nuur ayat 37 yang tafsirnya:
"Ibadat itu dikerjakan oleh orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau jual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, mereka takutkan Hari Kiamat yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan".
Para pemerintah bertanggungjawab dalam menguatkuasakan peraturan, terutamanya peraturan muamalat dalam Islam. (bagaimana nak kuatkuasa jika pemeerintah tidak Islam !) . Mengawal harga barang juga adalah tanggungjawab para pemerintah. Pemerintah jangan hanya berdalih menyuruh rakyat berjimat bagi mengatasi masalah kenaikan harga barang, atau pemerintah bersekongkol dengan peniaga menaikkan harga barang !.
Bersambung …4

Tuesday, February 8, 2011
5 – Minutes Islamic Executive Talk – 6 ( 5S )
Assalamualaikum wbt.
Minggu ini saya membawa topik 5S yang diperkenalkan di Jepun tahun 1980. Saya lihat ini adalah amat baik dan selari dengan kehendak Islam. Dan itulah yang dituntut dalam syariat Islam. Kebersihan sebahagian dari Iman.
5S memang patut diamalkan, ia akan membuatkan tempat kerja menjadi kondusif dan menyedapkan mata memandang, saya percaya ini akan meningkatkan motivasi para pekerja sekaligus akan meningkatkan produktiviti di syarikat anda.
Nampak ringkas dan senang sahaja amalan 5S, namun dari segi praktik, ramai yang gagal. Mulai hari ini cuba anda amalkan 5S mulai dari ruang pejabat anda, ruang tandas anda kemudian diteruskan ketempat-tempat dan dan seluruh kawasan kilang atau pejabat anda.
Oleh kerana amalan 5S ini amat selari dengan kehendak Islam, maka saya cadangkan usaha anda diniatkan kerana Allah, mudah-mudahan ia menjadi ibadat dan mendapat ganjaran dari Allah swt.
Pertama -Mengamalkan Seiri (Sisih)
Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja.
Kedua -Mengamalkan Seiton (Susun)
Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas supaya mudah untuk diambil dan disimpan semula selepas digunakan.
Tempat simpanan boleh diakses oleh semua kakitangan.
Barang atau dokumen yang paling kerap digunakan diletakkan di tempat yang mudah dicapai.
Semua tempat dokumen atau barang diberi label.
Gunakan warna label bagi mendapatkan keceriaan.
Ketiga – Melaksanakan Seiso (Sapu)
Bentuk tugas pencucian dan mengemas mengikut kumpulan
Mempamerkan peta kawasan pembersihan dan tugasan
Menggabungkan aktiviti sapu,kilatkan,semak dan betulkan
Buat dengan kerjasama semua kakitangan
Keempat – Melaksanakan Seiketsu (Seragam)
Apabila tiga konsep di atas dilakukan akan wujud penyeragaman
Peraturan yang boleh dipatuhi oleh semua kakitangan diwujudkan
Kelima -Mengamalkan Shitsuke (Sentiasa Amal)
Audit dalaman 5S dilakukan secara berterusan
Melantik orang yang bertanggungjawab untuk kawasan tertentu
Memberi hadiah atau penghargaan bagi kumpulan yang berjaya mengamalkan 5S

Sunday, February 6, 2011
Nasihat Guru - 6 (Naik pokok nyiur dari perdu ke pucuk, bukan dari pucuk ke perdu)

Assalamualaikum wbt.
Kita sering memulakan sesuatu, dan apabila kita memulakan sesuatu hendaklah kita mulai dari awalnya, bukan dipertengahannya, atau dari penghujungnya. Saya teringat kata-kata dari seorang pensayarah saya di UPM dulu, Hassan Basri, beliau kata kepada saya, naik pokok nyiur dari perdu ke pucuk bukan dari pucuk ke perdu. Kata-kata tersebut dikatakan kepada saya kerana saya hendak melangkau subjek pra syarat yang ditetapkan.
Seperti kebiasaaan di universiti, sebelum ambil sesuatu subjek, kita kena ambil sesuatu subjek lain yang menjadi pra syarat kepada subjek tersebut. Kadang pra syarat tersebut tak valid pun (no komen)
Tapi kata-kata tersebut memang betul hakikatnya. Apabila kita muali sesuatu pekerjaan, mulai lah dari awalnya supaya kita ada landasan dan supaya kalau tersesat dihujung jalan boleh kembali dipangkal jalan.
Tapi lambat le cikgu ! .
Antara cara syaitan menghasut orang yang rajin menuntut ilmu dan rajin dalam pekerjaanya ialah memasukkan perasaan “amboi lambatnya, bila nak habis “
Thursday, February 3, 2011
PERNIAGAAN DALAM ISLAM - 2
PERNIAGAAN DALAM ISLAM -2
Bagi memastikan peniaga tergolong dalam kumpulan yang akan duduk bersama para siddiqin dan syuhada, para peniaga perlulah melakukan perniagaan yang halal. Halal bermula dari usaha awal menjalankan perniagaan. Halal dari segi modal yang digunakan, modal yang digunakan hendaklah modal dari sumber yang halal, jika mewarisi harta pusaka yang diagihkan secara tidak adil, sudah jelas menunjukkan modal tidak halal atau ada unsure syubahat dalam modal tersebut.
Jika mendapatkan pinjaman, hendaklah dipastikan unsure-unsur riba tiada dalam pinjaman yang kita lakukan. Untunglah kerana sekarang ini ada pinjaman yang berdasarkan syariah Islam.
Para peniaga mungkin dapat mengelak diri dari mengenakan bunga keatas kelewatan pembeli menjelaskan bayaran, namun urusan dengan bank mungkin akan menjerat kita kedalam perlaksanaan riba.
Riba itu suatu dosa besar dan bahayanya juga amat besar. Pengharaman riba adalah semata-mata demi melindungi kepentingan manusia, baik dari segi moral, sosial mahupun perekonomian dan pengharamannya merangkumi segala bentuk, tidak kira sama ada banyak atau sedikit, berlipat ganda atau tidak. Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam Surah Ali 'Imran ayat 130 yang tafsirnya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah supaya kamu berjaya".
Para peniaga juga mungkin mudah untuk mengelakan diri dari terlibat menjual barangan yang haram pada zahir dan ada nas mengenainya. Dalam Al Quran. Seperti arak, judi babi dan Anjing.
Perlu diingat bahawa bukan peminum arak sahaja yang berdosa, setiap orang yang terlibat dalam urusan arak akan mendapat laknat daripada Allah Subhanahu Wataala termasuk tukang perah, pembawanya atau penghantarnya, tukang petik buah untuk dijadikan arak, penjual dan yang menerima hasil jualannya. Para peniaga juga hendaklah memastikan barang-barang yang diniagakan itu dari sumber dan cara yang halal, bukan dengan cara yang haram seperti barang curian, barang seludupan, barang dari hasil penipuan dan sebagainya.
Bersambung..3

Tuesday, February 1, 2011
5 – Minutes Islamic Executive Talk – 5 ( Selamat Tahun Baru Cina)
Assalamualaikum wbt.

Selamat Tahun Baru Cina. Tak salah anda ucapkankan kerana, ia adalah perayaan bangsa, bukan agama, seperti tahun baru masihi, Tapi jangan lah anda tumpang yam seng dengan mereka kerana meraikan mereka sebagai rakan bisnes anda.
Saya suka mengambil contoh kegigihan masyarakat Cina dinegara kita, mereka kuat berusaha terutama dalam perniagaan, anak-anak mereka dilatih berniaga dari awal lagi, mulai dengan mengikut lori menghantar barang, melayan pelanggan akhirnya tahu selok belok perniagaan dan selok belok ‘penipuan’ dan ‘cilok’.
Usaha adalah tangga jaya, siapa yang berusaha dia akan dapat apa yang diusahakan, sebagai seorang Islam, kita kena berusaha lebih gigih, kalau tak setara masyarakat peniaga Cina, lebih dari mereka adalah lebih baik. Sebagai Islam setelah berusaha kita kena memohon keberjayaan dari Allah swt. Dan tawakkalkan kepada Allah.
Kebolehan masyarakat Cina serta kembolehan mereka melayan pelangan perlu dicontohi oleh kita, yang baik memang patut kita ambil dan tiru. Yang buruk jangan kita ikut.
Sesekali saya kerbata , alangkah baiknya jika masyarakat Cina di Malaysia memeluk agama Islam, mereka akan menjadi orang yang beribadat dan mengamalkan sunnah nabi dalam perniagaan.
Sekian.

Bela Rakyat - Anda beri mandat kami naikan harga
Assalamualaikum wbt.
Harga RON 97 naik tiada kaitan dengan kita, kenapa kami (kemenangan di Tenang) disalahkan dengan kenaikan harga minyak dan akan berlaku lagi kenaikan harga barang- barang keperluan yang lain.
Itu cakap orang yang tak ada akal. Memanglah anda tak naik kan harga barang. Tapi sokongan anda menyebabkan pemerintah yakin untuk naikkan harga barang.
Dialog sebegini mungkin anda tak pernah dengar;
DSN : Penasihat 25, boleh ke kita naik harga 97 ?
P25% : Apa DSN susah, kita bagi sikit di Tenang, bagi sikit di Galas mereka masih
sokong kita, orang kampong memang begitu, sikitpun dah cukup.
DSN : Ni kalau naik RON 95 boleh ke ?.
P25 % : Yang ni kita naik lepas Merlimau. Mereka sokong kita dan bagi mandate, kita
hulur lebih sikit di Merlimau. Lepas tu kita tekan banyak
DSN : P25 % memang bijak, otak geliga .. otak penipu…, kah.. kah..
P25 % : 25 persen.., DSN… errr.. ada ke projek kut-kut saya boleh tolong DSN (tolong 25 % lagi)
DSN : Isu apa yang boleh kita bawa di Merlimau ?. Valid lagi ke , menerangkan cara
harga barang ditentukan, atau isu pembangunan ?. Atau kita suruh mana-mana
MCA buat isu Islam sikit., kemudian kita pakat tunjuk kita bela Islam,
mengalahkan Parti Islam.
P25% : DSN… projek XXX bagi kat saya boleh…
Tiba-tiba telefon rahsia berdering..
Yy : DSN , rakyat sedang memberontak ala eygpt, ala cairo….
DSN : Ala eygpt tak pe… bukan ala Ikhwanul Muslimin, tak perlu takut.

Subscribe to:
Posts (Atom)