Assalamualaikum wbt.
Hebat Masjid kg ni, siap buat iklan, satu pendekatan baru. teknologi komputer dan cetak baner telah dimanfaat sepenuhnya oleh JK Masjid. Tahniah.
Dimana ?Gambar ini saya tangkap / snap/ klik / shoot dan entah apa lagi perkataan yang selalu digunakan kini..
di Pasir Gembur. Dimana Pasir Gembur Tu ? , di satu kawasan yang orang Melayunya 99.999% . Islam ke Melayu di situ. of course Islam.
Tanya sikit , kawasan ni OMNO ka PAS ?
Tuan, inilah satu kawasan " dimana UMNO kuat di situ Melayu merempat" . Orang di sini tak le merempat, tapi semua balik tumpang buat rumah belakang rumah emak, belakang rumah datuk, saliran air kumbahan pun tak teratur, "Melaka Maju 2010, negeri bandaraya hijau 750 tahun" lebih kurang begitulah bunyinya.
Datuk Ali lebih kenal rakyatnya, tak ada orang miskin di Negeri Melaka, sebab itu ada wang "lebihan zakat", mahasiswa diberi pinjaman zakat. wang zakat buat bangunan,
Siapa Ustaz di sini ? . Abu Khair.
Kau ni pandai je tohmah tempat orang.!!
Waktu Isyak saya solat disini satu kali , saya bukan kariah sini. tumpang solat. Ada 6 orang termasuk Imam. lepas Isyak ada seorang jemaah menyatakan kekesalan dan terpaksa buat baner tersebut.
Cerita sebenar ..
Setelah lebih 50 tahun UMNO berkuasa disini, mereka gagal memberi didikan agama kepada penduduk setempat, kalau ada ustaz luar yang datang mengajar atas jemputan jemaah yang ada kesedaran, tak lama bertahan sebab usatz akan di cop sebagai PAS dan ditendang begitu sahaja, UMNO cukup takut dengan kitab dan huraian yang dibuat oleh ustaz-ustaz. Ustaz Uda sendiri ada cerita pengalaman yang beliau di"berhenti" mengajar disebuah masjid.
Masjid tak diimarahkan, tapi UMNO adalah juara dalam membina masjid, sehingga TGNA buat kenyataan bahawa UMNO buat masjid kerana nak dapat projek, dapat projek maknanya untung. untung maknanya perut kenyang, rakyat didahulukan kejayaan diutamakan.
No comments:
Post a Comment