Thursday, April 25, 2013

Isu remeh vs isu negara

Assalamualaikum wbt

Wahai pengundi jangan buat pilihan berdasarkan isu semasa yang remeh, sebaliknya buatlah keputusan pemilihan terhadap isu yang besar, isu yang menentukan masa depan agama, negara dan rakyat



Isu semasa / remeh – untukng sekejab saja. Lepas tu .. tak de apa…



- jalan berlopak

- air bersih yang kotor

- sampah yang tak dikutip

- surau / masjid yang tak cukup luas semasa hari raya.



Isu Negara dan masa depan



- pendidikan percuma

- penggunaan bahasa Melayu sebagai Bahasa pengantar di sekolah dan universiti.

- Kenaikan harga barang yang tak terkawal

- Cukai



Isu remeh memang popular, tapi itu untuk sekejab sahaja , kalau isu begitu diperjuangkan oleh calon, amat leceh, mana-mana wakil rakyat boleh didesak untuk isu itu, persatuan penduduk boleh buat sendiri tanpa bantuan wakil rakyat.



Tapi kalau isu besar, seperti pendidikan percuma, kesan untung melibatkan beribu-ribu ringgit bagi sesebuah keluarga, eg seorang anak kena sedia kos 20000 seorang utnuk masuk U tempatan , kalau lima orang dan 100000. berbanding jalan berlopak, sampah tak kutip.

Sebab itu PR perjuangkan pendidikan percuma.



Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar disekolah adalah termaktub dalam perlembagaan. Menurut UNESCO, seseorang pelajar akan dapat mempelajari ilmu dengan berkesan dalam bahasa ibundanya, maka bahasa Melayu mesti dikekalkan sebagai bahasa Pengantar di sekolah, bahasa-bahasa lain boleh diajar sebagai pilihan.



Gaji yang besar, pun sesak bila kena bayar harga minyak yang mahal dan harga barang-barang lain yang mahal, kalau gaji kecil, habis cukup untuk makan saja. PR akan turunkan harga minyak petrol termasuk diesel , lepas ni dapatlah kumpul sedikit duit untuk beli harta dan pergi Mekah dalam usia yang muda.



Rata-rata mereka yang memilih BN hanya mahu pembangunan fizikal, nak jalan berturap sampai depan rumah, nak macam-macam yang berkaitan dengan fizikal dan material, jelas orang yang sokong BN adalah materialistic.



Belajar lah agama sedikit, hidup kita adalah untuk akhirat, kalau kita kejar akhirat, dunia akan datang dengan sendirinya. Sokonglah PAS yang kini bersama dengan PKR dan DAP yang akan membentuk Negara Malaysia yang lebih sejahtera dan berkebajikan (bukan Negara kebajikan tetapi berkebajikan, lain maknannya).


Selamat mengundi pangkah PAS untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat

No comments:

Post a Comment