Sunday, April 28, 2013

Ini kalilah

Assalamualaikum wbt

Ini kalilah, kalau bukan ini kali, bila lagi ?





Saya masih tersentak dengan kebodohan sesetengah orang dalam negara demokrasi, mereka masih berfikir, Parti yang memerintah adalah Parti yang bertanggungjawab membayar gaji kakitangan kerajaan, parti yang memerintah boleh menggunakan semua jentera kerajaan untuk aktiviti parti, jelas kebodohan mereka.

Ini semua berpunca kerana sesebuah parti memerintah terlalu lama, seperti mahu beli ubat gigi safi disebutnya colgate safi. sepert mahu bayar ansuran bulanan di bank  disebut bayar CCM (di Sabah)
Maka Parti OMNO sama seperti kerajaan Malaysia.

Sebab itu hujah dangkal, yang suruh kakitangan kerajaan Malaysia letak jawatan hanya kerana sokong PAS dan lain-lain parti pembangkang.adalah melambangkan kebodohan penghujah tersebut.

Banyak kali telah diulas dalam blog ini dalam fb dan blog-blog lain bahawa yang membayar gaji kakitangan kerajaan adalah Kerajaan Malaysia, yang mentadbir urus adalah Suruhanjaya-suruhanjaya, kementerian-kementerian. Kebetulan sahaja yang menjadi menteri adalah orang  OMNO yang menang kerusi parlimen, maka di terpilih menjadi menteri walaupun bodohnya macam bodoh penyokong-penyokongnya. lalu mendakwa kalau lawan kerajaan BN, letak jawatan,  nanti kalau PR menang, saya rasa ramai OMNO yang ngok yang sedang mengisi jawatan kerajaan akan letak jawatan, kerana ngoknya dirinya sendiri.

Penyokong yang veteran di kampung-kampungpun sama, "kalau PR menang dia mana ada polis, dia mana ada tentera, dia mana ada misi, doktor ".. kata mak cik UMNONGOK seorang lagi. Ditanam didalam pemikiran penyokong yang sedia bodoh bahawa semua kakitangan kerajaan, polis, tentera dan sebagainya adalah disediakan oleh UMNO / BN. maka siapa yang memperbodohkan rakyat, melaikan penjajah dan proksinya. UMNOlah proksi penjajah british.

"Satu lagi projek kerajaan BN" - projek apa kerajaan BN, kalau duit dari Perbendaharaan Malaysia, diluluskan dalam parlimen yang terdiri dari ahli parlimen berbagai parti. nak kata tak sekolah, ada yang bekas cikgu, bekas ustaz, bekas segala bekas, tapi oleh kerana nak kelentong supaya orang sokong dia, maka dia memperbodohkan , menjahilkan penyokong sendiri dan rak yat sendiri.

Sebab itu, bila kita nak turunkan harga minyak, tak boleh, nak hapuskan tol, tak mahu, nak beri pendidikan percuma tak nak. bangsa bodoh....

Ini kalilah... kita ubah kerajaan, tolak parti BN dari menjadi pemimpin negara. kita ganti dengan parti yang akan mensejahterakan rakyat, Parti yang akan membentuk Negara Berkebajikan. Takbir.. Allah Hu Akbar

No comments:

Post a Comment