Polis tahan suspek bakar kereta anak calon DUN Seri Andalas
26/04/2013 12:04pm
KLANG - Polis menahan empat lelaki dipercayai terlibat dalam kes kebakaran sebuah kereta milik anak calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar di hadapan rumahnya di Jalan Seruling 41, Taman Klang Jaya, di sini pukul 11 malam semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, semua lelaki berusia 19 hingga 24 tahun itu ditangkap enam jam selepas kejadian itu di sekitar daerah itu.
Menurut beliau, pemeriksaan pada kereta jenis Kia Sephia turut menemui beberapa senjata termasuk sebilah parang, pemetik api dan dua tin minyak tanah.
"Siasatan awal kita mendapati suspek tersilap rumah sasaran dan motif adalah tak puas hati kacau adik perempuan salah seorang suspek.
"Kes tidak melibatkan isu politik," katanya ketika ditemui di sini pagi tadi. - KOSMO!
hjlutfi: Kalau betul bagai dikata, letak jawatan samseng, balik duduk di masjid lebih baik, Atau cak cover line, ,, Allah saja yang tahu. Tapi pendapat saya kata. memang mereka ada niat nak kenakan calon tersebut dan nak menakut-nakutkan orang ramai. tapi dah tertangkap serta ada bukti terpasa ubah pengakuan...
Friday, April 26, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment