Thursday, April 25, 2013

Tiga kesilapan BN dan satu kesilapan PAS

Assalamualaikum wbt.


Tiga kesilapan BN dalam PRU 13


1. Video seks Mustafa Ali

2. Nak hapus DAP

3. Zulkifle Nordin bertanding.



Satu kesilapan PAS



1. Terlepas cakap ada calon yang edar pil kuda.




BN/ UMNO tak habis-habis menerbitkan video seks untuk menjatuhkan maruah orang. Walaupun video itu tidak benar, tetapi cukup untuk menjadi buah mulut orang , bila berulang kali dimainkan , timbul persoalan dikalangan orang yang mendengarnya. Entah-entah betul..



Namun bagi yang mahu berfikir, dan mahu memahami bahawa mengaibkan orang adalah berdosa, merekan akan terus mempersalahkan UMNO/BN, UMNO/ BN terus dicap sebagai penerbit filem lucah.



Jadi adakah pemimpin yang menjadikan cerita lucah (fitnah pulak tu) patut dipilih oleh orang yang akalnya waras?



Adakah parti yang mencanangkan keaiban orang akan menjadi pilihan pengundi yang waras.



Jika DAP menggunakan lambang PAS, satu kemenangan yang besar bagi PAS, dan hilang habis segala tohmahan UMNO terhadap PAS dan DAP, UMNO tetap mengatakan bahawa DAP adalah harbi, padahal MCA lebih harbi. Dan UMNO sendiri lebih munafik dalam menjalankan Islam.



Setelah difikir semula oleh pengkhianat Negara, maka DAP diberi kebenaran menggunakan logonya sendiri pada pukul tiga pagi sebelum penamaan calon 20 April 2013, tahupun, yang isu itu akan merugikan UMNO dan BN.



Jika tidak PAS sudah dapat memerintah Malaysia selepas PRU 13. tentu ada hikmahnya bagi yang mahu berfikir, dan berfikir kearah kebaikan, bukan berfikir dengan perasaan hasad dan dengki. Yahudi dan Nasrani adalah orang yang paling hasad dan dengki dalam dunia ini, ini telah dinyatakan dalam Al Quran bahawa kedua dua agama tersebut mempunyai sifat tersebut di tahap paling tinggi. Jika anda fikir orang Melayu juga tinggi hasad dan dengki, sudah tentu Melayu itu sudah mirip Yahudi dan nasrani.



Agaknya adakah PAS yang sering berhasad terhadap UMNO kerana UMNO dapat memerintah selama lebih 50 tahun ?, atau UMNO yang berhasad dengan PAS kerana UMNO gagal diiktiraf sebagai pejuang Islam sebenar oleh ULamak-ulamak dunia.



Jika hasad disebab itu maka sahlah UMNO seperti Yahudi dan Nasrani yang hasad terhadap Islam, hanya kerana Nabi Muhammad SAW bukan dikalangan Bani Israel.



Zulkifli Nordin bertanding di Shah Alam., saya tidak mahu mengata kepada Zulkifli Nordin, sebab saya malas dengan orang macam ini.



Edar pil kuda, siapa calon PAS edar pil kuda ?, kesilapan / terlajak cakap sering menjadi buah pukulan untuk lawan menyerang balas, sila jawab siapa calon yang edar pil kuda, siapa calon yang jadikan Karl Mark sebagai idola ?



Jawapan mudah… untuk yang mencari kelemahan PAS…, mereka telah disuruh tarik diri dari bertanding, walau sudah didaftarkan jadi calon..



Tapi pihak PAS perlu membersihkan senarai bagi jadi AJK peringkat UPU, MTD, Negeri , PUSAT. Agar orang sebegini tidak berada dalam jemaah, proses suruh taubat, aku janji, baiah boleh dibuat, terpulang kepada kebijaksanaan pemimpin PAS.



Selamat mengundi, jangan lupa undi/ pangkah PAS, Insya Allah kita akan bahagia didunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment