Sunday, April 28, 2013

Agak tegang antara SPR dan Petugas PAS Tg Bidara

Assalamualaikum wbt

Lebih kurang 11.00 mlm beberapa pegawai SPR bersama pegawai Polis datang meminta petugas PAS Tg Bidara , lokasi sebenar adalah bilik gerakan/ markas PAS UPU Pengkalan Balak untuk menurunkan bendera besar , bendera kecil dan poster di bulatan Pengkalan Balak lebih kurang 20 meter dari Markas PAS UPU Pengkalan Balak

Waktu itu kebanyakan petugas , calon, wakil calon berada di UPU Pasir Gembur mengikuti ceramah kelompok, seorang petugas datang memaklumkan kepada Calon PAS mengenai peristiwa itu, lalu beberapa petugas dan wakil calon segera kembali ke UPU Pengkalan Balak.

Suasana agak tegang apabila pegawai SPR meminta bendera dan poster diturunkan, wakil calon dengan tegas menerangkan bahawa tidak perlu diturunkan bendera sehingga ada arahan bertulis dari SPR.



Di sebalik kejadian.

Sebelum penamaan calon, kedua-dua . BN dan PAS sama-sama berkongsi lokasi strategik tersebut, tetapi telah diturunkan oleh MPAG, selapas penamaan calon, masing-masing tidak berani menaikkan bendera, sehinggalah 26 April 2013, Petugas PAS menguasai semua lokasi tersebut dengan sebuah bendera besar, bendera kecil dan poster. 

Kerana irihati, satu laporan telah dibuat kepada SPR oleh BN, lalu pada 11.00 mlm 27 April 2013 SPR meminta PAS menurunkan bendera-bendera dan poster tersebut. dengan alasan menganggu lalu lintas.

Calon PAS - Ustaz Imran bin Abdul Rahman - fb Imran Abdul Rahman , blog - pastanjungbidara.blogspot.com

Calon BN - Cikgu Md Rawi bin Mahmud       - bekas cikgu yang tak sayanng muridnya, kerana tak mahu beri pendidikan percuma, tak sayang bangsanya kerana tak mahu beri biasiswa kepada orang Melayu. dengar kata dia pandai menyanyi kara-ok.

Calon BN TG Bidara yang asal bukan dia, iaitu penyandang lama Kapten (B) Karim, dia kata dia tak sihat setelah dapat watika calon dari bekas PM  I M Najib , sebenarnya.... dia kena cantas dengan Cikgu Md Rawi, entah-entah Kapten Karim dulu cantas sapa ?

Hidup cantas mencantas. minta maaf kepada semua atas gosip diatas.

Gambar dibawah adalah SPR dan Penyokong PAS mencari penyelesaian, agak tegang, tapi semuanya berjalan dengan baik, saya. suka..

















No comments:

Post a Comment