Assalamualaikum wbt.
Pasang bendera amat menyeronokkan, ada rasa semangat, kalau boleh nak pasang lebih tinggi dari bendera lawan. Beberapa kawan dalam BN/UMNO kata PAS menang bendera paling tinggi, atas pucuk pokok, atas bukit, atas bangunan.
Orang pasang bendera dapat bayaran ke ?.
Sepanjang saya pasang bendera kecik-kecik dulu sampai la ni.. ada orang belanja makan minum saja, tak taulah kalau tempat lain dapat bayaran.
Dekat Padang Kemunting baru ni, semasa kami sibuk pasang bendera, ada orang datang, bang.. tahun ni saya mau tolong PAS pasang bendera, berapa boleh bagi ?.. (tadi kata nak tolong, tup tup tanya pula berapa boleh bagi)
Dijawab kepadanya... tak de la sapa nak bagi upah, kalau nak tolong , mai..
Dengan OMNO memang mereka bagi, berdasarkan maklumat kawan-kawan UMNO yang lain.
Tak kisah le kau orang nak bagi atau tidak.
Anta pasang bendera dengan kempen rumah kerumah mana yang lebih penting ?
Bendera mesti kena pasang, kempen rumah kerumah wajib kena buat. (wajib bukan fatwa.. wajib setakat percakapan bahawa kempen rumah kerumah amat penting)
Bendera mesti kena pasang, kerana ia memberi persepsi "ada lawan" , kalau bendera kurang, nanti orang kata kita tak kuat.
Dua malam lepas , sedang asyik pasang bendera lalu seorang BN dengan vest BN , naik moto, balik mesyuarat agaknya. "kawasan Ayer Hitam tak payah le " katanya, lalu di balas, negara demokrasi, sapa-sapa boleh pasang.
Jadi tak hairanlah , banyak bendera PAS dibuang oleh orang yang tak demokrasi dan taku kalah. Sekali tu di Kg Balik Batu, "jangan pasang bendera PAS dalam kampung kami" kata seorang pemuda, sudah tentu pemuda UMNO.
Soal jawab, soal jawab dia kalah dan dia kata lagi "hanya orang KG Balik Batu yang boleh pasang" pulak dah,.. nak menang jugak..
"tunjuk IC, hang orang Kg Balik Batu Ke ?" kata seorang pemuda PAS yang hensem dan bersemangat waja. Last sekali pergi macam tu saja. Nampak sangatlah orang UMNO/ BN amat tidak demokrasi dalam berbagai hal. Mereka ingat negara ini tok nenek depa yang punya.
Mari pasang bendera, pasang dikereta sama, bukan kena beli minyak petrol harga lebih kalau pasang bendera PAS di kereta, tol pun sama saja. TAPI INI SATU AMARAN : JIKA PR MEMERINTAH 7 MEI 2013 HARGA PETROL AKAN DIKURANGKAN, TOL DIHAPUSKAN, ISH.. TAK SABAQ SAYA.
gambar hiasan tapi bukan lakonan.
No comments:
Post a Comment