Assalamualaikum wbt.
(nota : baca gaya santai sahaja)
Adakah awak ada agenda ‘tersembunyi’ yang menyebabkan awak tidak memindahkan anak-anak dan isteri tinggal bersama ?
Tiada sebarang agenda lain, Cuma saya rasakan tidak perlu untuk bawa mereka tinggal bersama. Saya telah bertugas di Sabah sejak tahun 95 hingga 2002, tahun 2003 di Sg Petani, tahun 2004 – 2009 di Pendang, tahun 2010 , 6 bulan di Kulim dan di Melaka hingga kini. Sejak tahun 2010 saya sudah mula tinggal bersendirian, di Kulim dan seterusnya di Melaka.
Dulu saya rasa Kulim sudah cukup jauh, walau hanya 120 km dari KN, tapi rupanya di Melaka lebih jauh, entah suatu hari nanti saya akan bertukar ke Johor pula !!!.
Saya mengharapkan di penghujung perkhidmatan ini saya telah dapat menetap di suatu tempat yang ‘tetap’, jadi saya telah pilih KN sebagai lokasinya. Sekarang ini isteri dan anak-anak ada di KN, saya berfikir tidak perlu lagi menarik mereka keluar dari KN, biar mereka sebati dan jadi orang KN, bukan orang yang tiada tempat asal usul. Atau orang yang berpindah randah.
KN adalah kampong asal isteri saya, dua orang anak dilahirkan disini, dan saya telahpun membina rumah serta ‘keperluan’ masa depan di KN. Jadi saya agak sukar untuk keluar dari KN. Terutama untuk menjaga ‘keperluan’ masa depan saya.
Isteri saya mengajar di sekolah berbeza, bayangkan kalau saya bawa mereka semua tinggal di Melaka, kemudian saya dapat tukar ke Kedah, dan isteri saya tidak dapat, adakah saya yang tinggal di Kedah terpaksa pula dua minggu sekali travel ke Melaka ? Kalau satu jabatan mungkin boleh bertukar bersama-sama, tapi ini jabatan lain-lain.
Sampai bila akan terus begini ?
Hanya Allah yang tahu, saya hanya mengharap rahmat Allah dari situasi ini. Ada hikmahnya.
Mungkin ini ‘satu penyelesaian’ harapan orang lain yang mahu saya di ‘hukum’, jadi dengan terpelantingnya saya disini, membuat mereka gembira.
Mungkin ini ‘satu ujian” terhadap ketabahan dan kesabaran saya. Atau Allah memberi peluang untuk saya bersihkan segala rezeki syubahat atau haram yang mungkin masuk dalam diri saya. Atau Allah mewujudkan rasa kasih dan sayang kepada anak dan isteri. Atau segala-galanya yang telah ditentukan oleh Allah.
Namun yang jelas saya sering mengambil kesempatan untuk satu tempoh masa penghijrahan yang singkat ini. Saya telah lebihkan masa untuk Purnama. Saya lebihkan masa untuk mendalami sesuatu. Cuma tak tertahan bila mengenangkan anak-anak yang tak dapat dididik sepenuh masa.
Sekian.
No comments:
Post a Comment