Friday, July 13, 2012

Pemimpin dan gaya kepimpinan - 2

Kepimpinan autokratik:

Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan autokratik mempunyai misi dan
visi yang jelas terhadap organisasi. Pemimpin jenis ini tahu dengan jelas apa
yang perlu dilakukan dan bagaimana ia harus dilakukan. Kebiasaannya,
pemimpin autokratik akan membuat keputusan secara bersendirian dengan
mengambil hanya sedikit input daripada subordinat lain ataupun tiada langsung.

Proses membuat keputusan juga tidak kreatif. Jenis kepimpinan ini hanya sesuai
diaplikasikan dalam situasi yang memerlukan keputusan dicapai dalam masa
yang sangat singkat atau di mana pemimpin tersebut lebih berpengetahuan
daripada subordinat dalam sesuatu perkara.


Pemimpin autokrasi cenderung untuk memimpin dan menggunakan kuasa
secara paksaan. Mereka suka mendominasi. Gaya ini memperlihatkan satu
bentuk kuasa mutlak di mana setiap orang bawahan mesti menerima akibat
daripada keputusan yang dibuat sama ada baik atau buruk.

Pemimpin autokratik lebih banyak memberi arahan dan sentiasa menentang sebarang bentuk pujian atau kritikan membina. Pemimpin jenis ini juga memaksa pengikut membuat sesuatu tanpa mengambilkira keperluan individu. Mereka tidak prihatin pada perasaan pengikut, oleh itu mereka selalunya tidak digemari. Pengikut melakukan sesuatu kerja atas dasar takut (motivation by fear).

Nota:

1. situasi krisis / terdesak
2. impian peribadi pemimpin
3. hukuman / denda
4. tidak digemari
5. tiada perbincangan

Ulasan :

Kepimpinan autokratik boleh digunakan ketika Negara sedang dalam ‘darurat” bukan darurat yang diistiharkan atau diada-adakan untuk kekal berkuasa. Contohnya dalam keadaan bencana, kata putus atau keputusan segera perlu dibuat, maka pemimpin menggunakan gaya autokratik demi untuk menyelamatkan situasi.

Kepimpinan gaya autokratik tidak dipraktikkan secara total, Cuma beberapa pemimpin yang mengunakannya. Beliau tidak semestinya ‘kejam’ dalam tindakannya, Cuma melaksanakan sesuatu yang diluar kebiasaan manusia melakukannya, namun apabila dipaksa, perkara tersebut dapat dilaksanakan.
Kemungkinan peringkat perlaksanaan sahaja yang nampak lebih autokratik, tetapi semasa peringkat perancangan, mungkin ia di bincang secara syura atau secara demokrasi.

Bagaimana melahirkan pemimpin autokratik.

1. tekankan pencapaian matlamat sebagai agenda yang tidak boleh dikompromi.
2. tunaikan segala yang diminta oleh anak (bakal pemimpin autokratik)
3. berikan kemewahan supaya tiada perasaan belas kepada orang yang
diperintahnya nanti.
4. Latih supaya bercakap ‘besar’ dan memperkecilkan kebolehan orang lain.

bersambung.. 3

No comments:

Post a Comment