Wednesday, July 18, 2012

Pemimpin dan gaya kepimpinan - 4

Kepimpinan Laissez Faire

Pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan laissez-faire tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya. Kuasa yang ada padanya tidak digunakan. Gaya kepimpinan ini melibatkan penyertaan pemimpin yang sedikit sekali.

Pemimpin laissez faire memberikan sepenuh kebebasan kepada ahli- ahlinya
untuk mengendalikan kerja mereka. Pemimpin sedeimikian memberi kebebasan untuk menentukan matlamat mereka tersendiri serta cara-cara mencapainya.

Antara ciri-ciri kepimpinan laissez faire

i. Subordinat bergantung kepada diri sendiri sepenuhya tanpa
penjelasan daripada pemimpin
ii. Subordinat perlu bersedia untuk bertanggungjawab membuat
keputusan
iii. Subordinat perlu mempunyai toleransi yang tinggi untuk melaksanakan
kepelbagaian tugas
iv. Subordinat perlu berupaya untuk memahami dan mengenalpasti
objektif organisasi
v. Subordinat perlu mempunyai pengalaman untuk berhadapan dengan
sebarang masalah dan mampu menyelesaikannya.

Kelemahan Kepimpinan Laissez-Faire

Gaya kepimpinan ini agak popular dan sering diamalkan namun demikian ia tidak
realistik dan tidak matang apabila berhadapan dengan situasai di mana
perkembangan pesat sedang berlaku dalam bidang kualiti dan keberkesanan,
inovasi dan teknologi. Bradford dan Lippit menyatakan bahawa pemimpin
laissez faire bersikap deskriptif. Mereka sedaya upaya mengelak daripada
mempengaruhi subordinat. Pemimpin seperti ini tidak mempunyai keyakinan
terhadap keupayaan mereka untuk menyelia. Mereka banyak bergantung kepada subordinat, tidak menetapkan matlamat yang jelas dan tidak membantu
subordinat untuk membuat keputusan.

Kesan-kesan Kepimpinan Laissez-Faire Kepada Subordinat

gaya kepimpinan inimungkin berkesan sekiranya setiap ahli mempunyai kepakaran yang tinggi dalam menjalankan tugas yang diberikan. Tetapi dalam kes-kes yang melibatkan ahli yang mempunyai kepakaran yang rendah, organisasi tersebut telah dikenalpasti sebagai kurang kompeten dalam menangani masalah dan kurang kepuasan bekerja.

Kumpulan pekerja seperti ini turut merasa tertekan dan menunjukkan
mutu kerja yang rendah kerana kurang berdisiplin. Aspegern mendapati
bahawa motivasi ahli-ahli yang berada di bawah kepimpinan laissez faire berada
di tahap yang rendah. Secara ringkasnya, produktiviti, hubungan sesama ahli,
perubahan persekitaran dan inovasi adalah rendah apabila berada di bawah
kepimpinan laissez faire.

Fakta

1. keputusan bebas
2. kumpulan professional
3. bermotivasi
4. berorientasikan pencapaian diri.

Ulasan.

Kepimpinan gaya ini, lebih kepada “seolah-olah aku bukan gila kuasa” , pemimpin ingin menunjukkan sifat baik dirinya dengan memberi kebenaran subordinate menentukan jalan kerja masing-masing. Namun keburukan yang akan menimpa ialah kepada ketua tersebut, ia akan dikatakan sebagai orang yang tak mahu menerima tanggungjawab jika sesuatu kegagalan berlaku. Ketua juga akan dikatakan sebagai orang yang lepas tangan.

Melahirkan pemimpin Laissez faire.

1. Beri semua keperluan dan kesenangan
2. Semuanya diajak berbincang

bersambung.. 5

No comments:

Post a Comment