Tuesday, July 17, 2012

Rintihan suami seorang warden asrama – 2

Assalamualaikum wbt.
(nota : baca gaya santai sahaja)

Apakan daya sudah dua kali juga permohonan pertukaran saya tidak berjaya, tahun pertama mungkin alasan baru sangat bertukar, tetapi ada juga kawan-kawan yang baru dua minggu melapor diri, kemudian mengemukakan rayuan pertukaran dan diluluskan. yang belum cukup enam bulan disesuatu tempat juga berjaya dalam permohonan pertukaran, yang kurang setahun juga berjaya dalam rayuan pertukaran.




Adakah saya perlu memberitahu yang saya menghidap penyakit kronik, baru saya diluluskan pertukaran. Atau memberitahu yang saya diugut bunuh oleh sesorang, baru saya ditukarkan, atau saya berceramah dipentas bulan, baru saya ditukarkan. (gambar hiasan)







Ini adalah hadiah hari guru yang saya terima tahun lepas, kalau ia pun , gagal bertukar, janganlah diberi surat tersebut pada 16 Mei, itu adalah hari guru, hari untuk guru bergembira sempena hari tersebut. Kadang pegawai kita, bodoh juga dalam urusan kemanusiaan. Bersabar le sehari dua, baru bagi surat tersebut, atau tangguhkan cop tarikh penerimaan atau tarikh minit. Tak perlu diajar, bagi mereka mungkin tiada apa-apa, bagi yang mengharap sudah tentu ada kesannya. Imuda kata ada akai ke ??, pap..pap.. pi rah (sitcom pi mai – pi mai tang tu)

Saya akui, pendapatan saya habis untuk mengisi minyak kereta dan membayar tol , jarak perjalanan sehala 582 km saya tempuh setiap dua minggu.
Tol dari Spg Ampat ke AS utara RM 72.20, minyak diesel RM 0.21 / km. sedikit buah tangan , semuanya RM 400 sekali perjalanan pulang.

Perjalanan yang mengambil masa yang panjang mencecah 9 jam, dan kadang-kadang sampai 13 jam. berpuluh-puluh buah lagu yang tak tahu hujung pangkal dinyanyikan, tak tahu monolog apa yang diskripkan. Beberapa surah dihafazkan, sampai dirumah dalam keadaan keletihan.

Hari itu saya menyuarakan untuk membeli sebuah kereta kecil, tapi si isteri kata, keselamatan adalah lebih utama, biarlah habis duit asalkan selamat sampai. Sudah 5 tahun saya tidak memandu kereta kecil, setelah jual kereta proton iswara kereta pertama saya yang dibeli pada tahun 1997.







Hari itu minta cuba kereta viva seorang kawan, terasa mudahnya mengawal kereta viva berbanding dengan kereta saya, namun saya rasa belum serasi dengan viva, (sorry kepada yang pakai kereta viva, mungkin suatu hari saya kena memandu viva juga).

Hasil pengiraan saya, jika 5 tahun saya terus berulang alik, wang yang digunakan mampu untuk memiliki sebuah viva baru tanpa perlu menjual kereta yang sedia ada.. Hingga hari ini saya masih mampu untuk menyabarkan diri saya. Menyabarkan diri dalam berbagai hal.






Bersambung….. 3

No comments:

Post a Comment