Assalamualaikum wbt.
(nota : baca gaya santai sahaja)
Ucapan selamat meneruskan hidup buat isteri tercinta, sempena hari ulang tahun kelahiran yang ke ** (pada 16 Julai….). Hari ulang tahun kelahiran, kononnya tarikh penting yang perlu diingati.
Ucapan selamat meneruskan hidup buat isteri tercinta, sempena hari ulang tahun kelahiran yang ke ** (pada 16 Julai….). Hari ulang tahun kelahiran, kononnya tarikh penting yang perlu diingati.
Tahun 2010 lalu saya memilih tarikh itu untuk berkhidmat di negeri Hang Tuah, negeri apa hijau tah … , negeri maju 2010. tiada nilai bagi saya dan isteri untuk meraikan hari lahir, kerana kami amat yakin, tarikh tersebut tidak membawa sebarang tuah atau petaka. Ia hanyalah sebuah tarikh yang tiada sebarang makna untuk ditafsirkan, cukup tercatat dalam kad pengenalan sahaja. Tarikh ini akan diingati betul-betul bila menjelang umur 60 tahun, tahun bersara dari perkhidmatan.
Sudah dua tahun saya tinggal bersendirian di negeri yang ada Tanjung Keling, Bukit China , Lubuk China dan Kg Portugis. Ini bermakna sudah dua tahun isteri saya menjaga anak-anak secara sendirian, hantar kesekolah, ambil dari sekolah, hantar ke klinik dan ambil dari klinik, dan bukan anak-anak saya sahaja yang dijaga, malah anak-anak lain yang tinggal di asrama yang perlu dihantar ke hospital walau di tengah malam.
Saya amat mudah ter”sensitive” ter’emosi” bila terkenangkan anak-anak. Jangan hairan jika saya sebak dan tak dapat bersuara. Faktor persekitaran cukup mudah mempengaruhi anak-anak remaja. Sesekali saya tertanya, betulkah tindakan mencari pendapatan lebih dengan meninggalkan anak-anak tanpa pengawasan dan didikan. Kita harap anak-anak menjadi anak yang soleh, soleh tak datang dengan mudah, soleh tak datang waktu anak dah jadi tua, soleh perlu dibentuk, perlu dididik, terkenang anak yang tak dapat dididik membuat saya rasa ‘celaru’
Anak yang paling kecil kini berusia lebih tiga tahun, paling kecil buat masa ini, belum tentu yang terakhir, baru-baru ini isteri saya keguguran (usia kandungan 9 minggu) kerana sibuk naik turun bangunan asrama , kononnya hendak diperiksa oleh JPN dan nazir, jadi perlu dipastikan asrama kemas , bersih dan cantik.
Satu yang saya rasa pelik dengan Sekolah isteri saya bertugas, iaitu kalau nak berhenti dari jadi warden kena cari pengganti, ini bermakna dia akan terus jadi warden sampai lepas pencen jikalau gagal dapatkan pengganti.
Apalah penakutnya pengetua, sampai tidak berani nak arahkan seseorang guru jadi warden. Yang diarah dan ditekan adalah guru-guru yang dengar cakap, tak suka melawan, suruh apa saja , buat. Yang benkeng sikit, langsung tak berani nak tegur, yang baik keluar sekali dah kena peringatan bertulis,berekod, yang keluar berkali-kali , relax saja. Ikut peraturan konon…
Saya pernah bertanya kepada isteri saya, adakah Tn Pengetua beliau, iaitu Pn Hjh…, bertanya tentang diri saya iaitu suami awak, adakah dia pernah bertanya, tentang anak-anak saya. Jawapannya tidak ,yang ditanya adalah anak-anak atau pelajar yang tinggal diasrama. Memang betul pengetua tak perlu Tanya tentang anak saya atau anak warden, kerana tiada kaitan dengannya,
Oleh kerana dia tak pernah bertanya, jadi keputusan dan arahan yang dikeluarnya adalah lebih professional, berfokus dan terarah kepada tugas warden sahaja. Jikalah warden itu mesin atau robot, cukup senang, set masa, dia boleh jalankan tugas tanpa sebarang masalah, tapi warden itu manusia, yang perlu diberi pertimbangan lain, pertimbangan lain yang bukan dari skop profesionalisma,
Oleh kerana kita mengurus manusia, maka pengetua kena lebih pandai aspek kemanusiaan. Mereka bertanya , kenapa dulu galak jadi warden. Diatas tadi sudah saya jawab. Dan ditambah lagi, kita mengambil tanggungjawab yang orang lain tak berminat langsung untuk menerima tanggungjawab tersebut, kita harap tidaklah dibebankan lagi dengan tugas-tugas lain disekolah setelah kita mengambil tanggungjawab yang membebankan. Tapi kebijaksanaan pengetua sekali lagi terserlah apabila, pembahagian tugas disekolah diberi samarata. Dengan mengabaikan tugas warden sebagai tugas luar sekolah kerana tugas warden diberi elaun. Elaun apa…, elaun rumah kena potong separuh, elaun cola kena potong separuh, dari segi nilai duit, lebih rugi, apa tn pengetua tidak tahu mengira ?. samalah kerja menanda kertas jawapan, dianggap luar tugas rasmi kerana ada bayaran.
Ada tn pengetua Tanya, awak buat claim atau tidak, boleh kata setiap malam hantar pelajar ke hospital, sudah tentu dia tidak bertanya, kerana dia anggap semuanya berjalan lancar, tiada sebarang rungutan. Baik dari warden, dari pelajar atau dari ibu bapa.
Rumah warden yang doif, paip ayer pecah dalam dinding, saluran tersumbat, tak pernah dibaiki. Katanya tiada peruntukan. Bagaimana nak ada peruntukan jika kita tak membuat persedian untuk menuntut peruntukan, cuba sedia lebih awal semua keperluan, kerosakan dan wang yang diperlukan untuk belanja pembaikan, setahun tak dapat, tahun kedua mesti dapat. Ini bangunan sekolah tarcabut bumbung, ‘galang geta ‘ reput, menanti kepingan genting menghempuk kepala pelajar, baru ada peruntukan. Sesekali patut harap genting itu jatuh diatas kepala seseorang, (bukan saya, isteri atau anak-anak, biar kena orang lain) sesekali, teringat juga berdosa harap macam tu, semoga selamat lah semuanya.
Bersambung…2
No comments:
Post a Comment