Tuesday, July 31, 2012

Kemboja di Malaysia


Assalamualaikum wbt.

Selamat meneruskan ibadat puasa dan istiqamah dengan amalan sunat yang lain.
Malaysia Negara yang penuh rahmat, svarnabumi, lubuk emas dan lain-lain lagi gelaran bagi ‘orang luar’. Namun semua itu tidak ‘terpeduli’ orang penduduk asalnya.

Raya bakal menjelang. Melayu hanya mampu membuka gerai di bazaar Ramaddan atau di pekan sehari atau di pasar malam. (syukur Alhamdulillah), itupun dihalau kesana kemari oleh pemerintah sendiri.

Kemboja, orang pelarian asalnya, mampu membuka kedai di Negara Malaysia ini. Mereka mampu mengeluarkan berbagai-bagai jenis pakaian yang menjadi pilihan orang Islam untuk berhari raya.

Bukan saya dengki, tapi saya hairan, kaedah apa, disiplin apa, ilmu apa. semangat apa, rahsia apa, yang digunakan oleh mereka sehingga ada ‘tapak’ dalam Negara ini ?.

Sedangkan kita, entah mengapa, entah siapa, entah bagaimana, janji apa, janji siapa, masih gagal bertapak dipremis nyata dalam perniagaan. Tapi tak mengapa kerana ada menteri yang kata “pertanian itu adalah perniagaan” maka sebahagian besar orang asalnya adalah peniaga, yang mana 9/10 dari pintu rezeki adalah dari perniagaan.

Selamat berusaha wahai Kemboja, Allah akan beri rezeki kepada yang berusaha, selamat berusaha . Selamat berusaha wahai Melayu, anda hamba Allah yang sering di rahmati Allah walau masih ramai kawan-kawan yang ingkar perintah.

No comments:

Post a Comment