Tuesday, July 31, 2012
Kemboja di Malaysia
Assalamualaikum wbt.
Selamat meneruskan ibadat puasa dan istiqamah dengan amalan sunat yang lain.
Malaysia Negara yang penuh rahmat, svarnabumi, lubuk emas dan lain-lain lagi gelaran bagi ‘orang luar’. Namun semua itu tidak ‘terpeduli’ orang penduduk asalnya.
Raya bakal menjelang. Melayu hanya mampu membuka gerai di bazaar Ramaddan atau di pekan sehari atau di pasar malam. (syukur Alhamdulillah), itupun dihalau kesana kemari oleh pemerintah sendiri.
Kemboja, orang pelarian asalnya, mampu membuka kedai di Negara Malaysia ini. Mereka mampu mengeluarkan berbagai-bagai jenis pakaian yang menjadi pilihan orang Islam untuk berhari raya.
Bukan saya dengki, tapi saya hairan, kaedah apa, disiplin apa, ilmu apa. semangat apa, rahsia apa, yang digunakan oleh mereka sehingga ada ‘tapak’ dalam Negara ini ?.
Sedangkan kita, entah mengapa, entah siapa, entah bagaimana, janji apa, janji siapa, masih gagal bertapak dipremis nyata dalam perniagaan. Tapi tak mengapa kerana ada menteri yang kata “pertanian itu adalah perniagaan” maka sebahagian besar orang asalnya adalah peniaga, yang mana 9/10 dari pintu rezeki adalah dari perniagaan.
Selamat berusaha wahai Kemboja, Allah akan beri rezeki kepada yang berusaha, selamat berusaha . Selamat berusaha wahai Melayu, anda hamba Allah yang sering di rahmati Allah walau masih ramai kawan-kawan yang ingkar perintah.
Thursday, July 26, 2012
Permainan bulan Ramaddan dulu-dulu
Budak-budak dulu,(kampung saya, kg lain tak tau le...) main meriam buluh petang-petang,lepas maghrib pukul gendang raya sampai Isyak.
Budak-budak sekarang !!!, membazir masa kalau nak main meriam buluh, tak de kerja ke asyik nak pukul gendang ?, main game lagi best.
Masa sudah berubah.
Tuesday, July 24, 2012
Thursday, July 19, 2012
Wednesday, July 18, 2012
Pemimpin dan gaya kepimpinan - 4
Pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan laissez-faire tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya. Kuasa yang ada padanya tidak digunakan. Gaya kepimpinan ini melibatkan penyertaan pemimpin yang sedikit sekali.
Pemimpin laissez faire memberikan sepenuh kebebasan kepada ahli- ahlinya
untuk mengendalikan kerja mereka. Pemimpin sedeimikian memberi kebebasan untuk menentukan matlamat mereka tersendiri serta cara-cara mencapainya.
Antara ciri-ciri kepimpinan laissez faire
i. Subordinat bergantung kepada diri sendiri sepenuhya tanpa
penjelasan daripada pemimpin
ii. Subordinat perlu bersedia untuk bertanggungjawab membuat
keputusan
iii. Subordinat perlu mempunyai toleransi yang tinggi untuk melaksanakan
kepelbagaian tugas
iv. Subordinat perlu berupaya untuk memahami dan mengenalpasti
objektif organisasi
v. Subordinat perlu mempunyai pengalaman untuk berhadapan dengan
sebarang masalah dan mampu menyelesaikannya.
Kelemahan Kepimpinan Laissez-Faire
Gaya kepimpinan ini agak popular dan sering diamalkan namun demikian ia tidak
realistik dan tidak matang apabila berhadapan dengan situasai di mana
perkembangan pesat sedang berlaku dalam bidang kualiti dan keberkesanan,
inovasi dan teknologi. Bradford dan Lippit menyatakan bahawa pemimpin
laissez faire bersikap deskriptif. Mereka sedaya upaya mengelak daripada
mempengaruhi subordinat. Pemimpin seperti ini tidak mempunyai keyakinan
terhadap keupayaan mereka untuk menyelia. Mereka banyak bergantung kepada subordinat, tidak menetapkan matlamat yang jelas dan tidak membantu
subordinat untuk membuat keputusan.
Kesan-kesan Kepimpinan Laissez-Faire Kepada Subordinat
gaya kepimpinan inimungkin berkesan sekiranya setiap ahli mempunyai kepakaran yang tinggi dalam menjalankan tugas yang diberikan. Tetapi dalam kes-kes yang melibatkan ahli yang mempunyai kepakaran yang rendah, organisasi tersebut telah dikenalpasti sebagai kurang kompeten dalam menangani masalah dan kurang kepuasan bekerja.
Kumpulan pekerja seperti ini turut merasa tertekan dan menunjukkan
mutu kerja yang rendah kerana kurang berdisiplin. Aspegern mendapati
bahawa motivasi ahli-ahli yang berada di bawah kepimpinan laissez faire berada
di tahap yang rendah. Secara ringkasnya, produktiviti, hubungan sesama ahli,
perubahan persekitaran dan inovasi adalah rendah apabila berada di bawah
kepimpinan laissez faire.
Fakta
1. keputusan bebas
2. kumpulan professional
3. bermotivasi
4. berorientasikan pencapaian diri.
Ulasan.
Kepimpinan gaya ini, lebih kepada “seolah-olah aku bukan gila kuasa” , pemimpin ingin menunjukkan sifat baik dirinya dengan memberi kebenaran subordinate menentukan jalan kerja masing-masing. Namun keburukan yang akan menimpa ialah kepada ketua tersebut, ia akan dikatakan sebagai orang yang tak mahu menerima tanggungjawab jika sesuatu kegagalan berlaku. Ketua juga akan dikatakan sebagai orang yang lepas tangan.
Melahirkan pemimpin Laissez faire.
1. Beri semua keperluan dan kesenangan
2. Semuanya diajak berbincang
bersambung.. 5
Tuesday, July 17, 2012
Rintihan suami seorang warden asrama – 3
Adakah awak ada agenda ‘tersembunyi’ yang menyebabkan awak tidak memindahkan anak-anak dan isteri tinggal bersama ?
Tiada sebarang agenda lain, Cuma saya rasakan tidak perlu untuk bawa mereka tinggal bersama. Saya telah bertugas di Sabah sejak tahun 95 hingga 2002, tahun 2003 di Sg Petani, tahun 2004 – 2009 di Pendang, tahun 2010 , 6 bulan di Kulim dan di Melaka hingga kini. Sejak tahun 2010 saya sudah mula tinggal bersendirian, di Kulim dan seterusnya di Melaka.
Dulu saya rasa Kulim sudah cukup jauh, walau hanya 120 km dari KN, tapi rupanya di Melaka lebih jauh, entah suatu hari nanti saya akan bertukar ke Johor pula !!!.
Saya mengharapkan di penghujung perkhidmatan ini saya telah dapat menetap di suatu tempat yang ‘tetap’, jadi saya telah pilih KN sebagai lokasinya. Sekarang ini isteri dan anak-anak ada di KN, saya berfikir tidak perlu lagi menarik mereka keluar dari KN, biar mereka sebati dan jadi orang KN, bukan orang yang tiada tempat asal usul. Atau orang yang berpindah randah.
KN adalah kampong asal isteri saya, dua orang anak dilahirkan disini, dan saya telahpun membina rumah serta ‘keperluan’ masa depan di KN. Jadi saya agak sukar untuk keluar dari KN. Terutama untuk menjaga ‘keperluan’ masa depan saya.
Isteri saya mengajar di sekolah berbeza, bayangkan kalau saya bawa mereka semua tinggal di Melaka, kemudian saya dapat tukar ke Kedah, dan isteri saya tidak dapat, adakah saya yang tinggal di Kedah terpaksa pula dua minggu sekali travel ke Melaka ? Kalau satu jabatan mungkin boleh bertukar bersama-sama, tapi ini jabatan lain-lain.
Sampai bila akan terus begini ?
Hanya Allah yang tahu, saya hanya mengharap rahmat Allah dari situasi ini. Ada hikmahnya.
Mungkin ini ‘satu penyelesaian’ harapan orang lain yang mahu saya di ‘hukum’, jadi dengan terpelantingnya saya disini, membuat mereka gembira.
Mungkin ini ‘satu ujian” terhadap ketabahan dan kesabaran saya. Atau Allah memberi peluang untuk saya bersihkan segala rezeki syubahat atau haram yang mungkin masuk dalam diri saya. Atau Allah mewujudkan rasa kasih dan sayang kepada anak dan isteri. Atau segala-galanya yang telah ditentukan oleh Allah.
Namun yang jelas saya sering mengambil kesempatan untuk satu tempoh masa penghijrahan yang singkat ini. Saya telah lebihkan masa untuk Purnama. Saya lebihkan masa untuk mendalami sesuatu. Cuma tak tertahan bila mengenangkan anak-anak yang tak dapat dididik sepenuh masa.
Sekian.
Rintihan suami seorang warden asrama – 2
(nota : baca gaya santai sahaja)
Apakan daya sudah dua kali juga permohonan pertukaran saya tidak berjaya, tahun pertama mungkin alasan baru sangat bertukar, tetapi ada juga kawan-kawan yang baru dua minggu melapor diri, kemudian mengemukakan rayuan pertukaran dan diluluskan. yang belum cukup enam bulan disesuatu tempat juga berjaya dalam permohonan pertukaran, yang kurang setahun juga berjaya dalam rayuan pertukaran.
Adakah saya perlu memberitahu yang saya menghidap penyakit kronik, baru saya diluluskan pertukaran. Atau memberitahu yang saya diugut bunuh oleh sesorang, baru saya ditukarkan, atau saya berceramah dipentas bulan, baru saya ditukarkan. (gambar hiasan)
Ini adalah hadiah hari guru yang saya terima tahun lepas, kalau ia pun , gagal bertukar, janganlah diberi surat tersebut pada 16 Mei, itu adalah hari guru, hari untuk guru bergembira sempena hari tersebut. Kadang pegawai kita, bodoh juga dalam urusan kemanusiaan. Bersabar le sehari dua, baru bagi surat tersebut, atau tangguhkan cop tarikh penerimaan atau tarikh minit. Tak perlu diajar, bagi mereka mungkin tiada apa-apa, bagi yang mengharap sudah tentu ada kesannya. Imuda kata ada akai ke ??, pap..pap.. pi rah (sitcom pi mai – pi mai tang tu)
Saya akui, pendapatan saya habis untuk mengisi minyak kereta dan membayar tol , jarak perjalanan sehala 582 km saya tempuh setiap dua minggu.
Tol dari Spg Ampat ke AS utara RM 72.20, minyak diesel RM 0.21 / km. sedikit buah tangan , semuanya RM 400 sekali perjalanan pulang.
Perjalanan yang mengambil masa yang panjang mencecah 9 jam, dan kadang-kadang sampai 13 jam. berpuluh-puluh buah lagu yang tak tahu hujung pangkal dinyanyikan, tak tahu monolog apa yang diskripkan. Beberapa surah dihafazkan, sampai dirumah dalam keadaan keletihan.
Hari itu saya menyuarakan untuk membeli sebuah kereta kecil, tapi si isteri kata, keselamatan adalah lebih utama, biarlah habis duit asalkan selamat sampai. Sudah 5 tahun saya tidak memandu kereta kecil, setelah jual kereta proton iswara kereta pertama saya yang dibeli pada tahun 1997.
Hari itu minta cuba kereta viva seorang kawan, terasa mudahnya mengawal kereta viva berbanding dengan kereta saya, namun saya rasa belum serasi dengan viva, (sorry kepada yang pakai kereta viva, mungkin suatu hari saya kena memandu viva juga).
Hasil pengiraan saya, jika 5 tahun saya terus berulang alik, wang yang digunakan mampu untuk memiliki sebuah viva baru tanpa perlu menjual kereta yang sedia ada.. Hingga hari ini saya masih mampu untuk menyabarkan diri saya. Menyabarkan diri dalam berbagai hal.
Bersambung….. 3
Rintihan suami seorang warden asrama – 1
Ucapan selamat meneruskan hidup buat isteri tercinta, sempena hari ulang tahun kelahiran yang ke ** (pada 16 Julai….). Hari ulang tahun kelahiran, kononnya tarikh penting yang perlu diingati.
Tahun 2010 lalu saya memilih tarikh itu untuk berkhidmat di negeri Hang Tuah, negeri apa hijau tah … , negeri maju 2010. tiada nilai bagi saya dan isteri untuk meraikan hari lahir, kerana kami amat yakin, tarikh tersebut tidak membawa sebarang tuah atau petaka. Ia hanyalah sebuah tarikh yang tiada sebarang makna untuk ditafsirkan, cukup tercatat dalam kad pengenalan sahaja. Tarikh ini akan diingati betul-betul bila menjelang umur 60 tahun, tahun bersara dari perkhidmatan.
Sudah dua tahun saya tinggal bersendirian di negeri yang ada Tanjung Keling, Bukit China , Lubuk China dan Kg Portugis. Ini bermakna sudah dua tahun isteri saya menjaga anak-anak secara sendirian, hantar kesekolah, ambil dari sekolah, hantar ke klinik dan ambil dari klinik, dan bukan anak-anak saya sahaja yang dijaga, malah anak-anak lain yang tinggal di asrama yang perlu dihantar ke hospital walau di tengah malam.
Saya amat mudah ter”sensitive” ter’emosi” bila terkenangkan anak-anak. Jangan hairan jika saya sebak dan tak dapat bersuara. Faktor persekitaran cukup mudah mempengaruhi anak-anak remaja. Sesekali saya tertanya, betulkah tindakan mencari pendapatan lebih dengan meninggalkan anak-anak tanpa pengawasan dan didikan. Kita harap anak-anak menjadi anak yang soleh, soleh tak datang dengan mudah, soleh tak datang waktu anak dah jadi tua, soleh perlu dibentuk, perlu dididik, terkenang anak yang tak dapat dididik membuat saya rasa ‘celaru’
Anak yang paling kecil kini berusia lebih tiga tahun, paling kecil buat masa ini, belum tentu yang terakhir, baru-baru ini isteri saya keguguran (usia kandungan 9 minggu) kerana sibuk naik turun bangunan asrama , kononnya hendak diperiksa oleh JPN dan nazir, jadi perlu dipastikan asrama kemas , bersih dan cantik.
Satu yang saya rasa pelik dengan Sekolah isteri saya bertugas, iaitu kalau nak berhenti dari jadi warden kena cari pengganti, ini bermakna dia akan terus jadi warden sampai lepas pencen jikalau gagal dapatkan pengganti.
Apalah penakutnya pengetua, sampai tidak berani nak arahkan seseorang guru jadi warden. Yang diarah dan ditekan adalah guru-guru yang dengar cakap, tak suka melawan, suruh apa saja , buat. Yang benkeng sikit, langsung tak berani nak tegur, yang baik keluar sekali dah kena peringatan bertulis,berekod, yang keluar berkali-kali , relax saja. Ikut peraturan konon…
Saya pernah bertanya kepada isteri saya, adakah Tn Pengetua beliau, iaitu Pn Hjh…, bertanya tentang diri saya iaitu suami awak, adakah dia pernah bertanya, tentang anak-anak saya. Jawapannya tidak ,yang ditanya adalah anak-anak atau pelajar yang tinggal diasrama. Memang betul pengetua tak perlu Tanya tentang anak saya atau anak warden, kerana tiada kaitan dengannya,
Oleh kerana dia tak pernah bertanya, jadi keputusan dan arahan yang dikeluarnya adalah lebih professional, berfokus dan terarah kepada tugas warden sahaja. Jikalah warden itu mesin atau robot, cukup senang, set masa, dia boleh jalankan tugas tanpa sebarang masalah, tapi warden itu manusia, yang perlu diberi pertimbangan lain, pertimbangan lain yang bukan dari skop profesionalisma,
Oleh kerana kita mengurus manusia, maka pengetua kena lebih pandai aspek kemanusiaan. Mereka bertanya , kenapa dulu galak jadi warden. Diatas tadi sudah saya jawab. Dan ditambah lagi, kita mengambil tanggungjawab yang orang lain tak berminat langsung untuk menerima tanggungjawab tersebut, kita harap tidaklah dibebankan lagi dengan tugas-tugas lain disekolah setelah kita mengambil tanggungjawab yang membebankan. Tapi kebijaksanaan pengetua sekali lagi terserlah apabila, pembahagian tugas disekolah diberi samarata. Dengan mengabaikan tugas warden sebagai tugas luar sekolah kerana tugas warden diberi elaun. Elaun apa…, elaun rumah kena potong separuh, elaun cola kena potong separuh, dari segi nilai duit, lebih rugi, apa tn pengetua tidak tahu mengira ?. samalah kerja menanda kertas jawapan, dianggap luar tugas rasmi kerana ada bayaran.
Ada tn pengetua Tanya, awak buat claim atau tidak, boleh kata setiap malam hantar pelajar ke hospital, sudah tentu dia tidak bertanya, kerana dia anggap semuanya berjalan lancar, tiada sebarang rungutan. Baik dari warden, dari pelajar atau dari ibu bapa.
Rumah warden yang doif, paip ayer pecah dalam dinding, saluran tersumbat, tak pernah dibaiki. Katanya tiada peruntukan. Bagaimana nak ada peruntukan jika kita tak membuat persedian untuk menuntut peruntukan, cuba sedia lebih awal semua keperluan, kerosakan dan wang yang diperlukan untuk belanja pembaikan, setahun tak dapat, tahun kedua mesti dapat. Ini bangunan sekolah tarcabut bumbung, ‘galang geta ‘ reput, menanti kepingan genting menghempuk kepala pelajar, baru ada peruntukan. Sesekali patut harap genting itu jatuh diatas kepala seseorang, (bukan saya, isteri atau anak-anak, biar kena orang lain) sesekali, teringat juga berdosa harap macam tu, semoga selamat lah semuanya.
Bersambung…2
Sunday, July 15, 2012
Pemimpin dan gaya kepimpinan - 3
Pemimpin demokratik akan menunjuk ajar dan memberi panduan kepada orang bawahannya. Dalam masa yang sama mereka juga akan melibatkan diri dan memberi ruang kepada subordinat untuk menyatakan pendapat masingmasing.
Namun demikian, berbanding dengan gaya kepimpinan autokratik,
kumpulan organisasi yang bekerja di bawah kepimpinan demokratik kurang
produktif tetapi sumbangan yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan adalah lebih baik, lebih kreatif dan lebih berkualiti.
Antara kebaikan yang diperolehi daripada kepimpinan demokratik adalah pekerja
lebih bermotivasi, berkomitmen tinggi dan lebih bertanggungjawab terhadap
keputusan yang dibuat secara bersama dengan pemimpin.
Pemimpin demokratik juga lebih bertimbangrasa dan sentiasa memberi galakan dan penerangan kepada ahli-ahlinya mengenai kerja-kerja yang perlu dibuat.
Pemimpin sentiasa melibatkan subordinat dalam proses membuat keputusan
tetapi keputusan muktamad akan ditetapkan oleh pemimpin.
Penglibatan pemimpin dalam proses kerja boleh dioptimumkan dengan mengambil kesempatan ini untuk menyemai nilai-nilai murni ke dalam jiwa ahli-ahlinya. Dalam masa yang sama ia juga boleh meningkatkan kempotensi organisasi.
Walaubagaimanapun, teknik membuat keputusan yang secara komprehensif kadangkala boleh mengakibatkan sesuatu keputusan itu lambat dan sukar dicapai.
Fakta
1.manusiawi
2.mendidik dan berlemah-lembut
3.bertimbangrasa,
4.hadiah / penghargaan/ pujian
Ulasan.
Kepimpinan demokratik banyak diamalkan diseluruh dunia, ia mungkin sesuai dengan fitrah manusia yang merasakan kepimpinan cara ini adalah yang terbaik. Namun penguasaan 2/3 atau majority menyebabkan golongan 1/3 lagi sentiasa mencari jalan untuk mendapatkan 2/3.
Ia akan menggalakan sebotaj dari pihak yang tidak bersetuju, mereka berpura-pura setuju, namun pada hakikatnya mereka sentiasa mencari jalan untuk mengagalkan pemimpin yang bermajoriti.
Dalam kepimpinan demokratik, akan wujud kumpulan yang kuat mengampu dan membodek.
Bagaimana melahirkan pemimpin demokratik.
1. Perkongsian
2. Tolak ansur
3. Ganjaran
4. makan bersama, tidur bersama.
bersambung..4
Friday, July 13, 2012
Pemimpin dan gaya kepimpinan - 2
Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan autokratik mempunyai misi dan
visi yang jelas terhadap organisasi. Pemimpin jenis ini tahu dengan jelas apa
yang perlu dilakukan dan bagaimana ia harus dilakukan. Kebiasaannya,
pemimpin autokratik akan membuat keputusan secara bersendirian dengan
mengambil hanya sedikit input daripada subordinat lain ataupun tiada langsung.
Proses membuat keputusan juga tidak kreatif. Jenis kepimpinan ini hanya sesuai
diaplikasikan dalam situasi yang memerlukan keputusan dicapai dalam masa
yang sangat singkat atau di mana pemimpin tersebut lebih berpengetahuan
daripada subordinat dalam sesuatu perkara.
Pemimpin autokrasi cenderung untuk memimpin dan menggunakan kuasa
secara paksaan. Mereka suka mendominasi. Gaya ini memperlihatkan satu
bentuk kuasa mutlak di mana setiap orang bawahan mesti menerima akibat
daripada keputusan yang dibuat sama ada baik atau buruk.
Pemimpin autokratik lebih banyak memberi arahan dan sentiasa menentang sebarang bentuk pujian atau kritikan membina. Pemimpin jenis ini juga memaksa pengikut membuat sesuatu tanpa mengambilkira keperluan individu. Mereka tidak prihatin pada perasaan pengikut, oleh itu mereka selalunya tidak digemari. Pengikut melakukan sesuatu kerja atas dasar takut (motivation by fear).
Nota:
1. situasi krisis / terdesak
2. impian peribadi pemimpin
3. hukuman / denda
4. tidak digemari
5. tiada perbincangan
Ulasan :
Kepimpinan autokratik boleh digunakan ketika Negara sedang dalam ‘darurat” bukan darurat yang diistiharkan atau diada-adakan untuk kekal berkuasa. Contohnya dalam keadaan bencana, kata putus atau keputusan segera perlu dibuat, maka pemimpin menggunakan gaya autokratik demi untuk menyelamatkan situasi.
Kepimpinan gaya autokratik tidak dipraktikkan secara total, Cuma beberapa pemimpin yang mengunakannya. Beliau tidak semestinya ‘kejam’ dalam tindakannya, Cuma melaksanakan sesuatu yang diluar kebiasaan manusia melakukannya, namun apabila dipaksa, perkara tersebut dapat dilaksanakan.
Kemungkinan peringkat perlaksanaan sahaja yang nampak lebih autokratik, tetapi semasa peringkat perancangan, mungkin ia di bincang secara syura atau secara demokrasi.
Bagaimana melahirkan pemimpin autokratik.
1. tekankan pencapaian matlamat sebagai agenda yang tidak boleh dikompromi.
2. tunaikan segala yang diminta oleh anak (bakal pemimpin autokratik)
3. berikan kemewahan supaya tiada perasaan belas kepada orang yang
diperintahnya nanti.
4. Latih supaya bercakap ‘besar’ dan memperkecilkan kebolehan orang lain.
bersambung.. 3
Wednesday, July 11, 2012
Pemimpin dan gaya kepimpinan - 1
Adakah ditakuti ?
Adakah disegani ?
Adakah dihormati ?
Adakah dibenci ?
Adakah dibuli ?
Saya ingin menarik perhatian mengenai gaya – gaya kepimpinan dan di hujung beberapa entry saya berkaitan pemimpin dan gaya kepimpinan , saya akan bertanya tiga soalan. Saya bocorkan soalan yang akan saya tanya dihujung beberapa entry, Soalannya ialah;
1. Terangkan dengan membuat bandingan gaya kepimpinan yang terbaik ? (10 markah)
2. Berikan contoh pemimpin yang mengamalkan gaya tersebut. (20 markah)
Bersambung…
Friday, July 6, 2012
Lebuh Raya Rakyat.
Wednesday, July 4, 2012
Lebuh Raya Timur - Barat
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lebuhraya Timur Barat (Laluan Persekutuan ) menghubungkan Gerik di Negeri Perak dengan Jeli di Kelantan. Projek raksasa ini menelan belanja RM296 juta bagi memudahkan perhubungan darat antara pantai timur dengan pantai barat Semenanjung Malaysia.
Lebuh raya ini sepanjang 123 kilometer melibatkan 61 km di negeri Perak dan baki jarak pula di negeri Kelantan. Ia menjadikan perjalanan lebih pantas dan membantu pertumbuhan ekonomi, bukan sahaja di Perak malah di seluruh negara. Operasi membalak lebih mudah. Kawasan penempatan baru dibuka di sepanjang lebuh raya. Sebelum lebuh raya ini dibuka pada 1 Julai 1982, jarak perjalanan dari Alor Setar ke Kota Bharu adalah melebihi 1,000 km tetapi dengan adanya lebuh raya ini, jarak perjalanan telah dipendekkan sebanyak beberapa ratus kilometer.
Sejarah
Lebuhraya Timur-Barat mula dibina pada tahun 1967. Proses pembinaannya kerap kali terganggu akibat perbuatan khianat pengganas komunis yang sering sahaja menyerang hendap pekerja binaan sepanjang Perang Insurgensi Komunis ataupun Darurat Kedua dari tahun 1967-1989, menyebabkan pembinaan lebuh raya ini memakan masa yang sangat panjang. Malah, semasa lebuh raya ini dibuka pun pihak tentera mengawal ketat lebuh raya ini dan pemandu hanya boleh menggunakan lebuh raya ini pada waktu siang sahaja dan perlu melapor diri setiap kali menggunakannya.
Sistem kawalan keselamatan yang ketat dimansuhkan setelah pihak komunis menyerah diri sepenuhnya pada tahun 1989. Sebuah tugu peringatan dibina oleh Jabatan Kerja Raya di Pulau Banding bagi menghormati para pekerja yang terkorban akibat serangan hendap komunis sepanjang pembinaan Lebuhraya Timur-Barat.
Fasa Dua
Fasa dua Lebuhraya Timur-Barat menghubungkan Simpang Pulai-Lojing-Gua Musang-Kuala Berang di Terengganu. Projek lebuh raya ini terbahagi kepada 9 pakej dengan kos RM1.9 bilion, dimulakan pada Februari 2004 dan sepatutnya siap 2007. Sehingga April 2009, lebuh raya ini belum siap sepenuhnya kerana kemelesetan ekonomi dunia. Panjangnya 125 km. Pilihan sebelum ini ialah antara Jeli di Kelantan dan Gerik di Perak.
Kehidupan flora dan fauna terjejas akibat pembinaan lebuh raya ini. Binatang liar dikesan bergerak dari kawasan Taman Negara di selatan ke Hutan Simpan Tembat dan Hutan Simpan Petuang di Hulu Terengganu serta Hutan Simpan Hulu Besut. Tiga jejambat dengan kos RM28 juta dibina antara Pasir Pulau di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu hingga ke Aring di sempadan Kelantan.[2]
[sunting] Rujukan
1. ↑ Jalan Raya Timur Barat (1970-1982): Pengorbanan Dalam Kenangan. Plak dan monumen rasmi yang dibina oleh Jabatan Kerja Raya di Pulau Banding, Perak.
2. ↑ Pakej Enam Lebuh Raya Timur-Barat Fasa Dua Sedia Laluan Hidupan Liar, Bernama