“Ampunkan saya Ya Allah kerana saya rasa gembira kerana Ramadhan dah nak habis.”
Assalamualaikum wbt.
Sebelum solat terawih malam tadi Imam beri tazkirah sikit dia mengatakan bahawa malam ini telah masuk malam 10 yang akhir. Tiba-tiba hati saya gembira, saya analisis , adakah saya gembira kerana Ramadhan sudah sampai kepenghujung atau saya gembira kerana 10 yang akhir ini akan datang bersama malam Lailatul Qadr.
Saya membuat kesimpulan bahawa, iman saya masih ditahap lemah, amal ibadat saya masih sedikit, saya masih tergolong dalam orang yang cintakan dunia.
Lantaran itu saya perlu merancang sesuatu untuk “mengambil kesempatan” pada 10 malam yang akhir ini.
Saya akan gunakan masa yang ada untuk membaca Al Quran, berzikir dan iktikaf di Masjid (termasuk berbuka puasa di masjid).
Hadis :
Orang yang sembahyang pada bulan Ramadhan, setiap kali sujud, dikurniakan kepadanya seribu tujuh ratus kebajikan dan dibinakan rumah di dalam syurga dari permata. Bagi orang yang berpuasa dan beribadat, tujuh puluh ribu malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari dan dibina sebuah mahligai baginya.
Namun yang merisaukan saya, adakah saya mampu untuk;
1. Sembahyang sunat subuh dan fardu subuh kemudian wirid serta berdoa – kerana saya gagal bangun lebih awal dan akan pergi kerja !
2. Berzikir sebanyak-banyaknya, kerana tanpa pegang tasbih tiada motivasi untuk bertasbih, dan bila pegang tasbih nanti orang kata menunjuk pula (seperti kata anak saya kepada saya bila saya berzikir menggunakan tasbih.)
3. Bertasbih – kerana saya lebih beri tumpuan layari internet.
4. Berselawat –
5. Sembahyang sunat Israq, Dhuha, sunat tasbih, baca Al Quran
6. Sunat Zohor, Fardu zohor, sunat zohor serta doa.
7. Sunat Asar, fardu Asar, wirid dan doa
8. Solat maghrib, sunat maghrib. Sunat awwabin
9. Sunat Isyak, fardu Isyak, sunat Isyak,
10. Sunat terawih, witir
11. Baca Al Quran
12. Sunat wuduk
13. Sunat Tahajud , 2, 4, 6 , 8 atau 12 rekaat.
14. Solat taubat
15. Sunat hajat.
Banyak amalan solat sunat, mampukah saya ? Buat yang termampu jangan tak buat langsung, kalau sebelum ini tak pernah buat, susah banyak, bila bulan Ramadhan baru nak mula. Sebab itu kena mula dengan Rejab dan Syaaban. Kemudian disambung dengan syawal.
Jika tak berapa mampu nak solat dan zikir bersedekah le senang…
Bersedekah setiap hari pada bulan Ramadhan, tinggi pahalanya kerana kelebihan dan kemuliaan bulan ramadhan, ia menutup kesalahan puasa, diampunkan dosa, berlipatganda pahala. Dicurah rahmat Allah, dijauhkan dari azab neraka didekatkan ke syurga, dijauh dari bala.
Sedekah pun susah ooo. Takut tak ikhlas…
mari kita nilai diri kita...
sekian, assalamualaikum.
Monday, August 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment