Assalamualaikum wbt.
Kali ini saya publish artikel, sekadar nak memberitahu yang saya masih hidup. Masa tidak mengizinkan saya menulis artikel berbentuk ilmiah, jadi sekadar menyatakan pengalaman, pandangan dan ucapan.
Baru - baru ini "guru kumpulan A dibenarkan berpolitik", satu isu yang baik untuk dibincangkan dan banyak pro dan kontra, namun saya rasa (pandangan pribadi) tak ramai yang akan memohon untuk bergiat aktif dalam politik, sama seperti yang memohon untuk menjalankan tusyen.
Kerana;
1. Siapa berani untuk memberitahu dia gemar memakai baju biru kepada ketuanya yang tak suka baju warna biru.
2. Mahukah ketuanya memberi kelulusan kerana ketuanya sudah tahu dia suka memakai baju biru yang akan kembali menentang dirinya.
3. Penjawat-penjawat jawatan parti yang bukan guru pasti akan gelabah kerana takut hilang jawatan, kerana guru selalunya ada aura tersendiri walau dimana dia berada.
Tapi bagus juga kalau guru berpolitik.
1. Dari dulu guru memang orang berkebolehan berpolitik, boleh berhujah, boleh menganalisis, boleh ber'psikologi' (namun kini ada juga guru yang temberang... sorry to say)
2. Guru berpolitik melihat keseluruhan genarasi masa kini dan masa depan, guru selalu kata "pelajar masa kini adalah masa hadapan" , guru juga selalu kata mereka arkitek pembentu masa hadapan dan macam-macam slogan yang boleh dipraktikkan dalam politik, namun dalam contoh yang dok ada, YB dan menteri bekas guru, tah apa-apa yang dijuangkan dalam parlimen, menteri itu kata, hak ni sekolah kena buat, dia pun ya saja, menteri tu kata , buat sivik dan kenegaraan da pun ya saja, menteri tu kata, ajar seks dan produktif, dia pun diam saja, last sekali ok. kawan tu kata kena buat kelab perlembagaan Malaysia , dia kata ok. buat kelab cegah jenayah, dia kata ok, ( ulamak bila duduk dalam kumpulan umarak yang J...l, dengan ulamak-ulamak lingkup. (tapi masih ada masa bertaubat dan muhasabah diri ...)
Artikel ini sekadar pandangan peribadi sahaja, tidak dibenarkan sama sekali untuk dipolitikkan.