Wednesday, August 4, 2010

PELAJAR SEKOLAH DIBENAR BERKAHWIN

Assalamualaikum wbt.

Selepas mencadangkan sekolah khas bagi pelajar mengandung, kerajaan negeri Melaka menggalakkan ibu bapa memberi kebenaran kepada anak-anak mereka berkahwin walaupun masih bersekolah bagi mengekang gejala hamil luar nikah....

Komen hjlutfi-choras.

1. Kerja merapu- , nanti dicadangkan nursery menjaga anak kepada anak murid disekolah.
2. Anak murid yang ada anak dibenarkan menyusu pada sekian-sekian waktu. Bapa anak, anak murid boleh ambil cuti tanpa rekod untuk urus isteri yang jaga anak.
3. Perkhidmatan klinik ibu dan anak bergerak kesekolah-sekolah untuk periksa anak-anak anak murid.
4. Pengetua di beri elaun tambahan kerana anak-anak anak murid ditempatkan dinusery di sekolah beliau.

Mengapa mereka fikir jalan mudah yang akan menyusahkan kemudian ?

Adakah mereka tidak mampu mendidik anak murid supaya tak hamil luar nikah ?

Kalau sakit kepala kenapa di balut bahagian lengan ?

Tension...

Tuan-tuan dan puan-puan.

Suatu ketika dahulu sewaktu baru bermula, pasangan yang hendak berkahwin dikehendaki menjalani kursus pra perkahwinan hingga lah kini program itu dilaksanakan, saya masih ingat, saya lalui temuduga tersebut di Lahad Datu dan dapat skor yang tinggi, kerana semasa belajar di U dulu sudah ambil paper munakahat, jadi seoalan yang dikemukakan dalam ujian dan temuduga tersebut tidak mencabar sangat dan dalam ingatan saya. Kemudian apa bila disuruh baca surah Al fatihah dan surah lazim serta beberapa doa yang lain tidak timbul sebarang masalah.

Namun apabila saya berbual dengan kawan-kawan yang langsung tidak mendapat pendedahan munakahat, mereka kata susah, kemudian yang jenis sembahyang kurang, kata susah. Sehinggalah ada cerita "qunut panjang dan qunut pendek".

Soal hamil luar nikah, sila beri perhatian, jangan hanya kawal anak perempuan, kawal anak lelaki dengan lebih baik, kerana tanpa perbuatan anak lelaki, tak berlaku hamil luar nikah, didik anak lelaki dengan sebaik-baiknya. Tapi anak perempuan mesti didik dengan lebih sempurna mengalahkan anak lelaki.

Anak perempuan kelak akan menjadi ibu, seterusnya mendidik anak-anaknya.

Bagi saya memberi kebenaran berkahwin awal bukan jalan penyelesaian kepada masalah tersebut. Jalan penyelesaian adalah pendidikan agama. yang berkuasa hanya perlu berani menghadkan sesuatu yang boleh mereka had kan, (iklan, filem, drama, novel, majalah) Penapisan bahan-bahan tersebut perlu diketatkan.

Tiadakan penganjuran yang boleh membuatkan pelajar keluar rumah,- sambutan malam merdeka - (ada konsert merdeka) - sambutan tahun baru (ada konsert tahun baru) semua ini akan membuat pelajar tergelora untuk keluar rumah.

Kuasa memberi pengajaran oleh guru kepada pelajar telah tiada, kerana setiap hukuman yang diberi dikelaskan sebagai penderaan. maaf sampai sini saja.. jumpa lagi

sekian, assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment