Monday, August 16, 2010

Ramadhan Al Mubarak -2

Assalamualaikum wbt.

Bertemu kembali. Hari ini hari keenam berpuasa Ramadhan, rahmat yang dianugerah terus dikecapi oleh manusia yang Islam dan yang kufur. rahmat yang Allah berikan dalam bentuk yang berbeza bagi setiap manusia, Yang jelas kelihatan ialah rahmat dalam bentuk makanan, berbagai jenis makanan muncul dalam bulan rahmat ini. Yang tak jelas dan tersembunyi dan tak diambil peduli ialah rahmat dalam bentuk kesihatan dan yang dilupakan oleh kebanyakan orang adalah rahmat dalam bentuk ganjaran pahala (melabur sekarang untuk cerah masa hadapan/ akhirat)

Itulah satu bentuk rahmat yang sering dilupa oleh saya sendiri dan ketika saya ingat saya menguatkan azam untuk menanam pelaburan tersebut namun sifat ikhlas yang sering mengugat amalan saya. Pada bulan ini syaitan telah dibelengu oleh Allah, maka siapa yang menganggu keikhlasan hati saya dalam beribadat, kalau syaitan telah dibelenggu, tentulah nafsu yang menguasai diri kita. Nafsu untuk makan selalu menguasai diri, makan memang satu bentuk rezeki, tapi kalau sudah makan melebihi yang dihadkan, mungkin ia akan menjadi haram, kerana merosakkan diri sendiri.

Alhamdulillah sehingga hari kelima saya masih beriktikaf dalam masjid walau tidak lama, dari 6.00 atau 6.30 ptg hingga ke Maghrib sahaja, saya tak dapat tunggu hingga lepas waktu tarawih kerana nafsu untuk makan tetap menganggu, perut sengaja berkeroncong suruh keluar cari makan, walaupun sudah berbuka dan keperluan tenaga cukup untuk berterawih 8 rakaat ( masjid disini 8 rakaat sahaja) tak macam di Pokok Tai atau di Bukit Choras. (kasihan anak lelaki saya, ramadhan kali ini dia tak dapat pergi tarawih dengan saya, dia pun walau baru darjah 5 tetap buat 21 rekaat).

Inilah kali pertama saya cuba beriktikaf dalam masjid, nak jadikan diri sebagai orang muda/tua yang cintakan masjid. (tak tau nak kata saya ini dah tua ke belum, umur baru 4X) . Hari Sabtu iktikaf di masjid Pengkalan Balak, singgah semasa perjalan balik dari Port Dikcson, saja ronda-ronda lihat kebesaran Allah. Di Masjid itu ada jamuan berbuka puasa setiap hari, sayapun dijemput join sekali (Masjid ini 1.3 km dari rumah sewa saya- khariah kawasan rumah sewa saya), tetapi saya terbiasa dengan Masjid Londang 5 km dari rumah sewa saya. Hari Ahad sengaja tidak pergi ke Masjid tersebut takut- takut niat beriktikaf bertukar menjadi niat nak berbuka puasa disana. Hari ini belum tahu kemana, lepas mahgrib di Masjid Londang, kadang balik sembahyang terawih di Surau Kolej , kadang balik ke surau taman, biasalah orang bujang. Cuma harapan saya agar saya dapat meneruskan iktikaf walau sekejab sepanjang Ramadan ini, Insya Allah, ayuh kita beriktikaf dan tambah pahala, biar orang nak kata apa, yang penting rahmat Allah bulan ini bagi masuk banyak kat kita.

Sekian,

No comments:

Post a Comment