Assalamualaikum wbt.
Bertemu kembali. Syukur Alhamdulillah kerana kita telah dapat laksanakan ibadah puasa, hari ini telah 13 hari. dan dukacita saya telah tewas pada hari kesepuluh kerana gagal beriktikaf dalam masjid. Sudah 3 hari saya gagal untuk beristiqamah beriktikaf kerana balik kampung.
Hari Jumaat saya balik kampung selepas waktu kerja, cuba bertarawih di R&R tapi rasa perut tak selesa asyik nak batal wuduk sahaja, last sekali sampai dirumah 2.00 pagi dan bergagah juga buat sunat tarawih.
Hari Sabtu pula balik kampung lagi(rumah emak bapa), lepas berbuka nak pergi masjid, anak-anak kata kerja rumah tak siap lagi, terpaksa balik rumah, mis lagi... dan sunat tarawih dirumah sahaja.
Hari Ahad bertolak dari rumah pukul 11.30 am, solat jamak awal (takhdim) di tol Sg Dua, terus kan perjalanan dan terpaksa berhenti tidur 4 kali kerana terlalu mengantuk, berbuka puasa di atas kereta sahaja. Sampai di Tol Spg Empat lebih kurang 7.40 pm, solat jamak awal di Masjid Spg Empat dan bergegas balik untuk terawih di Masjid Londang, pun begitu terpaksa singgah di kedai makan dulu kerana agak lapar tapi sempat berterawih lapan rakaat di masjid Londang.
Amalan ibadat jangan mula tinggal, sekali tinggal akan tertinggal seterusnya. Bila buat ibadat pula jangan banyak sekaligus, kerana bila time malas, tak terdaya nak buat, buat sikit-sikit sahaja tapi istiqamah.
sekian.
Monday, August 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment