Assalamualaikum wbt.
Selamat beribadat sebanyak mungkin kepada semua yang melayari blog saya. Ambil kesempatan dalam sebulan ini. Kesampingkan yang remeh- temeh, Bukan senang nak dapat Ramadhan dan bukan senang nak beribadat, jangan takut orang kata alim, warak dan sebagainya. Takut kan diri, kalau-kalau ini Ramadahan yang terakhir.
Ramadhan kali ini saya diperantauan, dapatlah saya pergi masjid dan tak fikir nak berbuka dengan juadah yang sedap-sedap macam kat rumah. Kelmarin berbuka dengan 3 biji kurma dan sebotol air mineral sahaja.
Kali pertama saya iktikaf dalam Masjid Ramadhan kali ini. Daripada 6.15 ptg hingga 10.00 mlm. Tak ada yang menakutkan melainkan takut orang kata , amboi alim, amboi warak, kata -kata sedemikan akan membuat patah semangat, dan sifat riak diri wujud secara aotomatik apabila terkata " hanya aku seorang yang iktikaf dalam masjid ini".
Sifat riak dan ujub juga satu masalah yang ada dalam diri kita, bukan senang nak buang semua itu, insya Allah, sedikit demi sedikit ia akan terhakis juga, yang penting sesuatu perkara apapun mesti kena bermula dari sekarang.
sekian, assalamualaikum.
* dah lama saya tak update dalam face book.
Thursday, August 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment