Thursday, September 2, 2010

MENGHALANG KESERONOKAN BERIBADAT

Assalamualaikum wbt.

Thursday, September 2, 2010


GEORGE TOWN, 1 Sept 10: Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP) mengambil tindakan drastik dalam isu khatib membaca khutbah Jumaat di Pulau Pinang dengan melarang semua masjid di negeri tersebut daripada mengundang khatib-khatib jemputan.
Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat majlis itu pada 26 Ogos lalu. Dalam pekeliling yang diedarkan awal minggu ini, Setiausaha MAIPP, Sazali Hussein berkata majlis memutuskan untuk melarang pihak pentadbiran masjid membawa mana-mana khatib jemputan bagi menyampaikan khutbah berkuat kuasa mulai 26 Ogos lalu. Menurut media semalam.


Larangan itu terpakai sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak, kata Sazali. Pekeliling itu ditandatangani oleh Sazali dan diedarkan kepada kesemua 212 masjid di Pulau Pinang.

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang memberitahu, “khutbah hendaklah disampaikan oleh imam-imam yang telah dilantik atau yang diberi kebenaran oleh MAIPP.”

Bagaimanapun beliau tidak menyebut tindakan yang akan diambil jika peraturan itu diingkari. Tindakan ini dipercayai susulan isu khatib jemputan Zakaria Ahmad dari Taiping yang telah menyampaikan khutbah Jumaat sebelum ini di Masjid Padang Menora, Seberang Perai Utara.

Dalam khutbah tersebut Zakaria telah membacakan doa dalam khutbah kedua dengan memohon supaya hidayah diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk menerima Islam.

Komen hjlutfi-choras

soalan 1:

Kenapa ramai jemaah tidur ketika khatib berkhutbah ?

Jawapan lawak : sebab tak boleh bercakap
Jawapan tak lawak : sebab isu yang dikhutbahkan ialah mengenai keselamatan jalanraya, ops sikap, lembu kerbau yang dilepas oleh tuan, subsidi disel dan petrol, dan lain-lain, juga dulu-dulu Hadhari.

Soalan 2 :

Bagaimana nak buka mata jemaah tidur ketika khutbah ?

Jawapan :

Jawapan orang jahil

Buat lawak ketika khutbah, atau cerita gosip menteri.

Jawapan orang tak berapa jahil.

Bawalah khatib yang gigi penuh, suara tune tinggi, sebutan arab fasih, ayat Quran baca sedap, wajah kemas, ikat serban kemas, pakaian kemas, mimbar bagi nampak kemas, bukan serabut, macam-macam ada atas mimbar, tahi cicak, tahi tikus , tahi lipas , PA system yang ok sikit.

Jawapan orang alim.

minta maaf, tak dan nak pi tanya orang alim,

Satu cerita lawak mengenai khutbah.

Ada sebuah cerita disebuah kampung, anak seorang kampung asyik menangis dan tak dapat tidur, ibu bapa, tok, wan semua dah usaha nak bagi budak tu lena,

Hang pi panggil tok khatib kot-kot dia boleh tolong.

Tok khatib, tolong sat, kami tak tau nak minta tolong sapa lagi, dia asyik nak menangis dan tak mau lena.

Maka tok khatib pun mula ucapan.

Assalamualaikum, ..... am ma bakh.. , tiba- tiba budak tu lena.

pandai tok khatib.


* tok khatib menggunakan khutbah Jumaat.

sekian, harap maaf. bukan nak menyinggung khatib, dulu ayah saya seorang khatib, saya juga pernah jadi khatib, tapi kerana 'terikat', mulut tak dapat berbicara lebih.

No comments:

Post a Comment