Monday, September 6, 2010

Islam di Negara Islam ku diserang dari dalam dan luar

Islam di Negara Islam diserang dari dalam.dan luar. (serangan dalaman paling bahaya !)

Assalamualaikum.

Musuh Islam sentiasa mengintai peluang untuk ‘tidak menukar’ agama penganut Islam di Malaysia , tetapi sentiasa mengambil peluang yang terbuka luas untuk menukar kepercayaan dan perlakuan umat Islam. Sedikit demi sedikit dimasukkan kedalam minda umat Islam sejak dari kecil lagi.

Fokus kepada hiburan, dimana rata-rata umat Islam akan menanggap hiburan tidak haram, kerana saluran hiburan iaitu TV ada disetiap rumah orang Islam. Saluran inilah yang paling berkesan untuk menyuntik akidah salah.

Yang lebih teruk lagi orang Islam sendiri yang menjadi penolong dalam usaha merosakkan Akidah umat Islam sendiri.

Telah lama kita sedari, sejak TV hitam putih, menonton beramai-ramai satu kampong, apa yang ditayangkan pada hari raya. Menyanyi, menari, berlawak, filem import.

Kenapa ?, tiada beranikah seseorang di TV memberitahu, ini hari raya Islam, kenapa nak tayang Gremy Awad. Kenapa nak tayang sarkas, dimana letak minda penyiar, penerbit, pengurus, pengarah di TV hinggalah ke Kementerian yang beranggungjawab.

Siapa ?, siapa yang bekerja di TV, syukurlah aku tidak terlibat dan bersyubahat dalam urusan merosakkan akidah Islam dan menyerang Islam dari dalam. Sudah tentulah yang bekerja di TV adalah mereka bukan lulusan pendidikan Islam (saya tahu ada ustaz kat TV tapi dia buat kerja bahagian dia) , jadi hiburan bagi mereka itu adalah segala-galanya., Bagi mereka tidak salah menonton gremy awad dan sarkas pada hari raya, kami pun orang Islam, kami pun sembahyang, kamipun puasa. Namun penghatan dan pemahaman Islam secara mendalam tidak terlekat dihati, mudah dimasukkan unsure-unsur negative pada pandangan Islam, tapi tak dianggap negative pada pandangan mereka.

Urusan komersial dan bisnes, kpmersial ke bisnes ke kena ambil kira had-had nya, jangan main hentam sahaja.

Dey ? , Fikir-fikir secara logic bahawa kita beragama dan berakidah dan tujuan akhir kita adalah negeri akhirat yang akan dipersoalkan segala macam soalan yang kita lakukan didunia. Menteri, Pengarah, Ulam mak keluarkan fatwa segera, buat bantahan segera.


Sekian,

No comments:

Post a Comment