Assalamualaikum wbt.
Berkaitan laporan Operasi DBKL dan KPDNKK.
saya memetik jawapan oleh peniaga kerang bukan Islam yang kata lebih kurang maksudnya dia tidak tahu perbuatan tersebut akan menyentuh sensesiviti Islam.
Komen hjlutfi-choras:
1. Saya rasa ini bukan kes pertama seumpamanya, banyak lagi kes. Berikutan kejahilan umat Islam sendiri dan kurang sensesiviti dikalangan Islam dan kelemahan ekonomi masyarakat Islam membuat mereka sewenang-wenangnya menyuntik yang haram dalam diri umat Islam, baik makanan, pakaian dan hiburan.
- Kejahilan umat Islam : kerana kejahilan mereka mengangap kerang tetap halal, mereka bukan makan babi.
Tak hairanlah ada/ramai orang Islam makan dikedai makan bukan Islam, bila tuan kedai bukan Islam kata makanan dikedainya halal, tiada babi. Termasuklah dihotel-hotel yang digunakan oleh kerajaan untuk buat kursus kebanyakan jabatan. Sebab itu benak habis, keputusan mesyuarat entah ape-ape. Tak perlulah saya hurai "Hala lan Toiyiban", Malaysia adalah sebuah negara Hub halal sedunia.
- Bulan puasa, jahat punya pasal/ (bukan lapar), kedai bukan Islam pun mereka masuk curi makan.(perosak agama). Bulan puasa seperti dilapor dahulu oleh surat khabar, hotel-hotel mengadakan buffet ramadhan dengan menyediakan makanan yang asalnya halal kemudian ditambah arak/wine dan dihidangkan kepada orang yang lapar kerana puasa. (kalau anda puasa sebenar anda tak lapar).
- Kelemahan ekonomi umat Islam - Umat Islam takut sangat nak boikot peniaga yang buat hal keatas dirinya, dah tahu jualan murah itu tipu, masih berduyun-dutun juga terpa kedai tu. dah tau peniaga tu jual ayam tak sembelih pergi juga kedai tu, bila pi kedai tu nampak ada kelas, pergi pasar mana ada kelas beb. Cuba banyak kali boikot peniaga-peniaga kurang hajar sedemikian.
Kita pernah cadang boikot KFC, oleh kerana kita ni jenis ada kelas punya orang, ramai juga yang tetap berkunjung ke KFC dengan memberi jawapan/fatwa KFC dimalaysia di meniaga oleh orang Islam , lagi pun makanan tu halal, itulah tahap ekonomi umat Islam.
- Suatu hari nanti bila terlalu jahil, mee goreng campur babi pun dimakan, semasa makan jumpa hirisan babi dalam pinggan mee tersebut, buang ketepi, yang telan adalah mee yang halal, babi tak dimakan kerana haram. (jangan kata tahap terebut tak dapat dicapai oleh orang Islam di Negara Islam Malaysia)
- Halal dan haram memang syok dibincangkan oleh orang yang mahu tegak halal dan haram dan yang mahu mengata kepada orang. Peringatan saya ! untuk saya, Babi = haram, rasuah (duit) = haram , kerja curi tulang(gaji syubahat) = hampir-hampir haram, sembahyang-sembahyang juga, duit dalam dompet, dompet dalam poket seluar, poket seluar dalam seluar, seluar pakai sembahyang, .....
sekian terima kasih, selamat hari raya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment