Assalamualaikum wbt
Kenyataan diatas saya ambil dari satu teks yang digunakan disekolah. Sebagai seorang guru saya akui dan saya terangkan kepada pelajar mengikut kehendak sukatan matapelajaran tersebut. Namun dalam hati saya tertanya-tanya dan timbul persoalan benarkah Bangsa Melayu adalah bangsa peniaga suatu ketika dahulu.
Saya boleh terima kenyataan bangsa Melayu adalah tukang kapal yang mahir, sebab tukang kapal Melayu tanpa perlu mengukur dapat mengagak keperluan peralatan dan bahan yang digunakan. Kemahiran tersebut diwarisi hingga kini. Sekali gus bangsa Melayu adalah ahli pelayaran kerana bumi Melayu yang berbentuk kelautan.
Saya boleh terima bangsa Melayu adalah tukang serta arkitek bangunan yang hebat kerana ada warisan seni bina yang baik, wilayak Melayu kaya dengan hutan dan kayu keras, maka sudah tentu bangsa Melayu menggunakan anugerah Ilahi sepenuhnya dalam pembinaan bangunan.
Saya boleh terima bangsa Melayu adalah bangsa yang ada seni, sehingga dalam pembuatan senjata nak bunuh musuhpun dibuat penuh dengan seni seperti keris yang berlok, lading, golok, wali jantan yang dibuat dengan ada ‘ukuran’ sipemakainya .
Saya sering persoalkan kepada pelajar saya. Betulkah bangsa Melayu adalah bangsa peniaga ?.
Sebagai pelajar mereka akan mengiakan dan tidak membantah kata-kata saya, adab menuntut ilmu mana boleh bantah cakap guru. Saya minta bila mereka ‘dewasa’ nanti, fikirkan kembali akan persoalan ini.
Levi’s telah memulakan perniagaan sejak zaman koboi lagi. Ubat kaki tiga dan air cap badak telah memulakan perniagaan sejak zaman Wong Fei Hong lagi.
Soalan saya, Mana perniagaan Bangsa Melayu yang diwarisi sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. (hanya kereta lembu dan beca berhias yang dibanggakan) Since …
Perniagaan kain palayikat (kain pelikat made ini Gujerat, India) sejak dulu ada waris berwaris.
Saya tercari-cari perniagaan bangsa Melayu yang diwarisi sejak zaman dahulu (siapa yang ada maklumat boleh beri kepada saya).
Bukan hendak memperleceh bangsa saya sendiri, Cuma bermuhasabah diri.
Saya berharap agar Ramly dan sate kajang menjadi model bangsa Melayu berniaga 500 tahun nanti dan ditulis dalam teks sekolah sebagai bukti Melayu bangsa peniaga.
Jika benar kita bangsa peniaga (kita merujuk kepada saya dan anda yang bangsa Melayu) sudah tentu kita mewarisi perniagaan kepa anak cucu hingga kini seperti ubat kaki 3 dan air cap badak.
Kerana tiada bukti sedemikian maka saya persoalkan kenyataan awal-awal tadi.
Dalam sejarah kata Melayu bangsa peniaga zaman dahulu, selepas penjajahan demi penjajahan maka orang Melayu dihambat menjadi petani di kampong-kampung.
Saya berpendapat bangsa Melayu adalah bangsa ‘Pengurus’ . Orang Melayu tidak berniaga tetapi menguruskan tempat-tempat perniagaan, kerja tersebut diwarisi hingga kini.
Bangsa Melayu mengurus hal cukai, hal pelabuhan, bangsa Melayu adalah penguatkuasa undang-undang. Jawatan laksamana aadalah untuk Melayu.
Bangsa Melayu memang cekap dan mahir dalam hal mengurus, dari hal urus jenazah hinggalah hal urus Negara. Sistem pengurusan Melayu yang diselit unsure-unsur toleransi dan sama-sama cari makan dan ‘sama-sama makan’ , dia makan lebih sesuai dengan dia yang pangkat besar, sama-sama makan ikut darjat masing-masing, jangan sampai ada yang tak dapat makan, ini akan menimbulkan ‘rusuhan’.
Selain itu, diselit unsure penindasan serta pandang/ tutup sebelah mata . Layanan istimewa kepada mereka yang beri keuntungan kepada Negara/ (diri pengurus)
Selain itu unsur-unsur takut-takut berani, unsure bujur lalu melintang patah diguna ketika saat genting dalam pengurusan berisiko tinggi yang akan membawa pulangan untung besar.
Unsur budi bahasa dan pegangan agama Islam membuat pengurus Melayu cemerlang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka (Melaka mana satu, Melaka sekarang atau Melaka Semenanjung Melaka dahulu ?).
Unsur –unsur yang sebutkan tadi yang membuat bangsa Melayu menjadi pengurus yang baik di Alam Melayu (Patani hingga Australia, Sumatera hingga Filipina)
Namun Pengurus Melayu diuji dengan kesenangan, maka itulah anatara punca kejatuhan Melayu, dan sifat itu diwarisi hingga kini. Sifat berniaga tidak diwarisi.
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment