Wednesday, June 23, 2010

PRS - Mencari Qari Senja - 30

Program realiti sendiri – Mencari Qari Senja – 30
22/6/10
Pencarian Qari Senja masuk hari ketiga puluh, Selasa 22/6/10. Minggu ke Sembilan.

PRS : Assalamualaikum wbt
HL : Waalaikumussalam wbt.
PRS : Malam ni Tn Hj baca ayat berkaitan haji dan umrah, kalau tak jadi keberatan boleh Tn Hj cerita sikit pengalaman Haji dan Umrah yang Tn laksanakan.
HL : Sebenarnya ana dah tulis pengalaman haji dan umrah ana dalam blog hjlutfi-choras.blogspot.com. Tapi oleh kerana tuan minta saya akan ceritakan sikit lagi. Ayat 195 – 207 adalah ayat yang menerangkan perlakuan mengerjakan haji dan umrah. Ana akan ceritakan kelemahan ana ketika mengerjakan haji dan umrah, supaya lain kali ana tak lagi lakukan kesalahan yang sama dan mungkin menjadi panduan kepada kawan-kawan ana yang akan mengerjakan haji dan umrah.

Terjemahan

Al Baqarah : 195

Berinfaklah (berbelanjalah) di jalan Allah dan janganlah kamu campakkan dirimu dalam hal-hal yang merosakkan. Dan berbuatlah kebaikan, sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan itu.

(infak ke jalan Allah, diri ana agak lemah dalam infak wang ringgit kejalan Allah, hari Jumaat bubuh seringgit saja dalam tabung masjid, derma anak yatim entah-entah tak ada, namun setahun dua sebelum ana pergi haji, ana banyak juga wakaf tanah kaki, tapak masjid dan rumah anak yatim, (cerita ini sepatutnya tak boleh cerita, nanti macam nak menunjuk pula- namun untuk kebaikan, mengajak kearah kebaikan boleh diceritakan)
Al Baqarah : 196

Sempurnakanlah haji dan umrahmu penuh ikhlas kerana Allah, apabila kamu terhalang, sembelihlah korban yang mudah didapati dan jangan kamu mencukur rambut kalau haiwan korban belum sampai di tempat peneyembelihan. Apabila diantaramu sakit atau gangguan di kepalanya lalu ia bercukur, maka hendaklah membayar fidyah dengan berpuasa atau bersedekah atau menyembelih dam.

Apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman maka sesiapa ingin berumrah sehingga mengerjakan haji, ia wajib menyembelih korban yang mudah didapati, dan bagi yang tidak dapat melakukannya maka hendaklah ia berpuasa tiga hari apabila kamu sudah kembali. Itulah sepuluh hari yang lengkap.

Hal ini bagi mereka yang tidak dapat tinggal menetap di sekitar Masjidil Haram. Bertakwalah kepada Allah Ketahuilah, bahawa seksa Allah adalah amat berat.

(Masa haji dulu, isteri ana yang sedekahkan satu bahagian korban untuk ana, sepanjang berada di Tanah Suci sekalipun ana tak sempat puasa, walaupun dah lepas haji, Dam haji tamattuk bayar melalui TH, isteri saya bayar dam kepada petugas-petugas di Masjidil Haram, mereka itu harap sangat kita bersedekah kepada mereka, ambillah peluang untuk bersedekah kepada mereka, mereka tak minta, tapi kalau kita beri mereka tidak akan tolak, kebanyakan pekerja bukan orang Arab)
Al Baqarah : 197

Ibadat Haji dilaksanakan pada bulan-bulan tertentu, sesiapa yang menunaikan haji di bulan-bulan itu, tidak boleh mencampuri isteri atau berbuat fasik, atau bertengkar dalam tempoh mengerjakan haji. Apapun kebaikan kamu lakukan Allah pasti mnegetahuinya. Hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya dan sebaik-baik bekalan itu memelihara diri dari meminta-minta, maka bertakwalah kepada Ku, wahai orang-orang yang berakal.

(Waktu dalam Ihram sahaja tak boleh mencampuri isteri, selesai ihram dan selesai haji sudah boleh, TH ada sediakan bilik barakah untuk digunakan oleh jemaah, bersama dengan isteri, guna lah bilik itu supaya amalan kita yang lain lebih tenang.
Al Baqarah : 198

Tidak ada larangan bagimu bila dalam berhaji kamu mencari kurniaan dari tuhanmu, maka bila kamu telah bertolak dari Arafah, berzikirlah kepada Allah di Masy’arilharam (Mudzalifah) lalu berzikirlah kepada Nya seperti yang telah Ia tunjukkan, dan dahulunya kamu termasuk dalam golongan yang sesat.

(Keletihan perjalanan dari Arafah ke Mina, dan singgah di Mudzalifah menyebabkan kita lupa unutk berzikir kepada Allah, kebanyakan tidur dan bersembang sahaja, Kurniaan Allah dalam bentuk yang macam mana kita nak cari, kurniaan dalam bentuk material, atau keredaan Allah. Terpulang kepada masing-masing)
Al Baqarah : 199

Lalu bertolaklah kamu (dari Arafah) dari tempat orang lain bertolak, dan mintalah ampun kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

(Di Arafah perlu buat diri keluar air mata penyesalan, kalau tidak rugilah kita)Al Baqarah : 200

Apabila kamu telah melaksanakan ibadah haji, berzikirlah kepada Allah sebagaimana kamu ingat kepada datuk nenek kamu. Bahkan mestinya lebih banyak berzikir kepada Allah. Ada orang yang berdoa, “ Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami segala kebahagian di dunia,” mereka itu tidak akan mendapat apa-apa bahagian lagi diakhirat.

(Selalunya lepas haji mood dah lain sikit, nak buat umrah sunat pun dah mula lemah semangat, waktu ni membeli belah pula jadi aktiviti, tapi taka pa, beli belah pun boleh dapat pahala jika tiada pertengkaran, tiada tipu menipu dan reda.)
Al Baqarah : 201

Ada pula yang berdoa, “Ya Tuhan Kami, berilah kami kebahagian didunia dan diakhirat serta jauhilah kami dari seksa api neraka.

(Ambil peluang semaksimumnya berdoa kebaikan dunia dan akhirat di hadaapan Kaabah, jangan dok minta murah rezeki sahaja, kalau minta murah rezeki dapat rezeki sahaja, memang dapat, saya pun dapat banyak selepas balik Mekah, dapat beli kereta, dapat beli tanah, mai tang mana duit pun tak tau.)
Al Baqarah : 202

Mereka akan mendapat bahagian sesuai dengan yang mereka usahakan, Allah Maha Cermat dan cepat dalam menghitung amal hambanya.

(Siapa cepat dia dapat, siapa usaha lebih dia dapat lebih)
Al Baqarah : 203

Dan berzikirlah menyebut Asma Allah pada hari-hari tertentu, lalu sesiapa yang cepat berangkat dari Mina setelah dua hari, tidaklah berdosa, juga bagi mereka yang ingin berlambat-lambat pun tidak terkena dosa, itu semua bagi yang bertakwa kepada Allah dan bertakwalah kepada Allah, ketahuilah hanya kepada- Nya kamu sekelian akan dikumpulkan.

(Awas Mina, adalah tempat ujian, ruangnya sempit, perlu kesabaran, bukan perlu komen dan komplai, subha Nallah, Allahdulillah, Masya Allah, Astagfirullah perlu ada dalam hati dan bibir mulut, bawa tasbih sebagai pemotivasi zikir)
Al Baqarah : 204

Ada orang yang ucapannya tentang dunia membuat kamu kagum dan dia bersumpah dengan nama Allah tentang kebaikan isi hatinya, sedang ia sebenar-benarnya adalah musuh.

(Balik Mekah jangan dok gebang besar, cerita semua ok, dia saja yang buat betul, orang lain salah, Tn HJ la kata kan, tunggu balasan Allah, macam saya dok cerita derma sana-derma sini, semua tu akan jadi duri yang akan cucuk dari dalam dan sedikit demi sedikit pahala akan kurang)Al Baqarah : 205

Apabila jauh dari mu dia akan selalu melakukan bencana di mukabumi dan merosakkan tanaman dan keturunan, pada hal Allah tidak menyukai kebinasaan.

Al Baqarah : 206

Kalau ia dianjurkan, “Bertakwalah kepada Allah”, maka timbullah kesombongan dengan meneruskan dosa yang dilakukannya. Cukuplah neraka jahanam sebagai balasannya, sebagai satu tempat tinggal yang paling buruk

(Apa nak kalut saya ni haji dah, ha.. tunggu neraka jahanam dok nganga, segeralah taubat)
Al Baqarah : 207

Namun ada juga sekelompok orang yang mengorbankan jiwanya untuk mencari keredaan Allah. Dan Allah amat belas kasihan terhadap hamba-hambanya.
(Nak sampai tahap inilah yang susah sikit, sebab kita ni nak dunia, banyak doa untuk dapatkan dunia, Allah bagi dunia sampai kita lupa akhirat, kita ada perasaan malu tak kena tempat, malu nak pegang tasbih, takut orang kata warak, malu nak sembahyang sunat, takut orang kata zuhud, takut orang kata lebih banyak dari takut Allah,)

No comments:

Post a Comment