Sunday, June 13, 2010

PRS - Mencari Qari Senja - 24

Program realiti sendiri – Mencari Qari Senja – 24
25/5/10
Pencarian Qari Senja masuk hari kedua puluh empat, 25/5/10 Selasa 2010. Minggu ke Lapan.

PRS : Assalamualaikum wbt
HL : Waalaikumussalam wbt
PRS : Saya dengar Ustaz kata bacaan Tn Hj bagus.
HL : Alhamdulillah, tapi ana lalai di dua tempat, yang membuat ana kena ulang semula sebelum ustaz tegur bacaan ana. Malam ini ana baca ayat 164 hingga 169 mukasurat 25.
PRS : Nampak ada peserta baru malam ini.
HL : Ya, malam ini pun Cuma ada 4 perserta termasuk yang baru. Bacaan peserta lain semua lancar kecuali seorang, malam ini sahabat tersebut kurang lancer berbanding hari sebelumnya.
Manakala peserta baru , ana tak berapa dengar bacaan nya kerana dia memperdengarkan bacaan kepada Seorang lagi pembantu Ustaz, iaitu En Latif.

PRS : Agaknya adakah peserta baru akan mengugat kedudukan Tn Hj.
HL : Jika beliau berusaha lebih, mungkin beliau akan lebih dahulu dinobat sebagai Qari Senja.
PRS : Tapi saya rasa peserta keempat belum masuk kategori senja, masih muda.
HL : Kalau begitu beliau tak layak dimasukkan dalam program reality sebegini.
PRS : Baiklah Tn Hj, bagaimana dengan kuliah maghrib hari ini,
HL : Hari ini Ustaz Wan Hizam datang lewat, kerana menziarahi orang sakit. Beliau terus menyambung kitab barus Samin ms 18. Ana pun tak sempat beli kitab ini lagi, nanti cuti, bila ana ke Pekan Rabu Alor Setar, ana cari beberapa kita. Belajar cara orang senja dengan guru baca kita dan kita angguk-angguk , geleng-geleng.
PRS : Ustaz ulas bab apa?
HL : Masih lagi menerangkan kepentingan kita mentauhid Allah, membuang segala hijab yang menghalang kita dari mentauhid Allah. Beliau berpesan supaya kita tidak kufur, walu sedikit, Allah menjadikan alam untuk tunduk kepada manusia, yang jadi adalah sebaliknya, manusia pula yang tunduk kepada Alam. Apa tidaknya, kita lebih mengutamakan kerja kita, berbanding mengesakan Allah. Sebab itu kita lengahkan masa solat, kerana kerja tidak siap.

No comments:

Post a Comment