Wednesday, June 30, 2010

UPSR dan PMR masih dikaji

Syor mansuh UPSR, PMR diperinci: TPM
Daripada Abdul Razak Raaf di Jakarta
bhnews@bharian.com.my
2010/06/30

MUHYIDDIN selepas mempengerusikan sesi dialog antara editor kanan media Malaysia dan Indonesia di sebuah hotel di Jakarta, semalam. Turut kelihatan Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaafar (kanan) dan Presiden Pengarah SSTV, Fofo Sariaatmadja (kiri).
Rundingan meja bulat bincang saranan pihak berkepentingan

KEMENTERIAN Pelajaran akan menganjurkan rundingan meja bulat bagi membincangkan maklum balas semua pihak berkepentingan berhubung cadangan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata rundingan meja bulat itu akan diadakan sebaik kementeriannya mengumpul semua maklum balas, pandangan dan saranan yang diterima daripada pelbagai pihak termasuk media, ibu bapa, guru dan badan bukan kerajaan (NGO).

Beliau yang juga Menteri Pelajaran, berkata setakat ini kementeriannya menerima banyak maklum balas berhubungan cadangan pemansuhan dua peperiksaan awam itu dan menggantikannya dengan sistem pentaksiran berasaskan sekolah (SBA).

“Cadangan pemansuhan ini tidak boleh dibuat secara ringkas dan mesti diteliti secara mendalam.

"Saya berterima kasih dengan maklum balas dan saranan diterima. Kita sedang mengumpulnya dan saya ambil kira semua pandangan,” katanya pada sidang media sempena lawatan kerja dua harinya ke sini, semalam.

Minggu lalu, Muhyiddin mencadangkan pemansuhan UPSR dan PMR yang akan mengubah sistem pendidikan negara kerana dikatakan terlalu berorientasikan peperiksaan sehingga gagal melahirkan modal insan serba boleh.
Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan kedua-dua peperiksaan itu diteruskan, tetapi bukan sebagai peperiksaan awam, sebaliknya dijadikan penilaian pada peringkat sekolah.

"Jika peperiksaan itu dimansuhkan, kita perlu pastikan apa yang hendak diganti lebih baik demi kepentingan pelajar dan sistem pendidikan negara," katanya.

Ditanya mengenai maklum balas diterima setakat ini, Muhyiddin berkata majoriti bersetuju cadangan pemansuhan peperiksaan itu.

"Walaupun ada yang mencadangkan ditambah baik sistem penilaian dan ada berpendapat apa yang penting bukan peperiksaan, tetapi pelajar mesti dinilai prestasi setiap tahun,” katanya.

Beliau menjelaskan dalam sistem persekolahan sedia ada memang ada penilaian dibuat secara berkala, sama ada setiap bulan atau tiga bulan sekali, tetapi kerana ia menjurus kepada peperiksaan, maka sebahagian besarnya menjurus kepada mahu mendapatkan keputusan terbaik dalam peperiksaan awam.

Ditanya mengenai Suruhanjaya Bersama Malaysia-Indonesia (JIMC), Muhyiddin berkata, beliau menjemput Naib Presiden republik itu, Prof Dr Boediono melawat Kuala Lumpur bagi membincangkan lebih lanjut mengenainya.

"JIMC diwujudkan bagi menstruktur semula kumpulan kerja dipengerusikan menteri dari kedua-dua negara bagi mengemukakan isu yang perlu ditangani.
Setiap perkara yang boleh menjejaskan hubungan baik perlu dilaporkan ke peringkat lebih tinggi jika perlu,” katanya.

"Mereka tidak boleh bertemu setahun sekali kerana dalam tempoh itu banyak perkara boleh berlaku. Justeru, menerusi format baru itu maka hubungan dua hala Malaysia-Indonesia akan lebih tersusun dan berkesan," katanya.

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

student prihatin
saya rasa pelajar yg menghadapi upsr dan pmr akan kurang daya usaha utk menfokuskan pelajaran mereka pd masa itu kerana mereka yakin bahawa spm nti lagi lebih penting.jadi spt malas yg memang ada dlm diri akan menjadi2...di sini kita sepatutnya balik kpd konsep peperiksaan itu sendiri.apa tujuan peperiksaan dilakukan.ianya untuk menilai prestasi pemahaman pelajar itu sendiri.kokurikulum yg diadakan pula membantu dari segi personaliti pelajar yg akan melahirkan model insan serba boleh.

hjlutfi-choras.blogspot

kemungkinan hendak dihapuskan UPSR dan PMR adalah 90 %, kerana pengalam lepas seperti PPSMI, yang dilaksanakan, walau ada bantahan, oleh suara-suara kecil, Sama juga dengan tulisan jawi yang di 'mansuhkan'. Bila orang buat tunjuk perasaan mereka kata itu bukan jalan terbaik, yang terbaik adalah dimeja perbincangan, tapi semasa dimeja perbincangan mereka mempertahankan / menegakkan benang yang basah.

PRS - Mencari Qari Senja - 32

PRS – MQS masuk hari ketigapuluh dua, minggu ke sepuluh, 29/6/2010.

PRS : Assalamualaikum wbt
HL : Waalaikumussalam wbt.
PRS: Bacaan Tn Hj Malam ini di tegur oleh Ustaz, kenapa agaknya , adakah Tn Hj cuai ?.
HL: Sebenarnya malam ini ana tak sempat buat persediaan, pukul 7.00 pagi ana pergi dengar taklimat urusan kenaikan pangkat guru-guru di Sg Petani, kemudian ana singgah dirumah ana di Aman jaya yang lama ditinggalkan, sembahyang Asar kemudian baca Yassin terus bergegas balik Kulim, sampai dirumah pukul 7.00 mlm, rehat sekejap terus pergi masjid. Waktu kuliah maghrib ana banyak pejam mata untuk relax. Baru ana sedar bacaan ana belum mantap sepenuhnya.

PRS - Mencari Qari Senja - 31

Pencarian Qari Senja masuk hari ke 31 minggu 10, Isnin 28/6/2010

PRS : Assalamualaikum wbt
HL : Waalaikumussalam wbt.
PRS: Bagaimana pendapat Tn Hj MQS diubah kepada hari Isnin, Selasa dan Rabu.
HL : Bagi ana tiada sebarang masalah kerana hari Rabu ana tiada komitmen di mana-mana.
Yang jadi masalah kalau hari Khamis.
PRS : Kenapa hari Khamis jadi masalah.
HL : Hari Khamis adalah hari ana balik rumah , lepas waktu kerja terus ana balik rumah, jadi kalau kena hari Kahamis malam, susah sikit le.
PRS : Berbalik kepada bacaan malam ini, saya dengan bacaan tn HJ dah kurang di tegur oleh Ustaz.
HL : Alhamdulillah, atas bimbingan yang ustaz berikan , ana sudah dapat baiki bacaan ana.

Monday, June 28, 2010

UPSR dan PMR

RAMAI LAGI YANG AKAN BUTA HURUF DI ZAMAN MILINIUM DAN ICT

Assalamualaikum wbt.

Berikut ini adalah artikel hjlutfi-blogspot berkaitan cadangan hendak memansuhkan UPSR dan PMR, seperti biasa, apabila di beri respon oleh rakyat, mereka akan kata ini baru cadangan, tetapi selalunya , tunggu lama sikit mereka akan laksanakan.

Kenapa perlu hapus UPSR ?.

(Respon seloroh guru tusyen, tak ada chance nak buat tusyen.) , Ini tak berapa duit yang dapat, walau ada yang dapat beribu-ribu.

Dulu ada peperiksaan penilaian darjah lima, kemudian dijadikan penilaian darjah 6 (UPSR), setiap penilaian ini adalah proses tapisan pelajar, yang lambat terima pelajaran (bukan tidak pandai Cuma lambat faham) dapat dikenalpasti setiap kali penilaian di buat. Post mortem dilaksanakan bagi mengenalpasti siapa yang belum capai kompentesi membaca, menulis dan mengira.

Dari situ kita boleh mengambil langkah pemulihan kepada pelajar yang belum boleh membaca, menulis dan mengira. Jika UPSR dimansuhkan, adakah anda jamin semua pelajar yang tak tahu membaca, menulis dan mengira diberi perhatian, saya bimbang semasa hendak emngambil peperriksaan SPM baru Pengarah tahu ada sekian banyak murid yang tak tahun membaca dan mengira hatta menulis. Sekarang ini ramai lepasan PMR yang menulis nama sendiri terpaksa melihat contoh di Kad pengenalan. Kami mengadakan temuduga untuk mengambil pelajar SKM (sijil kemahiran Malaysia), yang datang interview adalah pelajar lepasan PMR, Masya Allah – ramai yang tak tahu menulis , walaupun lepas PMR, siapa yang punya angkara sehingga pelajar ini tidak tahu menulis, (jangan tidak percaya hakikat ini) .

Jika UPSR tiada, guru tak perlu memberi penekanan ketika mengajar (kami guru akan tetap mengajar mengikut kontrak/ sukatan dan masa yang ditetapkan ditambah dengan ikhlas), pelajar tak perlu belajar kerana tiada peperiksaan, buat apa belajar bukan nak periksa.

Peperiksaanlah yang membantu kita tekun dalam pelajaran dan ingin tahu dalam pelajaran tertentu. Tanpa peperiksaan siapapun tidak mahu belajar kecuali bab agama. Bab agama tidak termasuk dalam kes ini, kerana bab agama tetap kena belajar walau tiada peperiksaan.

Saya tiada kesempatan mencari data bilangan pelajar yang tidak tahu membaca, menulis dan mengira, tapi saya yakin ramai yang tidak dapat berbuat demikian, Jabatan Pedidikan Teknikal pernah membuat program sekolah angkat bagi mengatasi masalah tidak dapat 3m di sekolah rendah, bermakna mereka ada data yang ramai tak dapat 3m disekolah rendah.

Tapisan UPSR akan dilepasi oleh mereka yang tk dapat 3M, dan bilangannya akan bertambah, ditambah pula dengan desakan sosio- ekonomi masyarakat berpendapatan cukup makan, tak kerja tak makan, kais pagi makan pagi kais petang makan petang,

Bapa terpasa meminta anak menolong menoreh dikebun untuk menjana ekonomi keluarga, bapa akan surur anak ke laut untuk menjana ekonomi keluarga, bapa akan suru akan ke bendang utntuk menjana ekonomi keluarga, apa akan suruh anak kutip botol, tin dan besi juga untuk menjana ekonomi keluarga. Kenapa bapa suruh anak pergi bekerja tak suru pergi sekolah, kerana disekolah tak ada peperiksaan, nanti nak periksa baru pergi sekolah.

Bapa, bukan tiada peperiksaan, ada penilaian berasaskan sekolah yang mana setiap masa murid diuji dan dinilai, tidak datang hari ini besok boleh buat kerana yang menilai adalah guru, guru mana yang mahu pelajarnya gagal ?, tak tahu menulis dan tak tahu mengira pun akan diberi lulus oleh guru kerana guru sentiasa berfikiran positif bagi menjamin masa depan pelajarnya. Penilaian berasas sekolah, boleh dilaksanakan, namun adakah telah ada kajian tulus ikhlas yang mengatakan penilaian sebegini berjaya dilaksanakan di peringkat sekolah.

Diringkaskan , guru akan disuruh bawa pelajar buat lawatan sambil belajar ketika waktu persekolahan (pekeliling mengenai ini pun ada sekarang ini), kerana buat apa nak sibut pelajar bukan nak ambil periksa, semasa lawatan pun boleh buat penilaian, lawatan juga adalah proses P&P. Setahun akan habis begitu sahaja, pelajar naik kelas dengan otak yang kosong.

Begitulah sehingga pelajar akan menduduki SPM semasa tingkatan 5, waktu inil barulah guru tingkatan lima akan sibuk mengetuk ka rat – karat di otak pelajar yang dibiarkan berkumpul selama 16 tahun. Barulah dikenalpasti pelajar A yang tak tahu membaca, pelajar B yang tak tahu menulis, pelajar C yang hanya pandai facebook. Adakah setahun di tingkatan 5 cukup mengikis karat-karat yang bertapuk 16 tahun ?

Begitulah pelajar dinegara maju (2020) mengikut acuan sendiri, Diringkaskan lagi... Saya tidak bersetuju UPSR, PMR, SPM , STPM di hapuskan,

Penilaian berterusan boleh dibuat untuk sukatan-sukatan amali. Fakta, teori, teorem, jalan kira, kaedah, tetap perlu diuji dalam peperiksaan.

Sekian, wallah hu aqlam

Wednesday, June 23, 2010

PRS - Mencari Qari Senja - 30

Program realiti sendiri – Mencari Qari Senja – 30
22/6/10
Pencarian Qari Senja masuk hari ketiga puluh, Selasa 22/6/10. Minggu ke Sembilan.

PRS : Assalamualaikum wbt
HL : Waalaikumussalam wbt.
PRS : Malam ni Tn Hj baca ayat berkaitan haji dan umrah, kalau tak jadi keberatan boleh Tn Hj cerita sikit pengalaman Haji dan Umrah yang Tn laksanakan.
HL : Sebenarnya ana dah tulis pengalaman haji dan umrah ana dalam blog hjlutfi-choras.blogspot.com. Tapi oleh kerana tuan minta saya akan ceritakan sikit lagi. Ayat 195 – 207 adalah ayat yang menerangkan perlakuan mengerjakan haji dan umrah. Ana akan ceritakan kelemahan ana ketika mengerjakan haji dan umrah, supaya lain kali ana tak lagi lakukan kesalahan yang sama dan mungkin menjadi panduan kepada kawan-kawan ana yang akan mengerjakan haji dan umrah.

Terjemahan

Al Baqarah : 195

Berinfaklah (berbelanjalah) di jalan Allah dan janganlah kamu campakkan dirimu dalam hal-hal yang merosakkan. Dan berbuatlah kebaikan, sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan itu.

(infak ke jalan Allah, diri ana agak lemah dalam infak wang ringgit kejalan Allah, hari Jumaat bubuh seringgit saja dalam tabung masjid, derma anak yatim entah-entah tak ada, namun setahun dua sebelum ana pergi haji, ana banyak juga wakaf tanah kaki, tapak masjid dan rumah anak yatim, (cerita ini sepatutnya tak boleh cerita, nanti macam nak menunjuk pula- namun untuk kebaikan, mengajak kearah kebaikan boleh diceritakan)
Al Baqarah : 196

Sempurnakanlah haji dan umrahmu penuh ikhlas kerana Allah, apabila kamu terhalang, sembelihlah korban yang mudah didapati dan jangan kamu mencukur rambut kalau haiwan korban belum sampai di tempat peneyembelihan. Apabila diantaramu sakit atau gangguan di kepalanya lalu ia bercukur, maka hendaklah membayar fidyah dengan berpuasa atau bersedekah atau menyembelih dam.

Apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman maka sesiapa ingin berumrah sehingga mengerjakan haji, ia wajib menyembelih korban yang mudah didapati, dan bagi yang tidak dapat melakukannya maka hendaklah ia berpuasa tiga hari apabila kamu sudah kembali. Itulah sepuluh hari yang lengkap.

Hal ini bagi mereka yang tidak dapat tinggal menetap di sekitar Masjidil Haram. Bertakwalah kepada Allah Ketahuilah, bahawa seksa Allah adalah amat berat.

(Masa haji dulu, isteri ana yang sedekahkan satu bahagian korban untuk ana, sepanjang berada di Tanah Suci sekalipun ana tak sempat puasa, walaupun dah lepas haji, Dam haji tamattuk bayar melalui TH, isteri saya bayar dam kepada petugas-petugas di Masjidil Haram, mereka itu harap sangat kita bersedekah kepada mereka, ambillah peluang untuk bersedekah kepada mereka, mereka tak minta, tapi kalau kita beri mereka tidak akan tolak, kebanyakan pekerja bukan orang Arab)
Al Baqarah : 197

Ibadat Haji dilaksanakan pada bulan-bulan tertentu, sesiapa yang menunaikan haji di bulan-bulan itu, tidak boleh mencampuri isteri atau berbuat fasik, atau bertengkar dalam tempoh mengerjakan haji. Apapun kebaikan kamu lakukan Allah pasti mnegetahuinya. Hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya dan sebaik-baik bekalan itu memelihara diri dari meminta-minta, maka bertakwalah kepada Ku, wahai orang-orang yang berakal.

(Waktu dalam Ihram sahaja tak boleh mencampuri isteri, selesai ihram dan selesai haji sudah boleh, TH ada sediakan bilik barakah untuk digunakan oleh jemaah, bersama dengan isteri, guna lah bilik itu supaya amalan kita yang lain lebih tenang.
Al Baqarah : 198

Tidak ada larangan bagimu bila dalam berhaji kamu mencari kurniaan dari tuhanmu, maka bila kamu telah bertolak dari Arafah, berzikirlah kepada Allah di Masy’arilharam (Mudzalifah) lalu berzikirlah kepada Nya seperti yang telah Ia tunjukkan, dan dahulunya kamu termasuk dalam golongan yang sesat.

(Keletihan perjalanan dari Arafah ke Mina, dan singgah di Mudzalifah menyebabkan kita lupa unutk berzikir kepada Allah, kebanyakan tidur dan bersembang sahaja, Kurniaan Allah dalam bentuk yang macam mana kita nak cari, kurniaan dalam bentuk material, atau keredaan Allah. Terpulang kepada masing-masing)
Al Baqarah : 199

Lalu bertolaklah kamu (dari Arafah) dari tempat orang lain bertolak, dan mintalah ampun kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

(Di Arafah perlu buat diri keluar air mata penyesalan, kalau tidak rugilah kita)Al Baqarah : 200

Apabila kamu telah melaksanakan ibadah haji, berzikirlah kepada Allah sebagaimana kamu ingat kepada datuk nenek kamu. Bahkan mestinya lebih banyak berzikir kepada Allah. Ada orang yang berdoa, “ Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami segala kebahagian di dunia,” mereka itu tidak akan mendapat apa-apa bahagian lagi diakhirat.

(Selalunya lepas haji mood dah lain sikit, nak buat umrah sunat pun dah mula lemah semangat, waktu ni membeli belah pula jadi aktiviti, tapi taka pa, beli belah pun boleh dapat pahala jika tiada pertengkaran, tiada tipu menipu dan reda.)
Al Baqarah : 201

Ada pula yang berdoa, “Ya Tuhan Kami, berilah kami kebahagian didunia dan diakhirat serta jauhilah kami dari seksa api neraka.

(Ambil peluang semaksimumnya berdoa kebaikan dunia dan akhirat di hadaapan Kaabah, jangan dok minta murah rezeki sahaja, kalau minta murah rezeki dapat rezeki sahaja, memang dapat, saya pun dapat banyak selepas balik Mekah, dapat beli kereta, dapat beli tanah, mai tang mana duit pun tak tau.)
Al Baqarah : 202

Mereka akan mendapat bahagian sesuai dengan yang mereka usahakan, Allah Maha Cermat dan cepat dalam menghitung amal hambanya.

(Siapa cepat dia dapat, siapa usaha lebih dia dapat lebih)
Al Baqarah : 203

Dan berzikirlah menyebut Asma Allah pada hari-hari tertentu, lalu sesiapa yang cepat berangkat dari Mina setelah dua hari, tidaklah berdosa, juga bagi mereka yang ingin berlambat-lambat pun tidak terkena dosa, itu semua bagi yang bertakwa kepada Allah dan bertakwalah kepada Allah, ketahuilah hanya kepada- Nya kamu sekelian akan dikumpulkan.

(Awas Mina, adalah tempat ujian, ruangnya sempit, perlu kesabaran, bukan perlu komen dan komplai, subha Nallah, Allahdulillah, Masya Allah, Astagfirullah perlu ada dalam hati dan bibir mulut, bawa tasbih sebagai pemotivasi zikir)
Al Baqarah : 204

Ada orang yang ucapannya tentang dunia membuat kamu kagum dan dia bersumpah dengan nama Allah tentang kebaikan isi hatinya, sedang ia sebenar-benarnya adalah musuh.

(Balik Mekah jangan dok gebang besar, cerita semua ok, dia saja yang buat betul, orang lain salah, Tn HJ la kata kan, tunggu balasan Allah, macam saya dok cerita derma sana-derma sini, semua tu akan jadi duri yang akan cucuk dari dalam dan sedikit demi sedikit pahala akan kurang)Al Baqarah : 205

Apabila jauh dari mu dia akan selalu melakukan bencana di mukabumi dan merosakkan tanaman dan keturunan, pada hal Allah tidak menyukai kebinasaan.

Al Baqarah : 206

Kalau ia dianjurkan, “Bertakwalah kepada Allah”, maka timbullah kesombongan dengan meneruskan dosa yang dilakukannya. Cukuplah neraka jahanam sebagai balasannya, sebagai satu tempat tinggal yang paling buruk

(Apa nak kalut saya ni haji dah, ha.. tunggu neraka jahanam dok nganga, segeralah taubat)
Al Baqarah : 207

Namun ada juga sekelompok orang yang mengorbankan jiwanya untuk mencari keredaan Allah. Dan Allah amat belas kasihan terhadap hamba-hambanya.
(Nak sampai tahap inilah yang susah sikit, sebab kita ni nak dunia, banyak doa untuk dapatkan dunia, Allah bagi dunia sampai kita lupa akhirat, kita ada perasaan malu tak kena tempat, malu nak pegang tasbih, takut orang kata warak, malu nak sembahyang sunat, takut orang kata zuhud, takut orang kata lebih banyak dari takut Allah,)

Tuesday, June 22, 2010

PRS - Mencari Qari Senja - 29

22/6/2010 .Pencarian Qari Senja masuk hari ke 29 - Minggu ke sembilan.

PRS : assalamualaikum wbt
HL : Waalaikummussalam wbt.
PRS : Bagaimana dengan bacaan Tn Hj malam ini ?
HL : Alhamdulillah, cuma ana ditegur di dua tempat kerana mad ana tak cukup 4 harakat, ana sedikit cuai. Yang lain ok.
PRS : Malam ini cuma ada tiga peserta sahaja, adakah mereka tarik diri.
HL : yang itu saya tak pasti, minggu lepas dua minggu ana cuti, jangan-jangan minggu ini mereka pula yang cuti.
PRS : Atau mereka sudah lemah semangat.
HL : wallah hu aqlam.

Monday, June 21, 2010

Bola yang bulat

Bola adalah kaedah the hidden hand mengawal dan mengarah dunia. Ia ke ?

Assalamualaikum wbt.

Ada orang marah kepada saya kerana membandingkan antara bola dan sembahyang sunat. Saya minta maaf jika perbandingan itu menyinggung perasaan. Kebetulan malam tadi ustaz juga sebut pasal judi bola, sama macam yang saya kata, tapi dalam bentuk ayat yang berbeza, dan hujah beliau dengan nas-nas yang mengatakan judi adalah haram, sesipa yang menyokong orang yang membuat keputusan menghalalkan yang haram, atau mengharamkan yang halal seolah-olah dia reda dengan keputusan tersebut. Dan yang lebih berat lagi orang yang membuat keputusan tersebut adalah murtad, kerana menafikan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah.

Syukur Alhamdulillah sekali lagi, kerana saya tidak terlibat, dan tidak bersekongkol dengan mereka sejak dari umur sehari lagi. Kawan saya juga persoal bagaimana bola boleh membuat rumahtangga tak aman. Saya tidak mahu ulas, suruh fikir sendiri, Seluruh dunia tidak bersetuju dengan saya, kerana yang minat bola terlalu ramai, Saya harap blog mistisfile atau blog konspirasi atau blog yang seangkatan dengan nya menulis tentang bola sepak ini, bagai mana bola sepak digunakan sebagai alat mengawal minda, bagaimana bola sepak digunakan sebagai alat New world order. Bagaimana bola sepak telah mengubah hukum Allah yang ada dalam Al Quran. Bagaimana bola sepak menghilangkan jati diri. Saya tak dapat berhujah secara ilmiah atau secara loyar buruk, kerana kecetekan ilmu pengetahuan. Kepada peminat bola sepak, pesan saya,supaya anda jangan lupa tanggungjawab terhadap Agama, terhadap mayarakat, negara (Islam) , dan bersederhana dalam segala hal.

Sekian.

PRS - Mencari Qari Senja - 28

Program realiti sendiri – Mencari Qari Senja – 28
20/6/10
Pencarian Qari Senja masuk hari kedua puluh lapan, Ahad 20/6/10. Minggu ke Sembilan.

PRS : Assalamualaikum wbt
HL : Waalaikumussalam wbt.
PRS : Seronok ke cuti, pergi mana ?
HL : Tak pergi mana, start cuti, kena jaga sekolah dua hari, kemudian balik rumah, hari-hari pergi baiki turus pagar yang dah roboh, naikkan semula, ganti tiang simen, guna tali kawat yang lama. Habis cuti pun tak siap lagi, 10 hb dating sekolah ambil periksa PTK, kali ni dapat iv kut. Minggu berikutnya buat persediaan, bersih kampong isteri, pak mentua nak buat kenduri, sambut menantu baru. Kenduri hari sabtu, lenguh badan pun tak habis lagi.
PRS : Tak da orang lain ke yang bersihkan kampong ?
HL : Ada, beras saya tak cuti, seorang lagi tu kaki kena gout, saya yang sihat walafiat kena lah kerja lebih sikit. Tapi biasalah lenguh-lenguh badan, lebih lenguh dari ini pun sudah biasa.
PRS : Bila datang ke sini, maksud saya datang Kulim ?
HL : Lepas kenduri, petang itu saya tolong kemaskan pinggan mangkuk, susun dan kumpul kerusi, meja , tong gas, macam-macam lagi, 7.30 balik rumah di kuarters SMK KN berehat sekejab, minta isteri urut belikat dan belakang, lepas Isyak pukul 9.00 bertolak ke sini. Sampai pukul 11.30 mlm.
PRS : tak takut ke memandu jalan hutan.
HL : Berserah kepada Allah., nasib baik, pagi tadi bila naik ke sekolah, tengok-tengok tayar kereta pancit dua biji depan sebelah kanan, belakang sebelah kiri, bawa kekedai, rupanya kena paku, nasib baik tak pancit di jalan malam-malam.
PRS : Beras baru lelaki ke perempuan,?
HL : Perempuan.
PRS : Kerja apa ?
HL : Belum kerja.
PRS : Masa cuti sempat buat persediaan MQS ?
HL : Alhamdulillah, ana ada buat persediaan sikit, balik rumah letih buat kerja kebun saja, Quran kadang tak sempat baca, duha tak sempat buat, tahajjud sekalipun tak terjaga, puasa pun tak dan, takut nak puasa sebab nak buat kerja berat.
PRS : bacaan malam ini bagai mana, apa komen ustaz.
HL : Alhamdulillah, ustaz kata bacaan ana baik.
PRS : Saya nampak tak ramai , Cuma dua orang sahaja malam ini.
HL : Betul hanya dua peserta sahaja, ana dan wan sahaja. Yang lain ana tak tahu kenapa mereka tak datang.
PRS : Saya nampak tn Hj sembang panjang dengan ustaz.
HL : Ana Tanya ustaz berapa umur, bukan apa dia sebaya ayah ana, dia kata dia belajar di Pondok Pokok Sena, Kepala batas, ayah ana pun kalau tak silap belajar disana dulu, kemudian ustaz Tanya umur ana, katanya umur ana sebaya anak-anak dia sahaja. Anak-anak ustaz juga kerja guru. Kemudian ana minta diri dan pulang.

Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Bapa

Assalamualaikum wbt.

Selamat Hari Bapa - didiklah anak-anak mengikut kesesuaian zamannya, bukan kesesuaian zaman bapa. Kesesuaian zaman anak- anak, adakah perlu anak-anak diberi lap top, PS, set karaoke, motor, hand phone. Kata saya, kalau ada duit bagi saja apa yang diminta oleh anak- anak, tetapi... ada tapi..

Sudah kah anda tanam dalam jiwa anak-anak iman dan takwa ?, sudahkan anda tanam dalam jiwa anak-anak halal dan haram ?, adakah anda tanam dalam jiwa anak-anak sejarah bangda dan sejarah islam, kalau semua itu belum, lebih baik anda didik anak-anak mengikut cara anda didik oleh bapa anda.

Kenapa pula, tadi kata didik anak-anak ikut cara zaman-anak - anak bukan zaman bapa.

Kerana, 1. anak tanpa tahu halal dan haram akan ingat yang haram hanya babi dan anjing, menonton aurat bukan muhrim, pergaulan bebas yang ditontonkan dalam tv dan sebabagainya yang maksiat akan dianggap tak apa oleh anak-anak kerana watak yang di lakonkan di tv akan mempengaruhi anak-anak. anak malah bapa sendiri tidak tahu rasuah itu haram, ponteng kerja (layari internet ditempat kerja itu syubahat dan membawa ke haram, menerima buah limau masa raya cina, haram, bocor maklumat, haram).

2. Biar anak bodoh tak tahu PS, games, karaoke, ini lebih baik dari mereka tinggalkan sembahyang. Suruh anak keluar main diluar, lari di padang/ bendang, panjat pokok, lastik burung - jangan bagi kena, kena jadi zalim pula terhadap makhluk, ajar bertumbuk, kalau pandai gusti ajar gusti, ajar tomoi, ajar silat, ajar tae kwan do, ajar kung fu, main pedang, memanah, naik kerbau (ganti kuda) adalah lebih baik kerana , kurang dan hampir tiada haram. berbanding karaoke, games dan lain-lain permainan moden. Depa balas kata karaoke tak haram, games tak haram pula..,
soalan saya, adakah klip video karaoke semua wanita memakai kain telekung ?, aadakah hero tak tangkap feeling ?

3. Saya tidak menyekat pembangunan minda anak-anak, cuma mengawal dengan kaedah lama
yang haram tetap haram, matlamat tak boleh halalkan cara.

Mengenang waktu zaman dididik bapa (1968 - 2010)

1. Anok - sejenis kenderaan yang ditarik oleh kerbau, kerbau faham b ahasa kerbau yang dituturkan oleh manusia, chah , sod, nuu, dan lain-lain yang saya lupa, naik anok ada risiko terkena air kencing kerbau, selalunya kerbau akan kencing mungkin keletihan, dan berak, mungkin juga keletihan. yang kita dok syok suruh dia tarik.
Nak suru kerbau jalan tak perlu rotan, sebut pelan-pelan saja, cara psikologi pun boleh, senang saja kerbau jalan.

2. Surau/ masjid - tak tahulah kawan-kawan yang lain dibawa ke masjid atau tidak oleh ibubapa mereka, saya kerap dibawa kemasjid dan disuruh duduk dengan tertib , tak boleh berkawan dan bermain dalam masjid, luar masjid, kesannya sekarang saya suka pilih saf hadapan dan tak bersembang di balai lentang.

3. Kenduri - selalu saya makan atas balai dengan bapa saya, bukan makan di perdu pisang tanpa adap dan beradap, kesannya perbualan dan sopan santun kita lebih baik.

4. Bola - minta maaf, sampai sekarang saya tak ada minat bola, sekadar main sikit, tanya nama pemain, sorry tak kenai. tambah pemain luar negara, mereka pencetus ketidakamanan kepada keluarga, tidak harmoni rumah tangga. Tak perlu saya buktikan, awak fikir sendiri. Syukur saya tidak minat bola, kalau tidak saya sudah syubahat dengan penjudi-penjudi, bookie-bookie. "kalau anda sanggup tengok bola berjam-jam , sanggup kah anda tahajud 2 rakaat, taubat 2 rakaat, hajat 2 rakaat, hajat lagi 2 rakaat, tasbih 4 rakaat, witir 3 rakaat ?., kalau diberi pilihan saya akan pilih yang rakaat-rakaat bukan yang bergolek. Saya tak 'dibenarkan' main bola bersama kawan-kawan kerana mereka main sampai mahgrib.

5. Cepew - (muncung topi yang tak ada cover kepala) pakaian yang menyerupai yahudi, saya pernah beli benda ini, akhirnya ayah saya buang dalam sungai choras sahaja, kerana menyerupai yahudi. sekarang nak pakai topi pun rasa tak selesa, lilit serban lagi ok pa . , logo ford dikereta saya rasa macam nak korek buang saja mengenangkan Amarika sekutu yahudi. TESCO, GIANT memang dari dulu saya tak masuk, menegangkan mereka menyekat pembangunan ekonomi masayarakat Melayu Islam.Mengkuburkan perniagaan yang menjadi 9/10 pintu rezeki orang Islam. KFC - 3 tahun terakhir saya sudah tak pergi. Filem amerika - ini masih celaka kepada saya, kerana dia masih boleh mempengaruhi saya. tapi wayang di pawagam seumur hidup saya baru 3 kali masuk pawagam.

tuan/puan - didik anak mengikut zaman mereka tapi pastikan dahulu seperti yang saya katakan tadi.

Sekian.

Friday, June 18, 2010

PRS - Mencari Qari Senja - 27

Program realiti sendiri – Mencari Qari Senja – 27
1/6/10
Pencarian Qari Senja masuk hari kedua puluh tujuh, 1/6/10 Selasa 2010. Minggu ke Lapan.

PRS : Assalamualaikum wbt
Berikut adalah diari harian peserta Mencari Qari Senja – Tn Hj Lutfi bin Hj Abu Hanifah.
Pada 1/6/2010

5.20 am – bangun sahur
5.30 am – solat sunat
5.40 am – solat subuh
6.04 am – bacaan surah Yasin
6.30 am – bacaan surah ms 357 – 360
6.40 am – bacaan surah Sajdah
7.00 am – bacaan surah untuk diperdengarkan MQS
7.10 am – berkemas untuk kesekolah
7.20 am – tiba disekolah
7.30 am – semak fail-fail
7.40 am – siapkan senarai tugas masa cuti
8.30 am – solat duha
8.35 am – bertemu tn Pengetua
9.00 am – berbincang dengan GKM Sains
10.00 am – lihat portal PPD
10.25 am – berbincang dengan Setiausaha Mesyuarat Pengurusan
11.00 am – mesyuarat JK Pengurusan.
2.40 pm – Jamuan/ Majlis penyerahan bendera kontijen Sekolah ke KAT kebangsaan di
Kluang, Johor, (jamuan nasi biryani, tapi Tn hj tetap puasa, keluar majlis sewaktu
makan)
3.15 pm – Balik rumah
3.20 pm – Baca Quran untuk malam ini.
3.20 pm – baca surah Waqiah
3.40 pm – tidur
4.40 pm – Asar
7.00 pm – Sediakan minuman panas dan sapu kaya atas roti untuk buka puasa
7.15 pm – Bertolak ke Masjid Tmn Selasih.
7.29 pm – Buka puasa atas kereta
7.40 pm – Solat Maghrib berjemaah.
8.00 pm – Kuliah Sifat 20 oleh Tn Guru Hj Salleh
9.30 pm – Solat isyak Berjemaah
9.45 pm – Memperdengarkan bacaan kepada Ustaz.
10.15 pm – Makan kenduri
10. 35 pm – Pulang kerumah.
10. 45 pm – Basuh pakaian dengan washing machine
10.55 pm – ulangkaji untuk minggu depan.
11.20 pm – Sediakan artikel ini.
11.35 pm – Shut down lap top.

Bacaan Tn Hj Lutfi pada malam ini bagus. Untuk makluman PRS MQS akan bersambung selepas Cuti penggal 1 , iaitu bermula semula 20 Jun 2010, kali ke 28.

Tuesday, June 15, 2010

PRS - Mencari Qari Senja - 26

Program realiti sendiri – Mencari Qari Senja – 26
31/5/10
Pencarian Qari Senja masuk hari kedua puluh enam, Isnin 31/5/2010 2010. Minggu ke Sembilan.

PRS : Assalamualaikum wbt
HL : Waalaikumussalam wbt
PRS : Tn Hj buat preparation tak untuk bacaan malam ini?
HL : Ana, ada prepare sikit, tengok terjemahan ayat 177 – 181 Surah Al Baqarah.

177- Kebajikan bukan sekadar menghadapkan wajah-wajahmu kearah timur dan barat, tetapi kebajikan sebenar adalah orang yang beriman kepada Allah, kepada hari akhirat, kepada para malaikat, kepada nabi-nabi dan mendermakan sebahagian harta yang di cintai kepada kaum kerabat, anak yatim, orang-orang miskin, musafir dan kepada orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba-hamba sahaya, tekun mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menepati janji bila berjanji dan yang sabar menghadapi kesusahan, kepedihan hidup dan dalam masa peperangan.

Mereka itulah orang-orang yang benar-benar telah teruji imannnya.

Ayat tadi menunjukkan bagaimana hendak beriman kepada Allah, kita baca, kita faham dan kita laksanakan.

PRS : Ada ustaz tegur bacaan malam ini.
HL : Bacaan ana malam ini baik,Cuma ada tiga kesalahan kecil akibat cuai, dan ana harap ana dapat jalani hidup seperti yang terkandung dalam ayat 177 – 181 yang ana baca.

Monday, June 14, 2010

PRS - Mencari Qari Senja - 25

Program realiti sendiri – Mencari Qari Senja – 25
30/5/10
Pencarian Qari Senja masuk hari kedua puluh lima, Ahad 30/5/2010 2010. Minggu ke Sembilan.

PRS : Assalamualaikum wbt
HL : Waalaikumussalam wbt
PRS : Kenapa ada tiga kesalahan semasa Tn Hj memperdengarkan bacaan tadi ?
HL : Sebenarnya ana tak membuat persediaan untuk malam ini iaiatu ayat 170 -176 surah Al
Baqarah. Hari Rabu lepas ana bertolak ke Bandung kemudian bertolak balik dari
Jakarta pada hari Sabtu, langsung ana balik Kuala Nerang, di Kuala Nerang ana sempat baca ayat tersebut, tapi ana rasa letih sangat, ana habis masa dengan tidur sahaja, kebun pun ana tak larat nak pergi. Pukul 5.00 ptg hari Ahad baru ana bertolak balik ke Kulim, sampai waktu Maghrib, kemas rumah sikit , basuh pakaian yang dipakai di Jakarta, dekat waktu Isyak baru ana pergi Masjid, ingatkan tak ada kuliah, sebab dalam jadual tidak ada, rupanya ada, solat sunat tahiyatl masjid dan ana terus masuk ke dewan sembahyang dengar ustaz bagi kuliah, sempat 10 minit sahaja, tak catat apa malam ini. Lepas Isyak bergegas menyediakan rehal ustaz.

PRS : Ada berapa orang malam ini, ada lima orang peserta malam ini.
(rakamam komen HL)

Sunday, June 13, 2010

PRS - Mencari Qari Senja - 24

Program realiti sendiri – Mencari Qari Senja – 24
25/5/10
Pencarian Qari Senja masuk hari kedua puluh empat, 25/5/10 Selasa 2010. Minggu ke Lapan.

PRS : Assalamualaikum wbt
HL : Waalaikumussalam wbt
PRS : Saya dengar Ustaz kata bacaan Tn Hj bagus.
HL : Alhamdulillah, tapi ana lalai di dua tempat, yang membuat ana kena ulang semula sebelum ustaz tegur bacaan ana. Malam ini ana baca ayat 164 hingga 169 mukasurat 25.
PRS : Nampak ada peserta baru malam ini.
HL : Ya, malam ini pun Cuma ada 4 perserta termasuk yang baru. Bacaan peserta lain semua lancar kecuali seorang, malam ini sahabat tersebut kurang lancer berbanding hari sebelumnya.
Manakala peserta baru , ana tak berapa dengar bacaan nya kerana dia memperdengarkan bacaan kepada Seorang lagi pembantu Ustaz, iaitu En Latif.

PRS : Agaknya adakah peserta baru akan mengugat kedudukan Tn Hj.
HL : Jika beliau berusaha lebih, mungkin beliau akan lebih dahulu dinobat sebagai Qari Senja.
PRS : Tapi saya rasa peserta keempat belum masuk kategori senja, masih muda.
HL : Kalau begitu beliau tak layak dimasukkan dalam program reality sebegini.
PRS : Baiklah Tn Hj, bagaimana dengan kuliah maghrib hari ini,
HL : Hari ini Ustaz Wan Hizam datang lewat, kerana menziarahi orang sakit. Beliau terus menyambung kitab barus Samin ms 18. Ana pun tak sempat beli kitab ini lagi, nanti cuti, bila ana ke Pekan Rabu Alor Setar, ana cari beberapa kita. Belajar cara orang senja dengan guru baca kita dan kita angguk-angguk , geleng-geleng.
PRS : Ustaz ulas bab apa?
HL : Masih lagi menerangkan kepentingan kita mentauhid Allah, membuang segala hijab yang menghalang kita dari mentauhid Allah. Beliau berpesan supaya kita tidak kufur, walu sedikit, Allah menjadikan alam untuk tunduk kepada manusia, yang jadi adalah sebaliknya, manusia pula yang tunduk kepada Alam. Apa tidaknya, kita lebih mengutamakan kerja kita, berbanding mengesakan Allah. Sebab itu kita lengahkan masa solat, kerana kerja tidak siap.

Saturday, June 12, 2010

PRS - Mencari Qari Senja - 23

Program realiti sendiri – Mencari Qari Senja – 23
24/5/10
Pencarian Qari Senja masuk hari kedua puluh tiga, 24/5/10 Isnin 2010. Minggu ke Lapan.

HL : Hari ini tiada kuliah Maghrib kerana Ustaz yang dijadualkan tidak datang, selepas ana sembahyang sunat baghdiyah Maghrib dan sambung dengan awwabin 6 rakaat. Kumpulan tabligh yang sudah dua malam di Masjid Taman Selasih menyampaikan dakwah. Ana undur dari dakwah mereka dan pergi duduk di bahagian belakang, Kumpulan ini terdiri dari 3 orang dari Arab saudi, 3 orang dari China dan 3 orang dari Mesir dan beberapa penduduk tempatan. Minta maaf ana, dari dulu lagi takut dengan kumpulan ‘maulana’ ini. Yang ana paling takut bila dia suruh angkat tangan untuk keluar fisabilillah 3 malam. Sebab itu ana undur kebelakang.

PRS : Kenapa pula takut keluar fisabilillah ?
HL : Ana masih bersifat materialistik, kejar dunia, tapi ana tidak lupa akhirat.
PRS : Bukan kah rezeki Allah talah tentukan ?
HL : Orang biasa seperti ana, masih cinta dunia.ini yang susah.
PRS : Kenapa malam ini Cuma 4 peserta sahaja yang datang?
HL : Setahu saya mereka pergi dengar ceramah Ustaz Halim Nasir di Masjid Kelang Lama,
dulu ana selalu juga, tapi bila dah beri komitmen dalam Program Realiti sendiri –
Mencari Qari Senja, ana sudah kontrak tiga hari di masjid Taman Selasih. Hari Rabu
baru ana boleh pergi mana-mana kuliah. Hari Khamis hingga Sabtu ana balik
kampung.

PRS : Siapa peserta pertama memperdengarkan bacaan malam ini.
HL : Malam ini ana orang pertama, itupun ustaz sudah tunggu, tapi ana yang tolong
bukakan rehal dan ambil Al Quran beliau.
PRS : Adakah itu satu strategi memikat hati hakim ?
HL : Bukan sebarang strategi, sekadar menghormati guru.
PRS : Apa komen beliau malam ini.
HL : Alhamdulillah, dia kata bacaan ana bagus malam ini, an abaca ayat 154 hingga 163
surah Al baqarah, beliau minta ana tekan huruf tho pada ayat 158, bila tekan tho baru
dapat disebut wa satu harakat, yang lain ok. Semasa perbincangan saya minta dia
bunyikan sebutan izhar untuk dibezakan dengan ikhfa.
PRS : Apa intisari ayat yang Tn Hj baca malam ini ?
HL : Ayat 154 memberitahu, bahawa mereka yang syahid dijalan Allah tetap hidup walau
kita tidak menyedarinya. Allah juga akan menguji kita dengan perasaan takut dan
kelaparan dan kekurangan harta benda, jiwa dan hasil tanaman.
PRS : Malam ini tak ramai peserta , boleh balik awal ke ?
HL : Tidak juga kerana selalunya kami akan berbincang sehingga pukul 10 malam., Ana
minta diri dulu.

Friday, June 11, 2010

PRS - Mencari Qari Senja - 22

Program realiti sendiri – Mencari Qari Senja – 22
24/5/10
Pencarian Qari Senja masuk hari kedua puluh dua, Ahad 23/5/ 2010. Minggu ke lapan

PRS : Assalamualaikum wbt.
HL : Waalaikumussalam wbt.
PRS : Tn Hj, bagaimana persediaan hari ini
HL : Alhamdulillah, petang tadi ana sudah beberapa kali ulang ayat hingga ayat surah Al
Baqarah. Disamping itu baca, terjemahan dan kenalpasti hukum-hukum tajwid yang ada
pada setiap ayat. Disamping itu selalu ana akan baca surah Yasin, Surah Waqiah, surah
Sajadah, supaya lancar, bila lancar senang nak hafal.
PRS : Surah apa yang telah Tn Hj hafal ?
HL : Setakat ini surah lazim sahaja, itupun kadang-kadang tersilap.
PRS : Apa yang Tn Hj buat masa antara mahgrib dengan Isyak sebelum mempedengarkan
bacaan.
HL : Ana rasa bertuah sekali kerana, ada kuliah antara Maghrib dengan Isyak, macam hari
ini Ustaz Hasan Latif membincangkan tentang sifat Allah swt yang maha sempurna.
Kemudian ada tahlil selepas Isyak.
PRS : Lepas tu ada kenduri.
HL : Alhamdulillah, selalunya selepas tahlil ada kenduri, jadi ana taklah makan roti sahaja
malam-malam, ana bukan suka makan dikedai, makanan dimasukkan Aji No Moto,
ana tak berapa tahan kalau kena Aji, lebih baik ana makan roti sahaja
PRS : Tn Hj ada darah tinggi ke?
HL : Ada, tapi dalam peringkat kawal mengawal.
PRS : Baiklah Tn Hj sudah tiba giliran Tn Hj mempedengarkan bacaan.

HL : Mukasurat 23
UST : Baca,
HL : (mula meperdengarkan bacaan mulai ayat 146 – 153 Surah Al baqarah. Sehingga
selesai).
UST : Ada dua kesilapan, pertama baris 6 dari bawah, ante baca tidak sebut .. ni.., ya
hendaklah dibaca, dan yang kedua adalah bari 3 dari bawah, juga ante tidak sebut ni
dengan 4 harakat.

PRS : Bacaan Tn Hj ditegur di dua tempat, dan sebutan yang sama, kenapa jadi begitu.
HL : Ana terlepas pandang, kerana ana fakir, huruf ya tersebut ada tanda sukun atau ya
mati, sebab itu ana tidak bunyi sebutannya, manakala ni yang kedua pada permulaan
ayat 152, ana kurang jelas tanda Mad jaiz munfasil, sebab itu ana baca pendek.
Bacaan ana terganggu kerana ada orang dating beri nasi bungkus kepada ustaz, nasi
kenduri tahlil tadi. Hari ini an abaca no 2, selalunya ana yang baca awal, ana yang
buka rehal dan ambil Quran untuk Ustaz. Lepas Isyak mereka buat tahlil, jadi tak
patut sangat kalau ana tinggalkan majlis tahlil, lagi pun ana duduk sebelah imam,
macam mana mau lari.


Tadi ana terintai-intai kalau-kalau ustaz sedang menunggu di tempat bacaan. Dan saya
nampak Cg Fendi sudah mula baca.

Malam ini Cg Fendi Tanya tanda diamond dalam Rasm Uthmani, macam mana mahu
disebut, lalu ustaz tunjukkan bacaan dengan mulut dimuncungkan, lalu ana tambah
kata itu bacaan Isymam, iaitu pada surah yusuf ayat 11. dan ayat doa nabi Noh as ,
sebutan majre ha.

Thursday, June 10, 2010

Alahai PTK lagi...

Assalamualaikum wbt.

Khamis 10 Jun 2010. Baru selesai periksa PTK kertas 703/01 Generik. Ini adalah kali akhir saya ambil PTK Dg 44, lepas ni dak dah kot, sebab chance nak ambil dah tak ada berikutan syarat baru, ambil dua kali kalau dok dapat 3 saja tak boleh ambil lagi. Saya dok harap dapat 4 kertas ni untuk digabung dengan kertas satu lagi yang saya dapat 4. harap saja, kali ini tak semangat langsung nak ambil ptk, semalan baca sikit, itupun buku PTK dg 41, dah tau dah soalan tak keluar dari buku tu atau buku mana-mana, soalan aplikasi. Semalam (kelmarin) bertolak dari rumah 3.00 ptg denganharapan malam study sikit, tapi tak study pun. sebelum mai, potong pemadam getah bahagi dua, separuh untuk saya dan separuh untuk isteri yang akan ambil ptk juga hari ini. tapi dia kena ambil 2 kertas, dok dapat 3, 3 sahaja. Pensel pinjam yang anak punya. Pemadam tak gunapun, semua betul.

Sesekali fikir, boringnya kena menduduki peperiksaan, sebab tu tak sambung buat master, cukup dengan first degree sahaja. Habis publish artikel ini nak balik rumah, cuti sekolah banyak kerja yang nak disiapkan di 'tapak projek'. Sekian jumpa lagi bila buka sekolah nanti, kalau panjang umur.

PRS - Mencari Qari Senja - 21

Program realiti sendiri – Mencari Qari Senja – 21
24/5/10
Pencarian Qari Senja masuk hari kedua puluh satu, Selasa 18 Mei 2010. Minggu Ke 7

PRS : Assalamualaikum wbt.
HL : Waalaikumussalam wbt.
PRS : Tahniah, ustaz kata Bagus kepada ante, bacaan tiada yang salah.
HL : Alhamdulillah, malam ini ana amat berhati-hati memperdengarkan bacaan, ana sudah
berlatih banyak kali ayat 142 – 145, surah Al baqarah, Permulaan Juzuk 2, Sayakhu.
Dulu kalau dah dapat masuk juz 2 cukup puas hati dan bangga, kerana bukan senang
nak habis Juz Alif Lam, Alif lam pula baru permulaan baca Quran, banyak yang
belum lancar.
PRS : Tahniah sekali lagi, Saya dapat tahu Tn Hj puasa hari ini
HL : Alhamdulillah, minggu ini ana mula puasa Isnin dan cadang akan terus ke Khamis.
Minggu lepas sempat juga puasa Isnin hingga Khamis.
PRS : Tadi buka puasa dimana ?
HL : Dalam kereta sahaja, makan roti 4 keping, minum air mineral 1 botol, kemudian baru
naik berjemaah Maghrib.
PRS : Baiklah Tn Hj , saya minta diri dulu, Assalamualaikum
HL : Waalaikumussalam wbt.

Wednesday, June 9, 2010

PRS - Mencari Qari Senja - 20

Program realiti sendiri – Mencari Qari Senja – 20
Dicatat pada : 31/5/10
Pencarian Qari Senja masuk hari keduapuluh, Isnin 17 Mei 2010. Minggu Ketujuh.

PRS : Assalamualaikum wbt
HL : Waalaikumussalam wbt. Malam inipun bacaan ana bagus.

PRS - Mencari Qari Senja - 19

Program realiti sendiri – Mencari Qari Senja – 19
Dicatat pada : 31/5/10
Pencarian Qari Senja masuk hari kesembilan belas, Ahad 16 Mei 2010. Minggu Ketujuh.

PRS : Assalamualaikum wbt
HL : Waalaikumussalam wbt.
PRS : Sekarang ini dah 19 kali ustaz mendengar bacaan Tn Hj, dan Tn Hj dapat baca dengan baik, apa perasaan Tn Hj.?
HL : Alhamdulillah, syukur kepada Allah, Cuma ana harap ana tak perasan. Takut nanti timbul ujub – sikap membangga diri, semua tau. Dan Riak, minta simpang , kerana itu buka niat ana.
PRS : Kuliah malam ni macam mana, mengenai apa ?
HL : Kuliah malam ini pun menarik, 4 golongan wanita isi neraka
1. derhaka kepada suami, 2. tidak tutup aurat, 3. meminta dari suami diluar kemampuan suami dan 4. wanita yang hanya fakir makan dan minum sahaja.

PRS - Mencari Qari Senja - 18

Program realiti sendiri – Mencari Qari Senja masuk hari kelapan belas, Selasa 11 Mei 2010. Minggu Keenam.

PRS : Assalamualaikum wbt
HL : Waalaikumussalam wbt. Malam inipun ustaz tak tegur bacaan ana, nampak ada perkembangan yang baik

Tuesday, June 8, 2010

PRS - Mencari Qari Senja - 17

Program realiti sendiri – Mencari Qari Senja – 17
Dicatat pada : 31/5/10
Pencarian Qari Senja masuk hari ketujuh belas, Isnin 10 Mei 2010. Minggu Keenam.

PRS : Assalamualaikum wbt
HL : Waalaikumussalam wbt.
PRS : Saya rasa malam ini Tn Hj Dapat bonus
HL : Maksud tuan ?
PRS : Bonus kerana malam ini Ust Adib beri kuliah Qiraat, pengetahuan tambahan yang sesuai dengan Program ini.
HL : Itu yang tn maksudkan, Alhamdulillah, Selama ini kita baca mengikut riwayat Haft dari Imam Asim, dan 70 % muslim dunia membaca mengikut riwayat tersebut, ini sebagai pengetahuan tambahan. Dan Ana rasa riwayat inipun belum boleh lagi, bagaimana nak baca ikut riwayat lain.

PRS - Mencari Qari Senja - 16

Program realiti sendiri – Mencari Qari Senja – 16
Dicatat pada : 31/5/10
Pencarian Qari Senja masuk hari keenam belas, Ahad 9 Mei 2010. Minggu Keenam.

PRS : Assalamualaikum wbt
HL : Waalaikumussalam wbt. Malam ini ana baca ayat 106 – 112 surah Al baqarah. Ustaz tak tegur apa, kata beliau bagus. Insya Allah Ana akan maintain bacaan ana seterusnya. Malam ini Ustaz Hassan Latif membincangkan “Kolam Nabi” – ceteknya ilmu ana, bab kolam nabi, pun ana tak tahu, Setiap nabi ada kolam tersendiri di akhirat nanti, setiap umat yang beriman akan minum dikolam nabi, sekali minum akan hilang dahaga selamanya, tetapi umat akan minum lagi bukan kerana dahaga tetapi kerana seronok untuk minum dan lazatnya air di kolam nabi.

Ustaz ada menyatakan bahawa untuk mendapat rahmat kenalah, ikut sunnah nabi, dan memperindahkan hidup dengan sunnah.

PRS - Mencari Qari Senja - 15

Program realiti sendiri – Mencari Qari Senja – 15
Dicatat pada : 31/5/10
Pencarian Qari Senja masuk hari kelima belas, Selasa 4 Mei 2010. Minggu Kelima.

PRS : Assalamualaikum wbt
HL : Waalaikumussalam wbt. Malam ini ana baca ayat 102 – 105 surah Al baqarah. Ustaz tak tegur apa malam ini, maknanya bacaan ana betul, syukran. Kuliah malam ini diberikan oleh Tn Guru Hj Salleh, Sik. Beliau menerang kan sifat 20 dengan lebih mendalam. Ana dapat qoute kata beliau apabila beliau memberi penerangan tentang rezeki “ Yang tadbir rezeki adalah Allah swt, minta rezeki dari Allah, dan jangan dok dengki rezeki orang)

PRS - Mencari Qari Senja - 14

Program realiti sendiri – Mencari Qari Senja – 14
Dicatat pada : 31/5/10
Pencarian Qari Senja masuk hari keempat belas, Isnin 3 Mei 2010. Minggu Kelima.

PRS : Assalamualaikum wbt
HL : Waalaikumussalam wbt.
PRS : Malam ini dah masuk 14 kali ana memperdengarkan bacaan dihadapan ustaz, kadang bacaan ok, kadang baca kesalahan kecil, setakat ini tak ada kesalahan besar, alhamdulillah. Ana harap ana dapat teruskan tanpa rasa malas. Tahu sajalah, manusia ni kalau dah pandai sikit mula nak ex.

Malam ini juga ana belajar sesuatu yang baru semasa kuliah maghrib tadi, Ustaz Abdullah Zawawi, ajar cara nak sempurnakan wuduk, focus kepada sapu kepala Nabi saw menyapu kepala dengan dua tangan dari ubun sampai kebelakang lehernya dan patah balik kedepan. Ibu jari diletakkan di kepala (tempat picit kepala semasa pening) tapak tangan digerakkan dari ubun-ubun kebelakang ibu jari jadi engsel tanpa perlu diangkat.

Monday, June 7, 2010

PRS - Mencari Qari Senja - 13

Program realiti sendiri – Mencari Qari Senja – 13
Dicatat pada : 30/5/10
Pencarian Qari Senja masuk hari ketiga belas, Ahad 2 Mei 2010. Minggu Kelima.

PRS : Assalamualaikum wbt
HL : Waalaikumussalam wbt.
PRS : Bagaimana bacaan malam ini ?
HL : Tak banyak yang di tegur oleh Ustaz, bacaan ana baik malam ini, selepas itu kami berbincang mengenai mad Iwad.

PRS - Mencari Qari Senja - 12

Program realiti sendiri – Mencari Qari Senja – 12
Dicatat pada : 30/5/10
Pencarian Qari Senja masuk hari kedua belas, Selasa 27 April 2010. Minggu Keempat.

PRS : Assalamualaikum wbt
HL : Waalaikumussalam wbt.
PRS : Saya nampak Quran Tn Hj banyak digaris warna merah di beberapa tempat, kenapa Tn Hj garis ?
HL : Itu cara ana belajar, ana garis supaya ana tak silap baca semasa di hadapan Ustaz. Ana dah buat rujukan hukum tajwid, dan ulang baca beberapa kali.
PRS : O.. sebab itu bacaan Tn Hj salah sikit sahaja, berbanding dua peserta lain.
HL : Mungkin juga .
PRS : Tadi selepas baca ana tanya ustaz, baris tiga dari atas ayat 85, perkataan ketiga. Disitu perlu nafas yang panjang sebab ada Mad Jaiz Munfasil bacan 4 harakat, kemudian bersambung dengan Mad wajib muntassil, yang juga kena baca 4 harakat atau 5, jadi nafas yang pendek akan terganggu bacaa.

Sunday, June 6, 2010

PRS - Mencari Qari Senja - 11

Program realiti sendiri – Mencari Qari Senja – 11
Dicatat pada : 30/5/10
Pencarian Qari Senja masuk hari kesebelas, Isnin 26 April 2010. Minggu Keempat.

PRS : Assalamualaikum wbt
HL : Waalaikumussalam wbt. Biar ana terus jawab sebelum ante Tanya. Malam ini ustaz tegur ana di dua tempat, yang pertama ayat 79, sebutan ‘ta’ huruf ‘ta’ sepatutnya ana sebut dengan mengeluarkan angina hujung lidah , tapi ana tak bunyi angina. Dan yang kedua , ana sebut huruf “kha” kurang tepat, hamper bunyi ‘khauf’ . dua tempat itu sahaja malam ini.
PRS : Kadang bacaan baik, kadang bacaan ada kurang.
HL : Ini menunjukkan kita belum cukup ‘terrer’.

Saturday, June 5, 2010

PRS - Mencari Qari Senja - 10

Program realiti sendiri – Mencari Qari Senja – 10
Dicatat pada : 25/5/10
Pencarian Qari Senja masuk hari kesepuluh, Ahad 25 April 2010. Minggu Keempat.

PRS : Assalamualaiku wbt
HL : Waalaikumussalam wbt.
PRS : Pencaraian Qari Senja sudah masuk hari kesepuluh, saya nampak perkembangan baik, dan Tn Hj masih bersemangat seperti awal-awal dahulu, dan saya rasa Tn Hj akan berjaya dinobat sebagai Qari senja dalam masa terdekat ini.
HL : Ana, tidak mahu terlalu konfiden, kerana ada masa kita lalai dan cuai, ada masa nafas kita semput, ada masa fikiran terganggu, ini akan mempengaruhi tumpuan sema memperdengarkan bacaan
PRS : Ustaz Cuma minta Tn Hj tekan kan Qalqalah sughra, supaya lebih jelas, walaupun sebutan Tn Hj sudah betul.
HL : Terima kasih kepada ustaz, maknanya beliau detail dalam membetulkan tajwid ana.

Thursday, June 3, 2010

PRS - Mencari Qari Senja - 9

Program realiti sendiri – Mencari Qari Senja – 9
Dicatat pada : 25/5/10
Pencarian Qari Senja masuk hari kesembilan, Selasa 20 April 2010. Minggu Ketiga.

PRS : Assalamualaikum wbt
HL : Waalaikumussalam wbt.
PRS : Tn Hj tak boring ke setiap minggu tiga kali kena datang MQS ni ?
HL : Setakat ini tidak boring apa, rasa seronok dapat membaca Al Quran dengan betul.
PRS : Tn Hj bukan ahli Qariah Taman ini, tak kekok ke datang berjemaah disini ?
HL : Apa nak kekok pula, ana datAng buat perkara baik.
PRS : Ada ke sesiapa yang Tn Hj kenal di Taman Selasih ini ?
HL : Ada le beberapa orang cikgu yang saya kenal.
PRS : Bagaimana bacaan malam ini ?
HL : Malam ini ana baca ayat 62 – 69 surah Al Baqarah. Ada beberapa tempat yang ustaz perbetulkan, yang lain ok.

Wednesday, June 2, 2010

PRS - Mencari Qari Senja - 8

Program realiti sendiri – Mencari Qari Senja – 8
Dicatat pada : 25/5/10
Pencarian Qari Senja masuk hari kelapan, Isnin 19 April 2010. Minggu Ketiga.



HL : Malam ini ustaz menerangkan Idgham Maal Ghunnah dan Idgham bila Gunnah. Maal Ghunnah terjadi apabila nun sakinah atau tanwin bertemu dengan salah satu huruf idgham iaitu, ya, wau mim, nun. Hedaklah dengung dua harakat. Dan Bilaghunnah terjadi apabila nun sakinah dan tanwin bertemu denagn salah satu huruf lam dan ra. Maka huruf nun sakinah atau tanwin dimasukkan ke dalam huruf lam atau ra tetapi tidak dengung. Ustaz juga menerangkan hokum Iqlab.
PRS: Apa komen ustaz terhadap bacaan Tn Hj.
HL : Kata beliau, bacaan ana baik, ada beberapa kesalahan kecil yang boleh dimaafkan kerana tidak mengubah maksud ayat. Ana baca ayat 58 hingga 61.

Tuesday, June 1, 2010

PRS - Mencari Qari Senja - 7

Program realiti sendiri – Mencari Qari Senja – 7
Dicatat pada : 25/5/10
Pencarian Qari Senja masuk hari ketujuh, Ahad 18 April 2010. Minggu Ketiga.

HL : Assalamualaikum wbt
PRS: Waalaikumussalam wbt.
HL : He.. he.. hari ini ana dapat beri salam dulu, Rasulullah adalah orang yang sentiasa memberi salam dahulu berbanding sahabat, sehingga dalam riwayat ada menceritakan sahabat bersembunyi menunggu Rasulullah melintasinya, kemudian memberi salam mendahului rasulullah. Dan ada yang berjaya. ( ana rasa Rasulullah tahu, yang sahabat sedang tunggu nak ucap salam dahului baginda, tapi baginda kasi can kepada sahabat, kerana kesungguhan sahabat tersebut yang mengharap ucapan salam dari baginda.)

PRS : Kuliah Maghrib macam mana ?
HL : Malam ini ustaz syarah kitab Muhimmah m/s 65. berkaitan Isteri. Isteri apabila duduk didalam rumah, ia lebih hamper dengan rahmat Allah. Panjang le ulasan Ust Halim, antaranya isteri tak boleh berhias lebih-lebih apabila keluar rumah, berhias lebih-lebih semasa dalam rumah. Jangan banyak bertandang kerumah orang, jangan banyak berkata-kata dengan orang sekampung dan banyak lagi.

Ada satu lawak ust. Dia kata isteri kena berhias dirumah, ini asyik bau bawang sahaja. Hadirin ketawa, ana tidak ketawa, kerana, macam mana tak bau bawang, asyik nak memasak sahaja, nak layan suami dengan makanan, ana punya stail, tak bagi isteri masak sedap-sedap, masak ala kadar sahaja, tak le asyik bau bawang sahaja, dan tak le ana makan over dos.

PRS : Tn Hj, tadi saya dengar ustaz kata bacaan Tn Hj bertambah baik, bagus le ada
peningkatan.
HL : Alhamdulillah, ana rasa gembira, Izhar mutlak mudah nak ingat berbanding nak kena ingat huruf Qamariah. Alif, ba, ta pun kita sebut tak tersusun, ini nak hafal huruf qamariayah.

hjlutfi-choras kutuk israel laknatullah

Assalamualaikum wbt.

Blog hjlutfi-choras sejak dari dulu mengutuk israel dengan sekeras-kerasnya, atas apa saja tindakan tak beperikemanusiaan yang dilakukan terhadap manusia, Islam atau bukan Islam.

Allah hu Akbar.