Wednesday, June 26, 2013

Guru yang tak dapat tukar sudah marah




Wednesday, June 26, 2013
TERIMA KASIH pada SEKOLAH, BPI, BAHAGIAN PERTUKARAN dan KEMENTERIAN PENDIDIKAN. Saya mohon pertukaran atas sebab yang penting, sebab isteri saya. Apa lagi yang kurang??? REKOD PERUBATAN, SURAT DARI HOSPITAL PAKAR, surat dari PEGAWAI MEMERINTAH, semua saya dah sertakan sebagai bukti. SEBAB SAYA TAK ADA SURAT SOKONGAN DARI AHLI POLITIK KE SAYA TAK DAPAT PINDAH??? Tahu tak betapa susahnya hati seorang suami yang jauh dari isterinya yang mempunyai masalah kesihatan. Apa lagi yang perlu saya buat sebagai bukti??? Kalau yang saja-saja mohon, suka-suka mohon, tak ada surat, kalau yang bujang boleh dapat kenapa tidak saya??? AGAKNYA SAMPAI MATI SAYA TAK DAPAT HIDUP BERSAMA ISTERI SAYA :'(



Menarik sebenarnya untuk dikongsi bersama-sama rakan pembaca!

Inilah kemelutnya apabila pegawai-pegawai yang sepatutnya bersikap seperti manusia, tiba-tiba sahaja bersikap seperti mesin dan robot. Apa ke bangangnya sampai perkara yang hanya memerlukan naluri kemanusiaan dipertimbangkan, tidak dipedulikan?

Apakah perlu guru berkenaan membawa seuncang duit dan diletakkan di atas meja pegawai yang meluluskan pertukarannya? Apa lagi sokongan yang diperlukan untuk membolehkan pegawai yang sepatutnya melancarkan pentadbiran menghilangkan keegoan dan keangkuhannya?

Barangkali inilah sebabnya kebanyakan guru bertukar menjadi penyokong Pembangkang memandangkan pegawai-pegawai yang berada di atas mereka bersikap seperti KERA MENDAPAT BUNGA?

0 comments

No comments:

Post a Comment