Wednesday, June 19, 2013
Saya suka..saya suka.. Rakyat didahulukan, untung diutamakan
Tahniah diucapkan kepada para penyokong UMNO/BN... kerana undi kalian umat Melayu/Islam yang nak beraya Aidil Fitri balik kampong halaman menggunakan perkhidmatan bas akan kena bayar lebih 10% dari kadar semasa.
Inilah hebatnya UMNO yang memperjuangkan Ketuanan Melayu.. Slogan Rakyat di Dahulukan.. Tradisi Membela Rakyat...
Ikut hukum akal logik...yang balik kampong beraya pada Aidil Fitri ini hampir 100% orang Melayu beragama Islam.. Yang majoriti menyokong UMNO/BN pada PRU 13 lalu juga adalah warga Melayu/Islam yang duduk di luar bandar, kampong-kampong tradisional dan Rancangan Felda.
Sudah pasti menjelang tiba Aidil Fitri warga kota yang tidak berkemapuan nak balik kampong terpaksa guna khidmat pengangkutan bas..
Adakah cara begini UMNO membalas budi baik masyarakat Melayu/Islam yang berkerja keras mau memenangkan UMNO/BN?..TEPUK DADA TANYA IMAN... CUITKAN MINDA TANYA AKAL LOGIK.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kenaikkan harga tambang bas 10 peratus akan berkuatkuasa pada 8 Julai depan dalam tempoh musim perayaan yang bakal menjelang pada Ogos depan.
Menurut SPAD, pengendali bas ekpress dan tambahan bagi perayaan Aidilfitri kali ini dibenarkan menaikkan kos berkenaan dalam tempoh yang telah ditetapkan sehingga 8 Sepetember 2013.
Suruhanjaya itu juga berkata, langkah itu dapat membantu dan menampung kos pengoperasian syarikat yang perlu menyediakan perkhidmatan tambahan berdasarkan permintaan tinggi daripada pengguna, terutamanya semasa musim perayaan. ~ ok
Hjlutfi-choras.
kawan saya UMNO?BN kata dia akan tetap sokong UMNO/BN selamanya walau apa saja barang naik harga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment