Monday, June 10, 2013

Melayu di diskriminasikan (kedai payang) - 5



Assalamualaikum wbt.

Baru saya tulis dalam bahagian 4 , mengenai Pekan Rabu Alor Setar. sekarang ini diskriminasi terhadap peniaga Melayu , dibuat oleh Melayu sendiri terhadap peniaga Melayu yang berniaga di Pasar Besar Kedai Payang, Terengganu.

Melayu tidak suka melihat Peniaga Melayu berniaga dengan aman. Kedai Payang memang sudah terkenal, dikenali oleh pelancong domestik, tempat tumpuan mendapatkan barangan Melayu tanpa perlu melalui CINA, jadi adalah bangsa Melayu juga yang akan menjahanamkan dengan alasan, MENCANTIK , MENYUSUN, MENGEMAS, MENGATUR DAN MACAM-MACAM LAGI IDEA YANG NAMPAK MUNASABAH, sebaliknya idea itu akan merosakkan peniaga Melayu.

Peniaga Melayu sering menjadi mangsa diskriminasi oleh Penguasa Melayu, kalau pengusa Melayu pun bertindak menindas, tak hairan lah kalau tauke cina pun akan menindas peniaga Melayu.

Tapak perniagaan yang sedia ada cukup baik bagi Melayu untuk menguruskan perniagaan. adakah Melayu boleh berniaga di Mall, sudah tentu tak dapat sebagaimana mereka dapat berniaga di Kedai Payang dan Pasar Siti Khadijah dan Pekan Rabu.

Penguasa Melayu memang ada idea hebat tapi idea sekadar nak mencantikkan sahaja , bukan untuk menguntungkan.

Selamat Maju Jaya , Melayu.  teruskan sokongan anda kepada mereka dengan harapan BRIM akan terus diberikan selagi ada bulan dan bintang.

No comments:

Post a Comment