Tuesday, July 2, 2013

Pertukaran guru berkahwin dikaji semula.



KUALA LUMPUR 1 Julai - Guru-guru yang hidup berjauhan dengan pasangan masing-masing, dari segi kemanusiaannya diakui tidak elok dan kurang sesuai terutama pada mereka yang baru melangsungkan perkahwinan.
Sehubungan itu Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, pihak kementerian sedia mengkaji semula isu tersebut bagi membolehkan masalah berkenaan dapat diatasi.
Katanya, beliau sendiri ketika bertugas sebagai pengetua sentiasa memberi sokongan penuh kepada guru-guru yang memohon untuk berpindah atas sebab mengikut pasangan masing-masing.
''Berkaitan dengan isu pertukaran ini, memang berdasarkan kemanusiaan, tidak sesuai dan tidak baik untuk suami atau isteri dipisahkan. (Oleh itu) Pihak kementerian akan kaji balik isu ini," katanya pada soalan tambahan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) di Dewan Rakyat, hari ini.
Menjawab soalan asal Hasbullah, Mary Yap berkata, selari dengan status dan peranan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam memenuhi tanggungjawab melahirkan guru berkualiti, pihak kementerian pada tahun ini telah memberi tanggungjawab kepada IPGM untuk melaksanakan salah satu daripada 24 inisiatif utama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

hjlutfi : kaji jangan tak kaji, kajian beban tugas guru dah berapa kali tukar menteri tak selesai juga.

No comments:

Post a Comment