Friday, June 3, 2011

Jaga Kebajikan.

Assalamualaikum wbt.

Tidak Jaga Kebajikan !

Saya sering mendengar rungutan dari sahabat-sahabat bahawa organisasi tempatnya bekerja tidak menjaga kebajikan. Saya pun bertanya, bolehkah awak senaraikan kebajikan yang awak kehendaki ?.

Rupa-rupanya dia sendiri tak dapat menyenaraikan kebajikan yang selalu dirungut olehnya.

Atau rungutan tersebut sekadar hendak merungut kerana nak cari juga kelemahan pengurusan organisasinya ?.

Baiklah, dalam konteks sebuah sekolah apakah kebajikan yang boleh diberikan oleh kerajaan kepada guru ?.

Brainstorming dahulu.

1. Bonus
2. tempat parking
3. lawatan semasa sakit
4. cuti
5. tak kerja hari sabtu dan ahad
6. hadiah bersalin atau berkahwin
7. Anugerah APC kepada ramai orang
8. Naik gaji
9. Naik pangkat
10. boleh bawa anak kesekolah
11. Boleh balik awal hari kerja
12. jamuan hari raya
13. bilik kerja yang kondusif
14. kerja yang tak membebankan.
15. surat penghargaan dan hadiah kejayaan.

Dari 15 yang disenaraikan terus terang saya kata , organisasi saya telah jaga kebajikan saya.

Bonus - adakah bonus itu satu kebajikan oleh majikan kepada pekerja ?. Tidakkah ia satu pemberian kerana produktiviti. Bagimana dengan produktiviti diri anda.

Tempat parking - yang ini boleh saya terima, bahawa majikan kena sediakan tempat parking kepada pekerja, keselamatan kenderaan semasa pekerja sedang bekerja.

Lawatan semasa sakit - Siapalah kita yang nak minta bos datang melawat kita semasa sakit, kecualilah kita sendiri selalu melawat orang sakit, sering ambil berat hal kawan-kawan, jadi kalau kita sakit ada le orang melawat, tapi kalau kita jenis tak melawat orang, takkan orang dengan suci hati nak melawat kita. Apa-apa pun, saya setuju kalau bos melawat pekerja yang sakit atau hantar wakil saja. Pun begitu saya tak kelaskan ini sebagai satu kebajikan yang boleh dituntut oleh pekerja.

Cuti - termaktub, no komen.

Tak kerja hari sabtu dan ahad - Ini kena ada timbal balik, kamu datang kerja, majikan bagi sesuatu, kadang-kadang tuntutan kepada pekerjaan itu sendiri, nak buat kerja hari Isnin kena buat persediaan hari Ahad le. Bagi sesuatu bukan dalam bentuk gaji dan cuti, bagi le dalam bentuk, jamuan ke , hadiah ke sebagai penghargaan khidmat hari cuti. (dalam kes guru kerajaan sahaja), swasta tak timbul kena kerja waktu cuti.

Hadiah bersalin atau berkahwin - adakah ini kebajikan ?, saya rasa tidak, ia cara nak ambil hati sahaja.

APC kepada ramai, Naik gaji, naik pangkat . - ini pun tak akan dianggap sebagai kebajikan. sebab sahabat-sahabat tak dapat define makna kebajikan.

Boleh bawa anak kesekolah, boleh balik awal - ini mungkin akan dianggap sebagai kebajikan.

Jamuan hari raya - saya tidak anggap ini sebagai kebajikan, hanya seronok-seronok saja.

Bilik kerja yang kondusif - ini adalah hak yang perlu dituntut oleh pekerja sesuai dengan kelayakan dan gred kakitangan awam yang lain. Saya tak kelaskan ini sebagai kebajikan, kerajaan sepatutnya menyediakan tempat kerja yang kondusif.

Kerja yang tak membebankan - ini kena kaji dulu, apa yang dikatakan membebankan atau tidak membebankan. sesuai dengan gaji dan tanggungjawab.

Surat penghargaan dan hadia kejayaan - ini pun bukan kebajikan.

Tuan ini, semuanya bukan kebajikan, habis yang mana satu kebajikan ?
Manalah saya tahu, sebab tu saya tak pernah bising dalama hal-hal menuntut kebajikan konon !.

Sekian,

No comments:

Post a Comment